Assalamualaikum..
Hye semua..
Jom baca info menarik mengenai tekak anda.. Mungkin ada yang pernah mengalaminya..
Hye semua..
Jom baca info menarik mengenai tekak anda.. Mungkin ada yang pernah mengalaminya..
Kanser esofagus merupakan salah satu penyakit kanser yang membunuh di Malaysia. Individu yang mengalami keadaan ini kebiasaannya mengalami masalah susah menelan.
Pesakit yang didiagnosis dengan masalah ini kebiasaannya hadir pada tahap lewat membuatkannya sukar untuk dirawat.
Esofagus mempunyai fungsi penting dalam sistem pencernaan memandangkan ia merupakan laluan utama makanan untuk masuk ke dalam perut selepas ditelan.
Ketumbuhan yang muncul pada dinding esofagus boleh menjalar masuk lebih dalam hingga mempengaruhi integriti otot dan organ yang berdekatan dengannya.
Seperti masalah kanser yang lain, kunci kejayaan rawatan bagi penyakit ini adalah diagnosis awal.
Oleh sebab itulah orang awam perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk rujuk kepada doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
Artikel ini akan menyentuh sedikit sebanyak perihal kanser esofagus.
Susah menelan makanan petanda kanser esofagus
Mereka yang mengalami kanser esofagus kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal penyakit.
Oleh sebab itulah sukar untuk kita tahu sama ada anda berisiko untuk mendapat masalah ini tanpa pemeriksaan teliti oleh doktor perubatan terlatih.
Apabila kanser tersebut melarat menjadi semakin teruk, pesakit boleh menunjukkan simptom seperti berikut:
Susah menelan makanan
Selalu tercekik ketika makan
Muntah
Hilang berat badan tanpa mencuba
Pedih ulu hati
Makanan sukar untuk masuk ke dalam perut (rasa macam makanan naik ke atas esofagus semula)
Sakit dada
Kelesuan
Merokok tingkatkan risiko penyakit kanser esofagus
Pelbagai jenis faktor boleh menyebabkan risiko anda untuk mendapat kanser esofagus meningkat.
Walaupun punca hakiki berlakunya kanser ini masih tidak diketahui, pakar di seluruh dunia bersetuju mutasi pada maklumat DNA sel merupakan mekanisme utama.
Ia boleh memberikan isyarat salah kepada sel menyebabkan proses replikasi berlaku tanpa henti.
Isyarat yang sepatutnya menyebabkan proses kematian sel juga terganggu.
Ini bermakna jumlah sel baharu akan mengganggu keseimbangan sel memandangkan jumlah sel yang mati kurang/ tiada,
Keadaan ini menyebabkan terbentuknya ketumbuhan pada dinding esofagus. Itu merupakan penghalang yang menyebabkan anda susah menelan makanan.
Asap rokok merupakan salah satu punca utama kepada berlakunya kanser esofagus.
Selain itu, punca yang turut didokumentasikan sebagai faktor risiko kanser esofagus adalah:
Pengambilan minuman beralkohol
Penyakit refluks gastroesofagus kronik (GERD)
Perubahan struktur sel pada dinding esofagus bawah disebabkan oleh masalah GERD (esofagus Barrett)
Masalah berat badan berlebihan
Kurang mengambil makanan berserat seperti buah dan sayur
Mempunyai masalah yang dikenali sebagai akalasia (fungsi bukaan esofagus-perut terjejas dan esofagus kehilangan fungsi pergerakan peristalsis)
Saya susah menelan makanan, ini sebab kanser tersebut ke?
Seperti masalah kanser yang lain, diagnosis tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
Kemajuan teknologi perubatan telah memudahkan proses pengesanan kanser dilakukan oleh doktor perubatan.
Setakat ini, terdapat 4 prosedur yang boleh mendiagnosis kanser esofagus.
Doktor mungkin akan melakukan lebih daripada 1 prosedur bagi mengesahkan diagnosis bagi masalah kanser esofagus.
1. Prosedur endoskopi – doktor akan menggunakan tiub yang dilengkapi dengan kamera bagi memeriksa permukaan esofagus anda. Sebarang ketumbuhan atau iritasi akan direkodkan untuk langkah seterusnya.
2. Minum air barium – doktor akan meminta anda untuk minum cecair yang mempunyai barium bagi melihat struktur esofagus melalui imbasan X-ray.
3. Biopsi – prosedur ini melibatkan pengambilan sampel tisu yang mencurigakan semasa prosedur endoskopi sedang dijalankan. Sampel tersebut akan dihantar ke makmal untuk analisis.
4. Penggunaan alat imbasan CT, PET atau MRI. Jika anda sudah didiagnosis dengan masalah kanser, alat seperti MRI boleh mengesan jika kanser tersebut sudah tersebar ke organ lain.
Rawatan bagi kanser esofagus
Jika saiz tumor anda kecil dan ia belum tersebar ke mana-mana bahagian badan, pembedahan boleh membuang ketumbuhan tersebut.
Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor menyarankan pesakit untuk melalui terapi radiasi atau kemo terlebih dahulu.
Ini berikutan kebanyakan pesakit didiagnosis lewat (bukan sekadar susah menelan) dan mereka memerlukan gabungan rawatan terapi radiasi/kemo dan pembedahan.
Setiap prosedur rawatan mempunyai risikonya yang tersendiri.
Sebagai contoh, bagi pembedahan, komplikasi seperti pendarahan, kebocoran pada laluan esofagus yang dicantum semula selepas ketumbuhan dibuang dan masalah berkaitan dengan sistem pernafasan.
Pun begitu, kebiasaannya komplikasi yang dialami pesakit dapat diselesaikan dengan bantuan doktor.
Bagi kanser esofagus yang didiagnosis pada tahap akhir, doktor hanya boleh memberikan rawatan bagi melegakan simptom.
Kesembuhan sememangnya mustahil pada tahap ini memandangkan kanser sudah merebak ke organ lain.
Kesimpulannya, perubahan gaya hidup dan pemeriksaan secara berkala bagi mereka yang berisiko dapat meningkatkan kualiti hidup mereka yang didiagnosis dengan masalah kanser.
Rokok merupakan punca kepada 1001 penyakit, maka adalah lebih baik untuk anda berhenti atau dapatkan bantuan profesional sebelum terlambat.
Jika anda mengalami simptom berkaitan dengan esofagus seperti kesukaran menelan, sila rujuk doktor untuk nasihat perubatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://hellodoktor.com/ms/
Allah, bahaya tu.
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian.
ReplyDeletetake note for this
ReplyDeleteThanks for the sharing..
ReplyDeletethanks sharing the good info..
ReplyDeletejom sama2 jaga kesihatan^^
bahaya tu..tq sha atas perkongsian.
ReplyDeletewahai para perokok...silalah baca entry ini jika anda sayangkan nyawa dan keluarga...
ReplyDelete