Assalamualaikum..
Hye semua..
Pulun membaca Sha.. Supaya fikiran tak merewang ke tempat lain.. Bila baca ini emosi pada bahan bacaan sahaja.. Selain baca, Sha akan tidur bagi mengelakkan emosi Sha menerawang ke tempat yang tak sepatutnya.. hehehe..
Baca novel dari siri Leman ini memang tak pernah tak gelaklah.. Ada je yang berjaya buat Sha tergelak.. Seram komedi yang sangat menarik.. Kali ini Leman dimasukkan ke hospital akibat kemalangan dan punca kemalangannya adalah si Christopher.. Hahaha.. Kalaulah korang tahu siapa Christopher tu, mesti berdekah korang gelak.. Tapi baguslah Tok Ketua, bila tahu Christopher tu semaki mengganas, Tok Ketua dah mula terfikir untuk melakukan sesuatu.. Dalam masa yang sama, penulis juga berjaya berikan teladan yang baik melalui Leman.. Walaupun Leman sakit namun suruhan Allah dalam mengerjakan solat, tak pernah Leman abaikan.. Ini antara sebab kenapa membaca jadi jambatan ilmu.. Ada je isi positif yang penulis selitkan dan kita sebagai pembaca kenalah bijak..
Sha baca dan selesai pada 30.11.2022..
Published August 14, 2022 by Del Osmera
Koleksi peribadi Sha.. Beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..