Sunday, July 23, 2023

Malaysia | Imaginur (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jadi semangat nak tengok filem ini lepas baca review Farhana.. Korang kalau tak tahu nak tengok filem atau drama apa, pergilah jenguk blog Farhana.. Lepas baca review Farhana, mesti tergoda nak tengok filem atau drama yang da ditonton Farhana.. 

Superb!! Memang tepat sangat bahagian ramai yang menangis bila dengar lirik ‘Teriaklah…teriaklah..teriaklah..’ Sebab Sha pun menangis masa bahagian ini.. Trauma kehilangan yang buatkan minda bercelaru dan kenangan berubah.. Gandingan dua pelakon ini memang terbaik.. Dua-dua berjaya sampaikan watak mereka dengan baik.. Memang terasa perasaan tu.. huhuhu..

Bila tengok filem ini, buat Sha sangat menghargai perasaan dan juga kenangan yang Sha ada.. 

IMAGINUR
Genre: Romantik Sci-fi
Tarikh Tayangan: 23 Februari 2023
Idea Asal: Redza Minhat
Skrip: Redza Minhat, Nik Amir Mustapha
Pengarah: Nik Amir Mustapha
Produksi: Lumatic Films

Pelakon: Beto Kusyairy, Diana Danielle, Nadiya Nisaa Dato’ Afdlin Shauki, Meor Hashim Manaf, Dato Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Takahara Suiko, Ruzana Ibrahim, Pekin Ibrahim, Anas Ridzuan

Sinopsis Imaginur
Mengisahkan tentang kisah cinta di antara jejaka bernama Zuhal bersama seorang gadis cantik bernama Nur yang sering muncul di dalam mimpi Zuhal.

Pada satu hari Zuhal terlibat dalam kemalangan sewaktu cuba mengejar wanita yang pernah dilihatnya di dalam mimpi. Usai sedar Zuhal berada di sebuah hospital di sisi bapanya yang menghidap Alzheimer. Di situ dia telah diberi cadangan untuk bertemu dengan seorang pakar hipnosis untuk merawat masalah yang dialaminya. 

Ketika ke pasar raya bersama bapanya untuk membeli barang, Zuhal terserempak bekas teman wanitanya yang kini menjadi tunangan orang.

Saat dia berkonfrontasi dengan bekas teman wanitanya, dalam dia tidak sedar bapanya telah hilang. Zuhal telah pulang ke rumah tanpa bapanya di sisi sehinggalah disedarkan oleh adiknya iaitu Isma. 

Menyedari hidupnya makin kusut dengan situasi yang berlaku, Zuhal nekad bertemu pakar hipnosis di sebuah pusat bernama Hypnotica milik Dr Ramli. 

Selepas bertemu Dr Ramli, Zuhal seakan tidak percaya dengan penerangan Dr Ramli yang agak mengelirukan dan dia rasa seperti telah ditipu oleh 'scammer'. Namun dia tetap meneruskan sesi itu selepas terjumpa kelibat Nur di sana. 

Adakah Nur sebenarnya wujud atau hanya imaginasi Zuhal semata-mata yang larut dalam sesi terapi bersama Dr Ramli? 

2 comments:

  1. Nampak menarik cerita ni....sebab ada nampak org review

    ReplyDelete
  2. sy tak tengok lagi. tp ms filem ni ditayangkan ramai beri feedback positif...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com