Monday, July 6, 2020

Setel by Petronas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya aplikasi ini dah lama, Sha je yang baru guna.. Itupun lepas berjaya linkkan kad mesra dengan aplikasi ini.. Masa tu memang gembira ya amatlah.. Sebab duk kumpul point je bila isi minyak.. Nak tebus tak boleh.. Asyik kena reject.. Bila nak linkkan dengan aplikasi ini pun tak boleh.. Sudahnya Sha buat panggilan ke talian mesra untuk selesaikan masalah.. Bila dah berjay memang bahagialah.. Banyak rupanya point dalam kad mesra tu..

Pertama kali guna Sha tebus point kad mesra.. Point tu terus jadi duit tapi di aplikasi Setel tulah.. Duit tu bolehlah guna untuk beli minyak.. Tak payah nak beratur dekat kaunter dah.. Duduk je dalam kereta, buka aps dan link kan.. Paling mudah bila nak isi penuh.. Dah selesai isi baru dia tolak duit.. Senang ya amat.. Hehehe.. Suka Sha..

Mula-mula muat turun dulu aplikasi ini di telefon bimbit..
Jangan lupa masukkan kod 3gbbk untuk dapatkan RM5..

Paparan ini akan keluar bila anda tidak berada di stesen minyak..

Kalau dah ada dekat stesen minyak, dia akan paprkan macam ni..
Klik pada perkataan Pembelian Petrol

Pilih pam.. Dekat pam tu ada no kan, klik ikut no pam.. Lepas pilih pam, akan keluar paparan dibawah..

Boleh isi ikut berapa liter kita nak atau tekan tangki penuh

Boleh juga pilih amaun ringgit atau tangki penuh..

Sha selalu pilih tangki penuh.. senang.. hehehe..
Nanti akan keluar jenis petrol/diesel.. Pilih nak ron 95/ron97 atau diesel dan klik Bayar..

Boleh guna no pin atau cap jari untuk meluluskan..

Tunggu sekejap untuk pam diaktifkan..

Bila keluar paparan ini, bolehlah mulakan pengisian..

Pengisian selesai.. Jumlah bayaran dan berapa mata ganjaran yang diberikan, akan dipaparkan.. Bolehlah muat turun resit juga.. Scroll sampai bawah akan ada butang untuk muat turun resit..

Selesai.. Bolehlah bergerak pulang.. hehehe..

8 comments:

  1. wah! kena install apps ni sbb abe kie isi minyak di petronas

    ReplyDelete
    Replies
    1. install abam kie.. mudah dan cepat guna apps nie..

      Delete
  2. Senang jugak guna apps Setel ini :)

    ReplyDelete
  3. Dapat mata ganjaran tu yang best tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastu tebus balik mata ganjaran untuk isi minyak.. hehehe

      Delete
  4. menarik nih, selalu jugak pesan kt edy untuk guna setel nih... tapi sebab kami selalu isi kat petron itu jarang guna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jarang isi pun okay je install apps nie Dana.. hehehe

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »