Sunday, June 20, 2021

Filem Melayu | Arwah Pak Mat Lif & AJK (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini encik suami yang beli dekat Astro First.. Baca review dekat FB kata filem ini arahan Khir Rahman, terus dia beli.. Puan isteri pun apa lagi layan je sekali.. hehehehe..

Memang dicadangkan untuk tontonan.. Banyak mesej yang disampaikan walau dalam lawak jenaka.. Watak paling best dah tentulah Nordin yang dibawakan oleh Joey.. Namun masuk separuh cerita dah mula kurang menarik untuk Sha lah.. Korang kena tengok sendirilah best ke tak.. Filem ini cerita dia pasal bapa si Nordin ini meninggal dan nak bawa jenazah turun dari tingkat 25 ke surau bawah flat.. Malangnya lif rosak.. Boleh turun sampai Ground floor tapi pintu tak buka.. Sudahnya disebabkan ada yang memandai-mandai, lif meletop.. Dalam masa yang sama ada pemilihan pengerusi flat yang baru..

Asal jumpa Ayu je gagap..hehehe..
JUDUL : ARWAH PAK MAT, LIF & AJK
TARIKH TAYANGAN : 10 Jun 2021
CERITA ASAL : Cinemalaya Studios
PENULIS SKRIP : Aloy Paradoks, Haris M. Nor
PENGARAH : Khir Rahman
PRODUKSI : Excellent Pictures, Cinemalaya Studios
PELAKON : Joey Daud, Tauke Jambu, Jalil Hamid, Ropie, Wafariena Roslan, Wan Gegau, Anas Ridzuan, Souya, Man Raja Lawak, Tapai Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Kimmy Low, Nizam Jentik-Jentik, Shendo Kiut, Sathia, Sheila Mambo, Douglas Lim
SINOPSIS ARWAH PAK MAT, LIF DAN AJK
Mengisahkan tentang Nordin, seorang pekerja kilang yang menjaga bapanya selepas kematian ibunya. Nordin tinggal di Flat Seri US, sebuah kawasan perumahan rumah pangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Nordin dan bapanya tinggal di tingkat 25 di flat itu.
Keadaan di Flat Seri US juga meriah dan hangat kerana sedang berlangsung pemilihan presiden dan ahli ajk untuk musim terbaru. Berlaku perebutan kuasa antara Pak Mat Tahir dan Syamsul serta ahli ahli lain.
Namun berlaku kejadian yang tidak diingini, bapa Nordin telah meninggal dunia secara mengejut dirumah ketika majlis pemilihan sedang berlangsung. Keadaan bertambah kecoh selepas lif di rumah pangsa mereka turut rosak dan perlu mengambil masa yang lama untuk dibaiki.
Pelbagai halangan dan cabaran perlu ditempuh oleh Nordin dalam membawa turun jenazah bapanya dengan pelbagai masalah serta isu yang sedang terjadi di Flat Seri US.

6 comments:

  1. tengok trailer macam lawak juga tapi malas nak beli cite ni.hehe

    ReplyDelete
  2. in the list :) byk tul drama in the list ni

    ReplyDelete
  3. macam best... tapi tunggulah...

    ReplyDelete
  4. hahahaha kelakarnya, kreatif betul boleh buat jalan cerita fresh macam ni

    ReplyDelete
  5. tgk muka joey je dah gelak­čść

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »