Sunday, July 23, 2023

Korean Variety | Brother Ramyeon (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rancangan realiti dimana 3 orang artis iaitu Ho Dong, Seung Gi dan In Hyuk pergi ke Jepun dan menghidangkan ramyeon kepada penduduk Jepun.. Pergh!! Bukan mudah sebenarnya bila komunikasi menjadi satu perbezaan tapi semuanya mudah dengan aplikasi alih bahasa.. Memang seronoklah tengok diorang cipta resepi yang pelbagai dari Ramyeon segera dan hidangkan kepada pelanggan.. 

Setiap hari mereka akan sediakan 3 menu ramyeon dan pada penghujung hari mereka akan tengok kertas undian pelanggan.. Kalau ramyeon tu dapat walau satu undi negetif maka ianya akan disingkirkan dan menu baru akan dicipta untuk ke esokkan harinya.. Begitulah sampai ke hari terakhir mereka berada di Jepun..

Seronok tengok mereka dari tak cekap, kelam kabut kepada pantas dan cepat menyediakan makanan.. Awal-awalnya jenuh mereka menunggu pelanggan tapi bila mula tersebar dari mulut ke mulut dan laman sosial pelanggan yang datang terpaksa berbaris ingin mencuba makanan mereka.. Malah mereka terpaksa kekal buka walaupun pada waktu rehat.. Memang seronok..

TV Show: Brother Ramyeon
Also Known As: Brother Ramen , If We Are Brothers, Ramyun Brothers in Japan, Hyeongjeramyeon
Genres: Food, Adventure, Business
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: May 22, 2023 - Jul 17, 2023
Aired On: Monday
Original Network: TV Chosun
Duration: 1 hr. 38 min.
Ramyun Brothers go to a famous tourist spot and open a ramyeon restaurant. They prepared 21 ramyeon recipes that can show the taste of Korea to people. As they serve various kinds of ramyeons, their goal is to capture the Japanese people who are used to ramen and promote Korean-style ramyeon to them.

1 comment:

  1. laa igt kan episodnya banyak...cuma lapan je sng khatam sekaligus ni hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com