Assalamualaikum..
Hye semua..
Pantang nampak perasa baru, mulalah tangan gatal nak membeli.. Kali ini kita cuba dua rasa yang agak menarik iaitu mangga dan asam jawa.. Iya kawan-kawan, asam jawa.. Harganya masih RM3.80 dan Sha jumpa di Kedai Mesra Petronas dan 7Eleven..
Mangga tu macam tak berapa rasa sangat mangga dia bila dah campur dengan carbonat untuk dijadikan air sparkling ini.. Ada rasa mangga tu tapi macam sipi-sipi je.. Ke tekak Sha yang tak berapa okay.. Hahaha.. Asam jawa tu pula kuat rasa asam jawanya, carbonat tu pula kurang.. Kalau korang suka asam jawa, memang Sha syorkan lah untuk cuba yang ini.. Agak menarik untuk tekak Sha.. Hehehe.. Owh ya, yang asam jawa tu korang kena goncang sikit sebab dia macam mendap dibawah.. Barulah rasa dia sekata lepas digoncang.. Gitu..
Haus Boom Mangga
Haus Boom Asam Jawa
manis ke tak?
ReplyDeletekalau untuk tekak Sha macam tak berapa manis.. Tambah yang asam jawa tu.. Terasa kemasaman asam jawa dia..
Deletekalau skt tekak ok x minum yg asam jawa tu?
ReplyDeletejanganlah.. walaupun gas dia tak kuat, masih ada gas.. nanti lagi sakit tekak pula..
Deletekalau air hausboom ni shida suka lemonade..plg suka sha..sedap masam2 sparkling..baru2 ni shida beli kat petron..beli 1 percuma 1..terus ambil perisa nanas..ok la tp xleh lawan lemonade..hehee
ReplyDeleteSparkling Adam jawa? Rare sunggub
ReplyDeletehaus boom ni juga adalah manis boom! haha
ReplyDelete