Friday, August 7, 2020

Pokok Bidara

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pokok bidara kesayangan Sha.. Sha tanam betul-betul depan rumah Sha.. Dah besar pokok ini sampai menyenget dia.. Berat batang dia lepas kena tiup angin rebah jadinya.. hehehe..

Condong dah pokok bidara Sha..

Besar-besar daun dia..

Nak keringkan.. Nanti boleh rebus dan buat mandi..

Udah togel.. Nak cari kayu je untuk ikat bagi dia tegak..

Thursday, August 6, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 57 & 58

Assalamualaikum..
Hye semua..

Day 57
Alhamdulillah.. Berjaya melalui hari ini dengan perasaan positif.. Hidup ini kena bersyukur apa adanya.. Malamnya diserang sakit perut yang dah lama tak berkunjung.. Bergulinglah atas katil.. Walaupun lapar, memang tak larat nak makan.. Anak-anak diuruskan encik suami.. Sha pula berkurung dalam bilik.. Syukur dikurniakan anak-anak dan suami yang memahami.. 

Rezeki dari sahabat yang baru sampai dari kampung.. Tapai pulut buatan tangan maknya.. Sedap.. Kalau makan sejuk lagi best.. hehehe..

Day 58
Sha memang tak sedar pagi tu.. Mujurlah encik suami terjaga.. Beliaulah yang kejutkan anak-anak dan uruskan semuanya.. Sha bangun solat dan sambung berguling atas katil.. Perut masih lagi meragam.. Seharian encik suami yang uruskan anak-anak.. Sha gagahkan juga masak sup dan nasi untuk makan.. Tak lalu nak makan selain itu.. Petang dah okay sikit.. Lama pula dia bertandang, mungkin sebab dah lama tak menyapa agaknya.. Alhamdulillah.. Sakit ini ujian penghapus dosa..

Menyokong jiran buat kali terakhir.. Lepas ini beliau nak berpindah ke Kuala Kubu Bharu, entah bilah pula dapat merasa roti beliau lagi..

Makanan | NutriPlus Chicken Karaage

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menu apa malam ini? Sha goreng Chicken Karaage ini je.. Balik tengahari, keluarkan dari peti beku untuk dinyahbekukan.. Petang balik kerja, masak nasi, masak sup dan goreng Chicken Karage.. Dah siap menu makan malam.. Alhamdulillah produk ini memudahkan Sha untuk menyiapkan kerja-kerja memasak.. Kadang tak tahu nak masak apa, goreng je ayam ini dah ada satu menu.. Anak-anak suka, mak ayah pun gembira.. hehehe.. 

RM7.85 (300g)

Sebungkus tu ada lebih kurang 8 ketul..

Setelah digoreng.. Sebahagian.. Ada lagi dekat kuali.. hehehe..
Gambar yang diambil sebelum ini.. Hehehe..

Drama Thailand | Bangkok Vampire (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa drama ini lepas tengok filem #Alive.. Hehehe.. Boleh tengok dekat SINI dan SINI.. Ada 8 episod je tapi tulah setiap episod 1 1/2 jam kot.. hahaha.. Lama betul.. Gigih jugalah tengok sebab hero dia perempuan, lepas tu cerita pasal vampire kan.. Macam menarik.. hehehe..

Drama ini membawa cerita pasal Rosarin yang mencari adiknya sejak bertahun-tahun lepas mereka berdua ditukarkan menjadi vampire.. Dalam pada mencari, Rosarin bertemu dengan Nop seorang pakar IT.. Mereka berdua berkerjasama.. Nop sangat mengagumi dan cintakan Rosarin sebab tu dia setuju nak berkerjasama.. Mereka turut dibantu dua orang polis..

Episod 6, hero dia bertukar jadi vampire.. Terus nampak handsome.. Hahahaha.. Bukanlah tak handsome masa sebelum jadi vampire cuma aura dia nampak lah lain.. Lepas tu babak dia berlawan dalam episod akhir memang ohsemlah.. hehehe.. Cuma ending dialah.. Geram pula nengok plot twist dekat ending dia tu.. Macam akan ada sambungan je.. huhuhu..

Drama: Bangkok Vampire
Also Known As: Rosalin Lah Vampire
Genres: Action, Drama, Supernatural, Detective
Country: Thailand
Episodes: 8
Aired: Mar 31, 2019 - May 19, 2019
Aired On: Sunday
Original Network: Mono 29
Duration: 1 hr. 37 min.
Rosarin, a vampire descendent, lost her sister mysteriously, coincidentally as other people in Bangkok disappeared one by one. She uses her psychic power to track down for her sister, joined by Nop, an IT geek who falls for her at first sight.
As the story reveals, the evil vampire boss is collecting special blood for some rituals. His cravings are about to fulfill with several elite assassins under his command. Rosarin needs to fight for her sister or she and Bangkok would be collapsed by the evil vampire. (Source: MonoFilm)


Antara pelakon utama..

Hikmah Di Sebalik PKP, Kajian Buktikan Orang Malaysia Pilih Amal Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam mana dengan kesihatan anda.. Sekarang ini ada trend baru.. Orang Malaysia semakin peka dengan kesihatan sejak-sejak PKP ini.. satu perkembangan yang baguskan.. Jom kekal sihat..


Rentetan pandemik COVID-19, budaya kesihatan rakyat Malaysia nyata telah banyak berubah. Kini, rakyat Malaysia lebih bijak dalam menggunakan teknologi kesihatan lebih-lebih lagi telekesihatan.

Malahan, masyarakat kita juga lebih mengutamakan kesihatan peribadi jika dibandingkan dengan sebelum Malaysia dilanda wabak COVID-19.

Menurut Kaji Selidik Kesihatan Malaysia (Malaysian Health Survey), 3.7 daripada rakyat Malaysia mengkategorikan diri mereka sebagai sihat.

Namun, Malaysia merupakan negara yang mempunyai individu obes paling ramai di Asia.

Walau bagaimanapun, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tabiat rakyat Malaysia telah berubah. Ramai yang sudah mula mengamalkan gaya hidup sihat.

85 peratus sudah mula bersenam ketika masa senggang. 49 peratus lagi lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan.

Selain itu, COVID-19 telah menyaksikan Malaysia mula beralih kepada penggunaan telehealth ataupun telekesihatan, iaitu satu teknologi perubatan atas talian.

Apa itu telekesihatan?

Telekesihatan ialah penggunaan teknologi komunikasi seperti komputer dan telefon pintar untuk tujuan perubatan. Melalui cara ini, individu boleh mengakses servis perubatan secara atas talian.

Pengguna boleh dapatkan khidmat nasihat dan sesi konsultasi doktor di hujung jari. Tambahan lagi, pengguna tidak perlu meninggalkan keselesaan di rumah untuk menghadiri janji temu di hospital.

Anda mungkin juga berminat:
Lebih ramai menggunakan teknologi khidmat perundingan doktor dalam talian

Dari kanan: Lyn Mak, hos radio; Dr. Feisul Idzwan Mustapha, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit) di Kementerian Kesihatan Malaysia; Eric Wong, Ketua Pelanggan dan Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad; serta Maggy Wang, bekas pengacara radio FlyFM dan pengasas Motion Lab.

Selepas tercetusnya wabak COVID-19, kini lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan teknologi kesihatan dalam talian. Ini berbeza dengan sebelum PKP dilaksanakan.

Dalam kaji selidik yang sama dijalankan sebelum PKP, mereka mendapati 75% daripada rakyat Malaysia tidak pernah menggunakan khidmat perundingan doktor dalam talian (Online Doctor Consultation – ODC).

Tambah lagi, ramai yang rasa lebih yakin jika berjumpa doktor secara bersemuka (69%) manakala sebanyak 22 peratus lagi tidak tahu wujudnya sistem konsultasi secara dalam talian.

Menurut kajian oleh Frost & Sullivan, sektor telekesihatan dijangka akan berkembang sebanyak 7 kali ganda dalam jangka masa 5 tahun akan datang.


Seiiring dengan usaha kerajaan juga, perkhidmatan telekesihatan dilihat semakin mendapat sambutan orang ramai.

Tambah lagi, perkhidmatan telekesihatan lebih mudah dan menjimatkan masa. Mereka tidak lagi perlu ke hospital untuk temujanji atau sesi konsultasi untuk keadaan kesihatan yang bukan kecemasan.

Elak daripada mengunjungi klinik atau hospital

Menurut Dr. Feisul Idzwan Mustapha, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit) di Kementerian Kesihatan Malaysia,

“Walaupun kes COVID-19 di Malaysia semakin berkurang, namun sebilangan besar rakyat Malaysia masih akan terus mengelakkan diri daripada mengunjungi klinik ataupun hospital,” katanya.

Oleh sebab itu, beliau menjangkakan lebih ramai masyarakat akan beralih kepada penggunaan telekesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Tambahan lagi, disebabkan permintaan yang kian meningkat, sektor swasta dan juga kerajaan masing-masing sedang berlumba-lumba untuk menyediakan perkhidmatan telekesihatan yang terbaik untuk pengguna.

Menurut Eric Wong, Ketua Pelanggan dan Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad pula, beliau dapat memerhatikan peningkatan yang ketara dalam penggunaan perkhidmatan telekesihatan.

Aplikasi Pulse yang dibangunkan oleh Prudential mencatatkan penggunaan sebanyak dua kali ganda semasa Malaysia di bawah PKP.

Menurutnya lagi, perkhidmatan konsultasi doktor dalam talian dan aplikasi seumpamanya turut mencatatkan penambahan yang ketara.

Kebaikan penggunaan telekesihatan


Rakyat Malaysia sudah semakin cakna dalam menggunakan teknologi kesihatan dalam kehidupan seharian.

Antara kebaikan penggunaan telekesihatan termasuklah dapat mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan dan juga mengurangkan pesakit di hospital.

Dengan mengaplikasikan penggunaan telekesihatan, penjarakan sosial dapat dilakukan dengan lebih efektif.

Selain itu, pesakit masih boleh berjumpa doktor untuk sesi konsultasi walaupun mereka terpaksa berada di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.

Tambah lagi, penggunaan telekesihatan bukan sahaja terhad untuk sesi konsultasi. Malah, ia juga boleh digunakan untuk:
Menyaring individu yang mempunyai simptom COVID-19.
Mengenal pasti individu yang memerlukan konsultasi tambahan.
Memantau pesakit yang mempunyai penyakit kronik.
Melakukan terapi secara atas talian (online).
Memantau pesakit yang sukar untuk mendapatkan khidmat kesihatan.
Mengikuti perkembangan pesakit selepas dihospitalkan.
Rakyat Malaysia lebih pentingkan kesihatan


Rakyat Malaysia mungkin nampak sihat, namun itu semua pada luaran sahaja.

Namun, disebabkan pandemik yang melanda, nampak perubahan yang ketara pada rakyat Malaysia dari segi penggunaan teknologi, persediaan dari segi kewangan dan juga kesihatan diri.

Kesediaan rakyat Malaysia untuk menerima telekesihatan juga merupakan satu perkara yang positif. Menurut kajian yang sama, Dr. Feisul juga dapat perhatikan perubahan dalam pemikiran rakyat Malaysia.

85.5 peratus responden mengaku mula mengamalkan gaya hidup yang sihat. 88 peratus pula bersetuju amalan gaya hidup sihat amat membantu mereka semasa PKP.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://hellodoktor.com/ms/

Wednesday, August 5, 2020

Drama Korea | Ga Doo Ri’s Sushi Restaurant (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat menarik.. Mengenai Doori yang membuka sebuah kedai sushi dan membuat bacaan kad tarot pada pelanggan terpilih.. Ada imbas semula mengenai kehidupan Doori sepanjang drama ini.. Drama yang pendek dan sagant menyeronokkan untuk ditonton.. Lebih mudah sebab boleh tengok di Youtube.. Pelakon dia pun not bad.. hehehe..

Boleh tengok di Youtube klik SINI dan juga di SINI..

Drama: Ga Doo Ri’s Sushi Restaurant
Also Known As: gaduli hoesjib, Gaduri Restaurant, Gadurihoetjip, Gadurihoesjip
Genres: Comedy, Romance
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Jun 9, 2020 - Jul 16, 2020
Aired On: Tuesday, Thursday
Original Network: Naver TV Cast, vLive
Duration: 17 min.
“Ga Doo Ri’s Sushi Restaurant” will be about the sweet yet fierce romance between dating expert Ga Doo Ri, who’s well known for her refreshing dating advice, and her mysterious next-door neighbor Cha Woo Bin.. (Source: Soompi)


Pelakon-pelakonnya..

Minuman | HausBoom: Mangga & Asam Jawa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pantang nampak perasa baru, mulalah tangan gatal nak membeli.. Kali ini kita cuba dua rasa yang agak menarik iaitu mangga dan asam jawa.. Iya kawan-kawan, asam jawa.. Harganya masih RM3.80 dan Sha jumpa di Kedai Mesra Petronas dan 7Eleven.. 

Mangga tu macam tak berapa rasa sangat mangga dia bila dah campur dengan carbonat untuk dijadikan air sparkling ini.. Ada rasa mangga tu tapi macam sipi-sipi je.. Ke tekak Sha yang tak berapa okay.. Hahaha.. Asam jawa tu pula kuat rasa asam jawanya, carbonat tu pula kurang.. Kalau korang suka asam jawa, memang Sha syorkan lah untuk cuba yang ini.. Agak menarik untuk tekak Sha.. Hehehe.. Owh ya, yang asam jawa tu korang kena goncang sikit sebab dia macam mendap dibawah.. Barulah rasa dia sekata lepas digoncang.. Gitu..

Haus Boom Mangga
Haus Boom Asam Jawa

Wordless Wednesday 2020 PKPP


Tuesday, August 4, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 55 & 56

Assalamualaikum..
Hye semua..

Day 55
Semalam bermulalah kembali rutin berkerja seperti biasa dengan norma baru.. Bertugas di kaunter menggantikan rakan sekerja yang bercuti.. Walaupun telah diwartakan mengenai penggunaan MySejaytera, tetap ada yang tak mahu mematuhi dan sombong.. Bukan susah, duduk je diluar tak perlu masuk.. Ada sebab kenapa aplikasi MySejahtera tu diwujudkan.. Geram je tengok perangai manusia yang degil ini.. Telefon canggih boleh pakai, muat turun aplikasi MySejahtera yang mudah tu susah pula.. Rasa macam nak katok je kepala mereka ini.. Tu belum lagi isu pemakaian mask.. Haiah.. Sakit pula hati kita..

Menu sarapan dan bekal anak-anak ke sekolah semalam.. Spaghetti carbonara dengan sosej dan cendawan..

Petangnya dapat pengat pisang dari pengasuh anak.. Sedap tak boleh bawa bincang.. hehehe..

Day 56
Hari ini bermula dengan agak penat.. Semalam tak cukup tidur.. Pagi tetap kena bangun awal.. Sekarang kena rajin sediakan bekal untuk anak-anak.. Petang terima bungkusan yang dibeli dari Shoppee.. 100pcs mask budak dan 100pcs mask dewasa.. Balik kerja singgah rumah adik ipar ambil daging korban dan juga sos perapan.. Biras Sha berniaga ayam golek dan menu western.. Dia buat jual rempah perapan tu.. Malam ini nak kena tidur awal.. Tak lalu nak berjaga.. 

100pcs mask dewasa..

100pcs mask kanak-kanak..

Performance Blog KasihkuAmani Julai 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lambat pula update entry pasal perkembangan blog Sha.. Hehehe.. Hampir lupa sebenarnya.. Mujurlah masa scroll entry ternampak entry pasal ini.. Bulan ini ada nampaknya masih menurun lagi pageview.. Tetap akan update entry setiap hari.. Ini antara yang menarik dalam hidup Sha selain membaca dan menonton.. Nak ke panggung pun dah macam susah, layan dekat komputer jelah dengan Youtube.. hehehe..

Ada tambahan 3 orang followers baru.. Selamat datang ke blog Sha..

All time view itu meningkat walaupun bulanan menurun.. hehehe..

Vie kurang namun komen meningkat.. Yeah!! Membahagiakan.. Maknanya ramai yang rajin tinggalkan komen dekat blog sha.. Terima kasih..

Drama korea pula menjadi tarikan dan berada di carta atas.. Awesome.. Hehehe..

Apalah agaknya yang nak dicari dengan kata kunci Amazon tu ye.. hehehe..

Ada peningkatan entry.. Awesome..

Bila buat carian dekat Google, Yeah!! Keluar first page.. Teruja.. teruja.. Walaupun dua artikel ini je tetap rasa bahagia.. hehehe..


Giveaway by ejulz & shirven

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint GA ohsem anjuran ejulz dan shirven ini..

Tarikh Tamat : 15 OGOS 2020

Drama Jepun | Love Lasts Forever (2020)

Assalamualaikum.
Hye semua..

Entah kenapa tertarik dengan Youtube recommended ini.. Terus layan episod 1.. Eh, menariklah.. Terus Sha layan sampai episod 10.. Drama yang sangat comel dan sweet.. Lama juga tak layan drama Jepun.. Kalau layan pun layan drama thriller.. Kali ini kita layan yang sweet pula.. Nak tengok?? Boleh klik SINI..

Kisahnya pasal Sakura yang terjumpa dengan Tendo semasa membantu seorang makcik.. Tendo merupakan doktor dan ini membuatkan Sakura bercita-cita ingin menjadi seorang jururawat.. Setelah 5 tahun, akhirnya mereka berjumpa semula namun impian Sakura tidaklah begitu indah bila Tendo tak kenal pun Sakura dan bersikap sangat kasar.. Comel gila bila jumpa kali pertama lepas 5 tahun Sakura terus luahkan perasaan dekat Tendo.. 1 hari je dah selesai 10 episod.. hehehe

Drama: Koi wa Tsuzuku yo Doko Made mo
Also Known As: Love Lasts Forever , Koi wa Tsuzuku yo Dokomade mo, KoiTsudu, Koi Tsudu, Koi wa Tsuzuku yo Dokomademo, An Incurable Case of Love
Screenwriter: Kaneko Arisa
Director: Tanaka Kenta
Genres: Comedy, Romance, Drama, Medical
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Jan 14, 2020 - Mar 17, 2020
Aired On: Tuesday
Original Network: TBS
Duration: 51 min.
Nanase Sakura is a 23-year-old rookie nurse. She met Doctor Kairi Tendo several years ago and fell in love with him. To meet him again, she studied hard and became a nurse. After 5 years, she finally meets Kairi Tendo again, but he has a totally different personality than what she imagined. Kairi Tendo, who is 31-years-old, is commonly referred to as the "Devil" at work. He is a level-headed perfectionist and often makes biting remarks to doctors and nurses. Nanase Sakura works hard to receive recognition from Kairi Tendo and she also expresses her feelings honestly to him. Due to her persistence, Nanase Sakura becomes well known at the hospital and she picks up the nickname of the "Warrior. Chick" Meanwhile, Kairi Tendo becomes attracted to Nanase Sakura.
(Source: AsianWiki)
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com