Shoplinks.Asia

Friday, March 11, 2016

Pengalaman Berbekam

Assalamualaikum..
Bekam itu sunnah..

Seumur hidup Sha memang x pernah berbekam walaupun abah Sha memang buat bekam ini.
Kebetulan 04.03.2016 Sha balik kg jenguk family.. 
Masa hari nak balik (06.03.2016) tetibe tergerak hati nak berbekam..
Sha buat bekam angin dan juga bekam darah..
Malangnya masa bekam darah, xde darah yang keluar.. 
Abah Sha cakap kena buat bekam angin lagi untuk buang angin dulu baru buat bekam darah.
Masa buat bekam angin, memang lebam teruk badan Sha. Banyak betul angin dalam badan Sha..

Memang lepas berbekam tu rasa nak sedawa je..
(Buang angin.. ) Badan terasa ringan dan dah kurang lenguh-lenguh..
Nampak gayanya memang nak kena buat lagilah nie..

Sedikit maklumat mengenai Bekam

Apa itu bekam? Bekam terdiri daripada dua jenis utama iaitu bekam basah dan bekam angin(kering). Bekam basah sangat terkenal dalam perubatan Islam mana kala bekam angin(kering) amat terkenal dikalangan pakar perubatan cina.
Bekam angin.
Bekam angin sangat senang dilakukan. Boleh dilakukan sendiri oleh orang dewasa di rumah. Letakkan gelas bekam di kawasan hendak dibekam, contohnya di belakang badan. Buangkan angin dalam gelas tersebut menggunakan pam vakum. Biarkan selama 10 - 15 minit. Kemudian tanggalkan dan selesai. Tanda-tanda badan mengandungi banyak angin ialah semasa membekam angin terdapat wap putih melekat pada dinding gelas. Bekam angin boleh dilakukan kerap. Sebulan sekali, dua minggu sekali, seminggu sekali ataupun tiap-tiap hari.

Bekam basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.


3 comments:

  1. Seumur hidup belum pernah lagi cuba...

    ReplyDelete
  2. Miamor pernah buat bekam basah.. tapi, sekali ja...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI