Friday, June 4, 2021

Random Photo #14 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha kongsikan makanan dan makanan.. hahaha.. Membeli kudapan je kerjanya bila duduk rumah.. Jomlah jamu mata, maaflah kalau terliur.. Hari ini last puasa enam, semoga dipermudahkanlah hendaknya.. Agak payah juga nak buat tahun ini sebab masalah kesihatan.. Mesti ramai yang dah selesaikan puasa enam.. Alhamdulillah..

Mudah juga guna Prego 3 minit Mac & Cheese ini.. Sha masak atas dapur je.. Memang kejap jelah.. Kalau nak buatkan bekal bawa gi sekolah atau pejabat pun vepat dengan pek ini.. Boleh makan berdua atau pun sorang.. hehehe..

Tak ada kerja.. Dah nak tidur tetiba lapar.. Gigih masak maggi kari.. Bukan masak biasa.. Tumis kentang, masukkan bebola ayam dan udang pastu buh air.. Mendidib je baru masukkan perencah maggi dan maggi.. Kemudian lecahkan telur.. Makan pula dengan kimchi timun, pergh!! Kenyang di malam hari.. hahaha..

Ini stok tenangkan hati yang gundah namanya.. hehehe.. Kesukaan Sha semuanya terutama sekali Cadbury dab Camior tu.. Dark coklat je tak jumpa.. huhuhu.. Kalau makan dark coklat emosi akan lebih cepat tenang dan relaks.. Dark coklat ini memang betul-betul terapi Sha untuk emosi..

Beli online je melalui Shopee.. Mudah.. Pilih, masuk cart, bayar dan tunggu barang sampai.. Sha saja cuba shampoo dan mandian jenama Watson ini.. Not bad lah.. Berbaloi dengan harga.. Vitamin tu memnag selalu dah kecuali yang Watson C+ tu baru nak cuba.. hehehe.. Sedap je..

Belikan set DIY Rainbow Loom ini untuk dijadikan hadiah Amani.. Tapi macam biasalah mana boleh beli 1, kena belikan juga untuk si adik.. Murah je bila beli dekat Shopee.. Adalah aktiviti mereka di rumah walaupun terkurung je kan.. hehehe..

Lepas borong coklat, Sha borong asam pula.. hahaha.. Sakan rasanya beli kudapan secara online ini.. Asam biji merah tu dah habis dah sekali hadap je.. hahaha.. Saja cuba, sedaplah pula.. Tambahan pula tak ada biji, lagi lajulah mengunyahnya.. hahaha..

6 comments:

  1. mudah skrg semua di hujung jari he hee

    ReplyDelete
  2. Aduhaiiii yang asam tu yang tak leh tahan...kecur beb. Banyaknya kudapan

    ReplyDelete
  3. samalah kita sha... kakmim pun last day puasa 6 hari ni.. jom raya!! hehehe

    ReplyDelete
  4. Time PKP ni, kalau perut asyik lapar memang maggi sajalah jadi mangsanya.

    ReplyDelete
  5. perghh mantap maggie tambah dengan udang

    ReplyDelete
  6. Nampak sedappp hehe. Skrg semuanya dihujung jari janji ada duit

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com