Tuesday, August 18, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 70

Assalamualaikum..
Hye semua..

Apa khabar hari ini?? Hari ini ohsem dan cemerlang.. hehehe.. Sha kerja separuh hari je hari ini sebab bawa Amani ke temujanji gigi di Klinik Pakar Pergigian.. Tunda dari PKP tu bawa ke tarikh hari ini.. Alhamdulillah tak ada apa yang serius cuma gigi graham tu je belum keluar lagi.. Kalau dah keluar baru boleh cabut besi tu.. Baca entry Besi Gigi Amani Patah.. Lepas tu gigi Amani tak rapat dan sedikit terjungkit di bahagian hadapan.. Nak kata dia isap jari, tak ada pula cuma dia kuat gigit kuku.. Doktor nak pantau dulu.. Kalau perlu mungkin nanti kena pakai pendakap..

Tak ramai orang untuk satu-satu waktu.. SOP tetap dipatuhi.. Selain scan My Sejahtera, kena isi form kehadiran juga untuk rekod pihak klinik.. Alhamdulillah semua orang patuh SOP.. #kitajagakita

Alang-alang dah ke Teluk Intan, teruslah lajak ke McD.. Yeah!! Tak ramai orang.. Tapi berger Korean dah tak ada.. Jadinya kita beli bundle je.. 2 set ayam goreng Mcd (4pcs ayam, 2 air dan 2 kentang medium), ala carte McChicken dan 2 Sundae berharga RM35..

9 comments:

  1. Alhamdulillah
    sedap ayam goreng McD.

    ReplyDelete
  2. sedapnya..lama tak makan Mcd.

    ReplyDelete
  3. sedapnya ayam , wahh Sha sampai ke kampung kak ana tuu :)

    ReplyDelete
  4. Semoga keadaan gigi Amani baik-baik saja...

    Bestnya makan McD..

    ReplyDelete
  5. amani tak isap dummy eh? good girl nya diaaa

    ReplyDelete
  6. terliur pulak nengok kan ayam nya tu kak oi...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya ayam goreng McD. Lama tak makan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »