Friday, June 4, 2021

Drama Korea | Mouse (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang kejam gilalah perempuan Choi Young Shin tu.. Sebab nakkan undang-undang bayi yang ada genetik psycopath digugurkan, sanggup dia jadikan  Jung Ba Reum/Jae Hoon dan Sung Yo Han sebagai bahan ujikaji dia.. Memang betul-betul tikus makmal dibuatnya.. Bila dah hilang sifat psycopath, Jung Ba Reum digunakan pula oleh Daniel Lee dengan Choi Hong Joo.. Haiah la.. Pelik-pelik manusia ini..

Drama ini memang sangat menarik bila kita tak sangka orang yang nampak sangat innocent rupanya psikopat yang sangat kejam.. Membunuh berdasarkan apa yang dia pegang.. Memang gilalah.. Tak ada langsung perasaan ke apa.. Tapi biasalah manusia, selalu menghukum pada pandangan luaran.. Yang nampak baik, ramah selalunya tak kan jadi suspek pun.. Yang muka nampak beku, lebih menyerlah pula seperti orang jahat.. Gitulah duniawi.. Tapi mak si Jang Ba Reum tu pun kejam juga.. Sanggup tukar anak demi nak memudahkan tindakan sekiranya aura piskopat tu ada.. Anak kot.. 9 bulan dalam kandungan, tak kanlah tak ada rasa sayang.. Tapi memang bestlah drama ini.. Berdebar dengan pembongkaran yang dilakukan.. Laju gila pergerakan drama ini.. Tak tahulah nak simpati ke nak marah dengan watak utama tu.. hahaha..

Drama: Mouse
Also Known As: Mauseu
Screenwriter: Choi Ran
Director: Choi Joon Bae, Kang Cheol Woo
Genres: Suspense, Thriller, Mystery, Psychological, Crime
Country: South Korea
Episodes: 20
Aired: Mar 3, 2021 - May 19, 2021
Aired On: Wednesday, Thursday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 15 min.
A suspenseful story that asks the key question, “What if we could identify psychopaths in advance?” A crazed serial killer’s ruthless murders have left the entire nation gripped with fear, and chaos reigns. Justice-seeking rookie police officer, Jung Ba Reum, comes face to face with the killer. While he survives his dangerous encounter with the psychopath, Jung Ba Reum finds his life completely changing before his eyes.
(Source: MyDramaList)

5 comments:

  1. mcm best je drama ni. jika ada masa time lockdown ni pasti abam kie tengok...

    ReplyDelete
  2. Part akhir memang menyedihkan untuk watak utama. Jung Ba Reum sebenarnya mangsa keadaan juga kan. Kalau dia dibesarkan dengan persekitaran seperti Sung Yo Han mungkin dia tak jadi psikopat.

    ReplyDelete
  3. Cerita macam ni memang best nak tengok. Korea sangat bagus dalam filem seperti ini

    ReplyDelete
  4. Tak tengok tengok lagi mouse ni, tapi tengok rating and review not bad.
    Siap ada special episode lagi kannn

    ReplyDelete
  5. bila psychopath berubah jadi baik tak tahu nak komen apa..haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »