Wednesday, July 8, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 29

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha dan Imani ada temujanji klinik.. Imani diminta ke klinik untuk cucuk imunisasi bagi umur tahun dan juga untuk umur 12 tahun dia cucuk sekali.. Kiri kanan kena cucuk.. Menjeritlah dia.. Malam dia tidur awal.. Kepenatan dan badan tak sedap.. Lepas Imani cucuk tu terus Sha pergi Klinik pula.. Sha punya temujanji ini untuk review bacaan gula Sha.. Review ini untuk keputusan minum air gula pada 19.06.2020 aritu.. Alhamdulillah.. Doktor cakap Sha sihat dan tak ada masalah kencing manis.. Cuma diminta untuk kawal pemakanan, bersenam dan buat pemeriksaan kesihatan setahun sekali.. Lega rasanya bila doktor bagi tahu keputusan tadi.. Berdebar-debar je menunggu.. Nampak gayanya nak kena mula balik bersenam ini.. Lama dah stop.. hehehe.. Jomlah sihat ye kawan-kawan..

Sha cadangkan untuk semua yanv baca entry Sha ni untuk buat pemeriksaan kesihatan secara berkala.. Bukan sebab ap, sekurang-kurangnya kita mampu mencegah dan merawat lebih awal.. Ini hanyalah usaha kita untuk terus sihat, selebihnya kita bertawakal pada Allah.. Jangan mengalah dan terlalu takut pada kemungkinan hingga dah terlambat..

Masih okay masa nie.. Menanti nama dipanggil..

7 comments:

  1. Setiap tahun disarankan buat medical check up. Tapi, lahainya malaih nya nak beratur kat klinik. Ha Ha ha

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. Mcegah lebih baik dr mgubati

    ReplyDelete
  3. W'salam Sha,
    Alhamdulillah dengan keputusan medical check up Sha.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Semoga terus sihat walafiat

    ReplyDelete
  5. Ayu pun since dah balik ni, dah start makan suplimen. jaga makan tu jaga jugak, tapi godaan byk ... he he he.

    ReplyDelete
  6. sekurang2nya setahun sekali. 6bulan sekali lagi bagus. buat check up full body, kalau taknak berbayar, kat kerajaan pun ada cuma mungkin kena g hari2 tertentu je..

    ReplyDelete
  7. saya pun rasa nak buat check up dah ni jadikan habit..
    sebab dah masuk 3 series.. kena jaga macam2..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »