Monday, July 6, 2020

Filem China | Seven Swords 2: Bone of the Godmaker (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tertengok filem ini masa scroll Youtube cari drama China yang menarik.. Rupanya ini filem yang kedua.. Filem yang pertama bertajuk Seven Swords: The Eye of Shura.. 

Tapi tak ada masalah pun untuk faham jalan cerita filem ini walaupun tak tengok yang pertama.. Dalam filem ini Lady in red/Yi Lan Zhu telah dianiaya dan menjadi buruan dengan tuduhan menculik 4 orang guru kungfu.. Namun dengan bantuan Zhang Huazhaa, Yi Lan Zhu berjaya membuktikan yang dirinya tak bersalah dan mereka mula mencari siapa penjenayah sebenar demi membebaskan 4 guru kungfu yang ditangkap..

Seven Swords 2: Bone of the Godmaker (2019) poster
Movie: Seven Swords 2: Bone of the Godmaker
Also Known As: Seven Swords 2
Director: Francis Nam
Screenwriter: Yue Nian Su
Genres: Action, Wuxia
Country: China
Release Date: Mar 16, 2019
Duration: 1 hr. 31 min.
In the second installment of the Seven Swords series, a white-haired demon in red dress has turned the martial arts world upside down, as the four head of the major schools have gone missing…

Buku | Doktor Bukan Tuhan oleh Anayasmin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca buku ini memberikan kesedaran pada Sha bahawa, doktor pun manusia.. Ada masanya penuh emosi dan kepenatan.. Bukan mudah untuk kekal profesional bila berkerja lebih masa dengan meninggalkan keluarga demi mendahulukan pesakit.. Kita sebagai pesakut dan keluarga pesakut perlu lebih terbuka dan berlapang dada bila berurusan dengan mereka dibahagian perubatan ini.. Bukan sahaja doktor, malah pembantu perubatan dan jururawat.. 

Macam-macam yang perlu dilalui mereka selain kejayaan merawat.. Kematian, kesedihan, permasaalahan sosial, ketidakupayaan dan kemarahan.. Perkongsian yang nampak nipis tapi sarat isi didalamnya.. 

Sha baca dan selesai pada 05.07.2020..

Buku ini merupakan pemberian sahabat pertukaran buku Sha..
Published 2016 by Kopi Press

Setel by Petronas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya aplikasi ini dah lama, Sha je yang baru guna.. Itupun lepas berjaya linkkan kad mesra dengan aplikasi ini.. Masa tu memang gembira ya amatlah.. Sebab duk kumpul point je bila isi minyak.. Nak tebus tak boleh.. Asyik kena reject.. Bila nak linkkan dengan aplikasi ini pun tak boleh.. Sudahnya Sha buat panggilan ke talian mesra untuk selesaikan masalah.. Bila dah berjay memang bahagialah.. Banyak rupanya point dalam kad mesra tu..

Pertama kali guna Sha tebus point kad mesra.. Point tu terus jadi duit tapi di aplikasi Setel tulah.. Duit tu bolehlah guna untuk beli minyak.. Tak payah nak beratur dekat kaunter dah.. Duduk je dalam kereta, buka aps dan link kan.. Paling mudah bila nak isi penuh.. Dah selesai isi baru dia tolak duit.. Senang ya amat.. Hehehe.. Suka Sha..

Mula-mula muat turun dulu aplikasi ini di telefon bimbit..
Jangan lupa masukkan kod 3gbbk untuk dapatkan RM5..

Paparan ini akan keluar bila anda tidak berada di stesen minyak..

Kalau dah ada dekat stesen minyak, dia akan paprkan macam ni..
Klik pada perkataan Pembelian Petrol

Pilih pam.. Dekat pam tu ada no kan, klik ikut no pam.. Lepas pilih pam, akan keluar paparan dibawah..

Boleh isi ikut berapa liter kita nak atau tekan tangki penuh

Boleh juga pilih amaun ringgit atau tangki penuh..

Sha selalu pilih tangki penuh.. senang.. hehehe..
Nanti akan keluar jenis petrol/diesel.. Pilih nak ron 95/ron97 atau diesel dan klik Bayar..

Boleh guna no pin atau cap jari untuk meluluskan..

Tunggu sekejap untuk pam diaktifkan..

Bila keluar paparan ini, bolehlah mulakan pengisian..

Pengisian selesai.. Jumlah bayaran dan berapa mata ganjaran yang diberikan, akan dipaparkan.. Bolehlah muat turun resit juga.. Scroll sampai bawah akan ada butang untuk muat turun resit..

Selesai.. Bolehlah bergerak pulang.. hehehe..

Sunday, July 5, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 26

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa je hari ini.. Sha menguruskan peti sejuk hari ini.. Memenuhkan bahagian sejuk beku dengan stok barang basah.. Terjumpa sotong katak.. Lama tak beli.. Belilah dua ekor.. RM20 sekilo.. Saja nak cuba.. hehehe.. Dulu masa arwah ibu ada, rajin juga beliau masak sotong jenis ini.. Sha je tak pernah.. Susah nak jumpakan.. Selain sotong katak tu, beli juga sotong biasa tu.. Ikan 3, 4 jenis dan ayam seekor.. Habislah dalam 60 lebih.. Lama tak berbelanja barang basah.. Meneyiang, membasuh dan membungkus je dah makan masa sejam lebih.. Mujurlah dah beli siap lauk tengahari.. Nasi dengan sayur je kita masak.. hehehe..

Kenangan 7 tahun dahulu.. Masakkan kek untuk arwah abah.. Sebab tu rajin share status dekat FB.. Nanti akan ada memori lama-lama yang keluar..

Ikan patin masak tempoyak ini Sha beli 2 potong terus sebab terkejut dengar harga dengan saiz tu.. Cuba korang teka harga sepotong ikan patin masak tempoyak tu di ruangan komen.. Siapa yang teka harga paling tepat atau hampir tepat akan dapat sebuah novel dari Sha.. 

Filem China | The Cyan Dragon (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekarang ini lebih mudah layan filem atau drama di youtube je.. Ada sarikata bahasa Inggeris dan boleh sambung tengok bila-bila free.. Hehehe.. Filem dan dramanya pun best-best tapi kebanyakkannya dari China.. Negara lain ada tapi tak banyak yang ada subtitle..

Kali ini kisah naga yang diwarisi turun temurun dan duduk dalam badan manusia.. Epik bila naga tu muncul.. Untuk yang berkemahiran, roh naga tu boleh muncul sebagai baju perisai.. Memang lawalah.. China kalau buat cerita fantasi memang ohsem.. 

The Cyan Dragon (2020) - Filmaffinity
2020
Running time: 70 min.
Country: China
Director: Ji Zhizhong, Tong Wei
Cast: Cui Erkang, Zhang Ruiyao, Su Suxia, Cheng Qi, Zhang Ying, Yin Shaosheng
Producer: Tencent Penguin Pictures
Genre: Action. Fantasy
Synopsis / Plot
Hundreds of years ago, the Hidden Kingdom, which worshipped nine giant beasts named Liu as the god, invaded the Dragon Kingdom in order to snatch the power of the beast who worshiped the blue dragon as the god. The Dragon Kingdom soldier Xiang Tian was in danger at the critical moment of the enemy's depression. He returned to the royal city with the dragon, the beast of the kingdom, and passed the battle report. Under the guidance of Ling Xuanyu, the daughter of the Ling family of the Dragon Guardian family, he returned to the border battlefield without fear of danger. The story of the dragon kingdom soldiers defending the army of the hidden kingdom and guarding the dragon kingdom. Boleh tonton online di SINI..

Goodreads | Reading Challenge Jun 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lupa pula nak update hasil bacaan bulan lepas.. Jun 2020, Sha berjaya membaca banyak ebook.. Mana taknya, asyik berkepit dengan telefon je.. Tu yang laju je membaca ebook.. hehehe.. 10 buah ebook dan 7 buah bukh fizikal.. Membaca dan terus membaca.. Berikut ialah tajuk-tajuk buku yang berjaya Sha baca..

Saturday, July 4, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 25

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini masa scroll timeline Facebook, keluar memori setahun yang lepas.. Memori motor scooter merah yang terpaksa dilepaskan bila Sha dah tak berani membawanya.. Setiap kali naik motor tu, berdebar-debar dada.. Akhirnya Sha dan suami buat keputusan untuk jual sahaja.. Tapi sekarang ini Sha dah kembali membawa motor macam tak ada apa yang berlaku.. hehehe.. Scooter encik suami yang jadi mangsa sebab scooter tu lebih kecil dan ringan.. Ada masanya rasa sakit akibat jatuh tu terbayang-bayang, namun pemanduan tetap perlu diteruskan.. Inilah kehidupan..


ebook | Cinta Itu Gila oleh Anna Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang gila.. Sesuailah tajuk buku ini.. Sedih tau.. Penulis kejam mainkan perasaan saya sebagai pembaca.. Walaupun happy ending tapi entah kenapa Sha menangis sebaik sahaja jumpa perkataan tamat.. ebook ini pendek je tapi impakdia sangat kuat pada perasaan Sha.. huhuhu..

Kisah Nisa dan Yusuf yang ingin bercerai walaupun saling menyintai.. Masalah komunikasi dan juga rahsia yang disimpan Nisa menjadi punca perpisahan mereka.. Pada Nisa, melepaskan adalah satu pengorbanan demi kebahagiaan Yusuf..

Sha baca dan selesai pada 03/07/2020..

Ebook ini koleksi peribadi Sha.. Beli melalui Cik Pah Prolog Media
Published 2020 by Prolog Media

Filem China | Biography of the Mutants (2017)

Assalamualakkum..
Hye semua..

Ini mini siri sebenarnya.. Sha tengok online je dekat Youtube.. Malangnya episod 1 je yang ada subtitle.. Yang lagi 5 masih belum ada.. Kena bookmark jelah dulu.. Dah ada subtitle baru sambung tengok..

Untuk episod pertama ini kisah sebutir permata yang dipanggil Heart of Pangu menjadi rebutan penjahat bernama Lian Sha namun permata tersebut telah ditelan oleh sami kecik.. 3 orang pahlawan telah menyelamatkan sami tersebut dan mencari orang yang boleh mengeluarkan permata tersebut semula.. Cerita bersambung.. hehehe..

Bila tengok filem ini macam tengok Sun Wukong pula.. Watak-watak tu ala-ala karekter dalam sun wukong..

Movie: Biography of the Mutants | ChineseDrama.info
The Heart of Pangu
Lian Sha is an organization that aims to create a nation that mutants can call their own. To obtain more power, their leader Jialouluo (Luo Bin) has been continuously searching for the heart of Pangu. Tian Zhuyan (Lu Yujing), Lie (Yu Haorui) and Yan Liusha (Yu Lei) are three bounty hunters on a mission. They chance upon Jiang Liuer (Cui Can), the little monk whose destiny is tied to the heart of Pangu.
Boleh tonton di sini Biography Of The Mutants..

Fasa 6 PKPP | Day 24

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terlewat pula nak update cerita hari ini.. Mata ngantuk.. Badan penat.. Tapi tak mahu lelap.. Perut memulas.. Tak tahulah kenapa hari ini.. Serba tak kena..

Tapi Alhamdulillah.. Persediaan anak-anak untuk ke sekolah dah mula sikit-sikit.. Hati ini berjaya beli face mask, hand sanitiser dan botol kecil.. Sapu tangan je tak jumpa lagi.. Bekas makanan kuta guna yang sedia ada je..

Risau pula bila makin dekat hari kembali ke sekolah.. Semiga semuanya baik-baik sahaja..

Friday, July 3, 2020

Novel | Monolog Adventure Travel Race Kelantan & Terengganu oleh J. Adams

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan yang menarik dan berbaloi dimiliki.. Kali ini kita ke Kelantan dan Terengganu.. Lebih menarik dan mendebarkan.. Vina dan Dira mengalami beberapa kemalangan kecil akibat kecuaian mereka namun itu semakin mengeratkan mereka.. Disebabkan mereka terpaksa berjimat, Vina telah mencadangkan untuk mereka tidur di belakang kenderaan mereka menggunakan beg tidur sahaja.. Survival skill yang sangat membantu.. Buku ini menarik sebab disampaikan dengan cara cabaran pengembaraan, diselitkan beberapa info dan juga misteri.. Memang best..

Sha baca dan selesai pada 02/07/2020..

Koleksi peribadi Sha.. Hadiah dari penerbit Tebook Press..
Published February 2018 by SJ Amaxing Sdn Bhd

Filem India | Hello (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asalnya tak ada niat pun nak tengok.. Scroll video dekat Facebook lepas tu tertengok.. Ingatkan klip pendek rupanya filem penuh.. Layan jelah sebab macam best.. Okaylah filemnya..

Kisah Junnu yang berkenalan dan berkawan dengan Sennu.. Sennu anak yatim yang mengemis dijalanan manakala Junnu pula merupakan anak yang sering berpindah randah mengijut ayahnya.. Persahabatan mereka diuji bila wang yang tertulis nombor telefon Junnu hilang dicuri dari tangan Sennu.. Pencarian wang itu menemukan Sennu dengan sepasang suami isteri yang baik.. Sennu berubah menjadi Avinash dan meneruskan kehidupan namun tetap setia menanti Junnu..

Sehinggalah pada satu hari Junnu datang balik ke bandar yang menjadi pertemuan mereka sebelum ini dan Sennu mendapat nombor telefon Junnu namun telefon Junnu dicuri tanpa sempat mereka berjumpa.. Thrillnya bermula disini.. Pencarian telefon Junnu.. hehehe

HELLO! Trailer – Akhil Akkineni, Kalyani Priyadarshan II Vikram K ...
Soon after Avinash manages to get the phone number of his childhood love Priya, his phone gets stolen by a gangster. So, he sets out on a dangerous chase in order to reconcile with his lover.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com