Tuesday, July 14, 2020

HelloDoktor | Ini Sebab Pandangan Sering Berbintik Jika Lihat Objek Cerah, Petanda Mata Tak Sihat?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha kongsikan info mengenai mata pula dari lama HelloDoktor.. Mana tahu berguna untuk anda.. Jom baca.. Kalau anda tak pasti, jangan lupa dapatkan nasihat doktor.. Ini sekadar info kesihatan ye..



Pernah tak anda mengalami situasi pandangan mata anda sering berbintik-bintik hitam atau bayang-bayang kecil muncul terutamanya apabila melihat langit?

Ia mungkin sering terjadi apabila anda memandang sesuatu yang cerah, atau latar belakang berwarna yang kosong seperti langit mahupun dinding putih.

Bentuknya selalunya rawak sama ada berbintik, bergaris ataupun berbentuk sarang labah.


Tahukah anda, perkara ini dikenali sebagai floaters mata atau eye floaters.

Apa itu floaters mata?

Kebanyakan floaters mata berpunca daripada faktor usia ini boleh terjadi kerana bahan yang berjeli (vitreous) di dalam mata anda bertambah cair.

Ia sering bergerak-gerak di sekitar mata dan akan hilang jika anda cuba untuk melihatnya secara direct.

Serat mikroskopik di dalam vitreous cenderung untuk bergumpal lalu menimbulkan bayang-bayang kecil di retina. Ini dikenali sebagai floaters.

Floaters ini tidak akan menjadi masalah jika anda sudah biasa alaminya, tidak bertambah teruk dan tidak menghalang penglihatan anda.

Biasanya kejadian floaters mata ini tidak mengundang perkara yang serius kepada kesihatan mata namun sekiranya anda khuatir, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mata.

Secara umumnya, bahan berjeli di dalam mata anda akan bertambah cair mengikut peredaran usia.
Masih keliru? Mari kita kenali kriteria-kriterianya:

Bintik-bintik yang bergerak seiring pergerakan mata anda dan akan hilang jika anda cuba untuk fokus kepadanya.

Bentuknya random

Floaters ini lebih jelas apabila anda melihat latar belakang yang cerah seperti dinding dan langit
Tompok kecil yang akan bergerak ke bawah bahagian mata secara sendirinya dan menghilang

Bahayakah floaters mata terhadap kesihatan mata?

Sejauh manakah anda boleh menghiraukan kewujudan floaters mata? Benarkah ianya tidak mempunyai kesan sampingan?


Apabila simptom-simptom ini berlaku kepada anda, segera dapatkan nasihat perubatan daripada doktor:
Floaters yang membuatkan mata kabur
Sakit mata
Kejadian floaters setelah anda mengalami kemalangan
Bayangan hitam pada penglihatan anda
Eye floaters makin bertambah

Perkara-perkara di atas boleh menjadi petanda bahawa anda mungkin mengalami kecederaan pada bahagian belakang mata yang boleh membawa kepada kecacatan mata yang kekal.

Selain itu, ia boleh menjadi petanda serius bahawa berlakunya kekoyakan pada retina mata.

Seiring dengan pertambahan umur, vitreous akan mengendur dan perkara ini secara langsung akan menarik retina. Jika ia ditarik dengan kekuatan yang mencukupi, retina akan koyak.

Sekiranya hal ini tidak dirawat dengan kadar segera, cecair akan berkumpul di belakang retina dan menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal.

Jika anda mengalami simptom-simptom ini, segera dapatkan rawatan daripada pakar mata sebelum keadaan bertambah melarat.

Sekiranya eye floaters anda tidak mempunyai simptom-simpton yang berbahaya seperti di atas, usah khuatir kerana ia merupakan perkara normal yang menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Bagaimanakah cara untuk kurangkan floaters?

Anda harus faham bahawa floaters mata ini sebahagian daripada mata kita. Ianya sangat normal dan terjadi kepada semua individu mengikut pertambahan umur.

Apabila floaters ini berlaku, ia akan menghilang dengan sendiri kelak. Otak anda akan sama ada menapis floaters tersebut atau tarikan graviti secara semula jadi akan menurunkannya ke bahagian bawah mata.

Kalau anda terganggu dengan kehadiran eye floaters ini, anda mungkin boleh mencuba tips-tips ini bagi mengurangkannya:
Pakai cermin mata hitam ketika berada di luar rumah atau semasa anda terdedah pada matahari. Ia berfungsi untuk menapis dan mengurangkan kejadian eye floaters

Pasang filter pada skrin laptop atau phone jika anda banyak menggunakannya
Kurangkan kekuatan cahaya pada peranti elektronik anda

Secara keseluruhan, eye floaters ini normal dan tidak perlu dirisaukan kecuali berlaku simptom-simptom di atas atau perubahan pada jumlah floaters secara drastik.

Jaga kesihatan mata anda sebaik mungkin dan ingat bahawa kebanyakan floaters tidak berisiko.

Bagi memastikan kesihatan mata anda kekal pada tahap yang baik, anda boleh melakukan pemeriksaan mata secara berskala.

Pakar mencadangkan sekiranya anda tidak mempunyai sebarang masalah mata, pemeriksaan kesihatan mata boleh dilakukan setiap 10 tahun.

Bagi orang yang lebih berumur, pemeriksaan harus dilakukan dengan lebih kerap setiap tahun terutamanya bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 comments:

  1. Rasanya Mrs. A pernah kena jugak nampak bulat hitam tu tapi tak ambil port sangat hehehee...
    Baru tahu kekdahnya tu floaters ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Sha pun baru tahu bila baca, tu yang kongsi kat sini..

      Delete
  2. Terimakasih saran pengingatnya, kacatat untuk kuingatkan ke ibu saya untuk rutin memeriksakan mata agar selalu kesehatan matanya terjaga

    ReplyDelete
  3. W'salam Sha,
    Terima kasih atas perkongsian channel YouTube drama / movies, memang LZ tengah cari untuk tonton bila ada masa lapang. Lagi satu, penjagaan mata sangat penting, bimbang dengan penyakit berkaitan pancaindera seperti yang Sha kongsi. Info sangat berguna.

    ReplyDelete
  4. pernah gak rasa mcm ada bintik2 tu tapi awal2 bila kita terdedah kepada cahaya jelah. Lepas tu bila mata dah boleh cope dengan cahaya it went off just like that.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com