Saturday, September 30, 2017

Kasih Bertamu (Belum Waktu) oleh Axiemeluv Aziz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang sangat menarik..
Permulaan ceritanya sangat smooth..
Berjaya menghuru harakan perasaan Sha..
Sebab ada sedikit misteri di timbulkan..
Cerita mengenai seorang perempuan yang pada asalnya yatim piatu..
Kemudiannya tiba-tiba sahaja punya keluarga dan kekayaan..

Konflik yang dihidangkan walaupun simple tapi menarik..
Bermula dengan kes pembunuhan..
Mencari dalang yang melakukannya..
Konflik cinta yang agak tragis tapi berakhir dengan kebahagiaan..
Memang sangat menarik..

Satu lagi perkara yang menarik dalam novel ini ialah perkongsian mengenai ladang tulip di Amsterdam..
Cara penulis bercerita, membuatkan Sha teruja nak ke sana..
Tak dapat pergi in reality, Sha search di google.. Memang lawa.. 

Sha baca pada 28.09.2017 dan selesai pada 29.09.2017..


Buku ini terbitan Karystos Creative

Koleksi Buku Bulan September 2017 #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pembelian yang ini Sha buat melalui Instagram..
Ini semua buku preloved..
Sha beli dengan harga RM15 sebuah..
Tiada caj penghantaran sebab penjual ini duduk berdekatan dengan Sha..
Past by hand je.. Hehehe.. 

Akhirnya koleksi Projek Seram Sha makin lengkap..
Sha teruja mengumpul koleksi ini disebabkan rak buku yang Sha miliki..
Bila ada rak buku, perasaan seronok melihat susunan buku sangat ohsem..
Kalau tak ada rak buku ini mungkin perasaan mengumpul itu agak kurang semangatnya..  Hehehe.. 

Cermin dan Pulau Sha dah baca.. 
Kolej je belum baca.. 
Kalau tak sebab Kolej, rasanya Sha tak beli.. 
Atleast ada buku yang tak baca lagi.. 
Harga pun berbaloi.. Buku dalam keadaan elok lagi..
Cuma Sha perlu balut sahaja..

Enchanteur : 24H Moist Losyen Haruman Badan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom mewangi bersama Enchanteur..
Dengan Enchanteur bukan sahaja mereka yang berkerjaya tapi suri rumah juga pasti puas hati..
Body lotion Enchanteur akan menjaga kelembapan kulit anda sepanjang 24 jam..
Sudahlah wangi.. Kulit pun lembap sahaja..
Memang berseri dan mewangi sepanjang masa..
Tunggu apa lagi.. Jom dapatkan Enchanteur 24H Moist Body Lotion..

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan
Belaian Menawan Sepanjang Hari!

Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.


ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
• Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.

Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

Friday, September 29, 2017

Projek Thriller : Cip oleh Fitri Hussin, Arifful Baqi & Sufi Abqari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel projek thriller yang kelima..
Kali ini datang dengan tema Cip : Evolusi Sistem Eksploitasi Manusia..

Godam oleh Fitri Hussin
"Memori menentukan siapa kamu pada hari ini"
Memang menarik.. Tiga saintis berjaya mencipta satu cip..
Cip yang sangat diperlukan oleh mereka yang menghidap penyakit alzheimer, angin ahmar, trauma otak dan lain-lain..
Tapi belum sempat mereka merasa bangga dengan ciptaan mereka, dua dari saintis itu dibunuh..
Satu lagi dituduh pembunuh..
Semuanya kerana cip ciptaan mereka..
Siapakah penjahat sebenar?
Kisah yang sangat menarik dan laju debarannya..

Manipulasi oleh Arifful Baqi
"Dia hidup walau tidak bernyawa"
Memang betul-betul mengenai manipulasi.. Bagaimana manusia itu di manipulasi dan memanipulasi.. Hanya kerana sering ditindas dan ditolak nyawa seleruh manusia diancam dan terancam.. Kisah yang dibawakan sangat kompleks tapi memberi pengajaran.. Penjahat yang sebenarnya sungguh tak disangka..

Pandora oleh Sufi Abqari
"Apabila rahsia mula terbongkar"
Cerita yang ketiga ini memang sangat mendebarkan.. Jenuh mencari dan meneka siapa dalang sebenarnya.. Tekaan demi tekaan gagal.. Sudahnya penghujung cerita ada yang terkorban.. Semuanya kerana ketamakan manusia..dan ko yang membaca tak kan sangka siapa penjahat sebenar.. Memang ohsem.. Dan memberi pengajaran..

Sha baca pada 24.09.2017 dan selesai pada 28.09.2017..
Mood ke laut sikit nak membaca..

Genre Chiclit/Ladlit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedikit perkongsian mengenai Novel Chicklit/Ladlit yang dikongsikan oleh Puan penulis Maria Kajiwa..

Novel chiclit adalah novel yang memaparkan gadis atau wanita muda bekerjaya sebagai watak utama penceritaan. Konfliknya mesti berkisar mengenai masalah hidup mereka tetapi berpaksi kepada aspek pencarian diri. Chicklit mempunyai falsafah tersendiri sehingga ia berdiri teguh sebagai sebuah genre yang mampu menelan genre2 lain. Kebiasaan menggunakan unsur humor tetapi tidak semestinya. Ia boleh wujud tanpa unsur itu.

Chicklit ada falsafah yg tak ramai orang tahu kecuali yg memang belajar genre ini. Jadi ia selalu disalahtafsir sebagai genre cinta komedi/ humor.

Ladlit pula genre lit untuk lelaki muda. Jadi dalam tu kita dapat baca kisah2 atau masalah lelaki. Contoh masalah kerja, persaingan, cinta, imej, kesihatan, family, persahabatan dll yg berkisar dlm dunia lelaki. Tapi di Malaysia jarang jumpa buku begini.

Implant aka Nexplanon - Pemasangan

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Akhirnya hari yang dinanti tiba juga..
Rabu (27.09.2017) temujanji Sha di Hospital Besar Slim River..
Perasaan usah cakaplah.. Berdebar-debar..
Memang seram sejuk dari malam membawa ke siang..
Walaupun melalui pembacaan, prosesnya tak adalah teruk sangat..
Tapi sebab ada perkataan tore/minor surgery..
Seram itu tetap ada..

Proses pemasangan implant..
Mula-mula kena check urine, nak kepastian sama ada mengandung atau tak..
Lepas itu, nurse akan ambil tinggi, berat dan bacaan jantung..
Sesi soal jawab pun bermula..
Anak berapa, lahir normal ke tak, lahir dekat mana, perempuan ke lelaki, berat anak, haid yang terakhir bila, pernah buat pembedahan ke tak, ada penyakit ke tak dan pengakhiran dia ambil butiran suami..
Lepas itu, misi bagi angka giliran.. 

Tak sampai 5 minit tunggu, doktor panggil..
Masuk bilik doktor, sesi soal jawab kedua..
Doktor akan tanya betul ke nak pakai implant? Memang tak nak anak lagi ke? Puan muda lagi..
Setelah sesi soal jawab, doktor bawa ke bilik operasi.. 

Doktor suruh Sha duduk dan letak tangan atas meja..
Doktor buat ukuran dan tanda tempat yang akan ditoreh..
Sapu ubat kuning, bubuh kain yang sudah di sterile..
Okay.. Operasi bermula..
Doktor cucuk ubat bius dulu.. Yang ini sakit sikitlah..
Lepas cucuk ubat bius, doktor terus toreh dan masukkan implant.. 
Rasa dia masukkan implant sebab ada sesi soal jawab antara doktor tang buat kerja dan doktor yang tengok/belajar..
Tak adalah sakit pun.. Cuma terasa seram..
Lepas dah masuk implant itu, doktor suruh rasa.. Memang ada rasa benda dekat lengan..
Tak sampai 5 minit, dah selesai..
Lepas itu, misi balut tempat yang bubuh implant itu..

Misi bagi tarikh untuk buka implant..
Doktor pesan kalau tak datang haid, buat ujian urine.. Manalah tahu termengandung.. Itu je..

Tapi Sha ambil alternatif sendiri untuk ke Klinik Desa.. Untuk pemeriksaan susulan..
Ini perkongsian dari Sha mengenai pemasangan Implant..
Lain orang, lain pengalamannya..
Semoga bermanfaat..

Owh ya.. Doktor tak bagi mc, Sha amik cuti separuh hari.. Sebab temujanji pemasangan implant ini sebelah petang..
Khamis (28.09.2017) Sha ambil cuti..
Nak rehatkan tangan..

Thursday, September 28, 2017

Hadiah 'Happy Giveaway by Mrs Pip'

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Yeah!! Hadiah 'Happy Giveaway by Mrs Pip' dah sampai..
Terkejut, terharu dan happy sangat dapat hadiah ini..
Big parcel tau..
Terima kasih sangat-sangat pada Mrs Pip untuk hadiah yang ohsem ini..

Parcel sampai pada 27.09.2017

 
Buka je balutan nampak Coklat Toblerone..
Wah.. My feveret.. Lepas tu ada bau wangi sangat..

 
Dua cekak rambut yang comel..
Nanti kita suruh model beraksi ye..

 
Hadiah-hadiah lain yang ada dalam bungkusan..
Coklat Toblerone kesukaan Sha..
Sabun Thanaka..
Note book comel..
dan Mist Cologne Pink Me.. Harum mewangi Sha..

Koleksi Buku Bulan September 2017 #1

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Batch kedua pembelian untuk bulan September..
Sha beli terus dengan penulis..
Lelaki Neraka oleh Asraf Shaari..
Projek Seram Lombong tu preloved..

Yeah!! Bertambah koleksi buku Sha..

 
Dua-dua buku ini Sha beli dengan Asraf Shaari..
Lelaki Neraka itu buku baru beliau..
Keluaran september..
Projek Seram Lombong tu beliau jual preloved dekat Sha..
Siap dapat sweets as a gift..
 
 
Yang paling penting bila beli terus dengan penulis..
Dapat signage tau..

Penulis - Asraf Shaari

Assalamualaikum..
hye semua..

Walaupun hanya satu buku, Sha tetap share..
Bukan apa, seronok okay..
Penulis ini Sha kenal secara tak sengaja..
Ada ternampak post mengenai novel baru beliau bertajuk Lelaki Neraka dan Sha tersuka..
Baca sinopsis dan cover novel itu memang ohsem..
Terbitan KarnaDya..

Karya beliau:
  1. Lelaki Neraka
Kalau nak kenal dengan lebih dekat boleh ke Goodreads, Facebook beliau..

Atas permintaa ramai, Sha bubuh sinopsis Lelaki Neraka di sini.. 
Sinopsis : Iskandar yang baru sahaja bekerja di sebuah hotel mengalami gangguan pelik sehingga dia dituduh membawa sial. Kehilangan pekerja sehingga kepada kes kematian amat sukar untuk dirungkai seperti satu rantaian yang telah dirancang dengan teliti.
Malik, seorang pemuda yang hidup sebatang kara menyara hidupnya sendiri dengan satu aktiviti yang di luar jangkaan fikiran waras manusia. Ilmu hitam seperti satu permainan bagi dirinya. Kekejaman tetap akan berlaku setiap hari selagi dia masih hidup.
“Semua ni sebab kau punya sial!” – Alya
“Iskandar, percayakan Allah dan percayakan saya. Cuba tenangkan diri dan insyallah semuanya akan baik-baik.” – Yusuf
“Hari-hari memang kaya aku kalau daging tu laku.” – Malik
Yang pasti, dalang di sebalik semua kejadian amat hampir seperti musuh dalam selimut. Si pelaku bijak menyembunyikan sifat yang sebenar. Berjayakah Iskandar merungkai misteri kejadian aneh itu? Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam hal itu? Semua misteri dan persoalan bakal terjawab di dalam Lelaki Neraka ini.
 

Wednesday, September 27, 2017

Sweet Dream Cinta oleh Nina Kamal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Silalah baca novel ini..
Memang sha suka sangat..
Sebab watak utamanya sangat ohsem..
Sha suka cara penulis bina karekter Moon@Ramona..
Memang sangat memikat..

Walaupun Moon anak yang membesar tanpa kasih sayang ibu dan ayah, namun Moon bangkit membina hidup sendiri..
Dari impian kanak-kanak yang tak boleh berfikir sehinggalah impian yang tercipta setelah dunianya berubah..
Moon seorang yang sangat tegas dan tahu akan kemahuannya..
Sanggup berusaha dengan apa cara pun demi mendapatkan apa yang diidamkannya..
Malah Moon juga berani mengaku kesalahan yang dilakukannya..
Memang karekter Moon ini sangat berbeza dan luar biasa..
Sha suka Moon..

#pesananpenaja sila amik iktibar yang baik sahaja ye..

Sha baca pada 23.092017 dan selesai pada 26.09.2017..

Koleksi Buku Bulan September 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak share koleksi buku yang Sha beli..
Isnin (25.09.2017) gaji masuk..
Sha terus bayar buku-buku yang memang Sha dah tempah..

Antara buku yang dah sampai pada hari Selasa (26.09.2017)
Cincin oleh Sha Hanim Ramli dan dua buku preloved dari koleksi Projek Seram..
Memang bulan ini Sha agak berhabis juga membeli..
Buku baru dan juga preloved..
Ada yang Sha dah baca tapi Sha beli untuk cukupkan koleksi..

 Siap berbalut cantik.. Suka Sha..

 Buku ini merupakan buku ke empat penulis ini yang Sha ada..
Buku-buku yang lain boleh tengok di SINI.

 
Salah satu sebab Sha suka beli secara terus dengan penulis.. Dapat signature penulis..

Buku-buku ini Sha dah baca, Sha beli sebab nak cukupkan koleksi Projek Seram Sha..
Sha beli preloved melalui group Whatsapp..
Sha dah ada 8 dari 16 buah.. Campur yang ini dah jadi 10..
Yeah!! Makin lengkap.. Boleh tengok tajuk-tajuk Projek Seram ini di SINI.

Wordless Wednesday #Book


Tuesday, September 26, 2017

Tips Telur Rebus

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siapa rajin masak nasi lemak??
Angkat tangan..
Sha dapat tips ini dari mereka yang selalu memasak..

Katanya kalau nak cepat..
Masa masak nasi, bubuh sekali telur..
Nanti nasi masak, telur pun masak..

Pastikan telur itu dibasuh bersih ya..
Jangan pula tak basuh terus masuk dalam nasi..
Habislah nasi tercemar dengan bahan-bahan yang tak sepatutnya..

 Gambar sekadar hiasan
Sumber : Google image

Kamen Rider Ghost - The Legend of Hero Alain (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah spinoff dari Kamen Rider Ghost.. 
Empat episod sahaja.. 
Ceritanya dari sudut pandangan watak Alain..
Memang menariklah..
Pendekatan dari sudut Alain ini membolehkan kita tahu apa yang dimahukan oleh Alain sebenarnya..
Bagaimana daripada makhluk tiada perasaan kepada makhluk berperasaan..



Bila Encik Suami Menjahit

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Semalam entah kenapa, semangat sungguh encik suami potong kain..
Katanya dia ada tengok video bagaimana nak jahit seluar..
Senang je katanya..
Itu yang semalam diguntingnya kain lebihan buat langsir sebelum ini..
Guna kain yang memang ada dekat rumah untuk eksperimen..
Kalau jadi baru boleh beli kain yang betul.. 

 
Proses memotong kain..
 
Seluar dah siap..
Bolehlah kan buat permulaan..
Ini dari kain langsir..

 
Ini pula encik suami buat dari kain baju kurung Sha..
Kebetulan memang tak pakai..
Dia amik kain dan getah tu..
Seluar ini untuk Imani..

Monday, September 25, 2017

Kamen Rider Ghost - Legendary! Riders' Souls! [2016]

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah spinoff daripada Kamen Rider Ghost..
Yang ini ada 7 episod sahaja..
Ada watak kamen-kamen rider yang sebelum ini..
Ada watak kembar perempuan..
Watak penjahatnya agak ganaslah juga..


Cendol Pak Samat, Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Semalam saja jalan ke Kuala Kubu Bharu..
Cari cendol Pak Samat yang sedap itu..
Okaylah.. Sedap..
Sha suka rojak dia..
Encik suami pula suka nasi ayam dia..
Berbaloi dengan harga katanya.. 

Cendol Kacang RM3
ABC Aiskrim RM4

Nasi Ayam RM5

Sha punya rojak.. Biasa (RM4)
Encik suami pula makan Rojak Ayam (RM5)

Laksa RM4

 
Kedai ini tepi jalan je.. Betul-betul depan masjid..

Amani & Gaun

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Anak dara Sha ini cepat tinggi..
Banyak seluar dia dah pendek..
So minggu lepas memang merata kami cari seluar untuk dia..
Dalam pada mencari seluar terjumpa lah gaun dan baju kurung cantik-cantik..
Tapinya saiz Imani..
Saiz Amani tak ada.. Kalau ada pun lengan pendek..
Ayahnya tak bagi beli.. 

Bayangkan, mencari dari Manjung, Lumut dan Kg Gajah..
Sudahnya jumpa dekat Tanjung Malim..
Itupun dapat seluar je..
Sehelai RM10 tau..
Bila dah dapat seluar, barulah lega..
Ayahnya suruh ambil gaun untuk Amani dan Imani..
Amani punya Sha beli saiz 12 tahun..
Baru muat dan labuh.. Lepastu Sha belikan dia inner jenis baju..
Bolehlah dia pakai inner dengan gaun tu..
Imani punya Sha beli saiz 6 tahun..
Lama sikit boleh pakai.. 

Seronoklah mereka berdua..
Lama dah mengidam gaun.. Hehehe..
Anak gadiskan.. Melawalah je kerjanya.. 

Saturday, September 23, 2017

Pelaris oleh Muhammad Fatrim

Assalamualaikum.. 
Hye semua.. 

Novel ini terbitan penulis sendiri.. 
Jadinya tiada ISBN..
So Sha hanya buat review di blog sahaja.. 
Goodreads tiada ye.. 

Pelaris pada Sha sangat istimewa..
Memaparkan kisah seorang perempuan yang berdendam.. 
Kerana dendam perempuan lain jadi mangsa.. 
Siapa yang berdendam?
Siapa pula yang jadi mangsa? 
Apa kaitannya dengan pelaris? 

Mawar yang selama ini hanya di rumah, terpaksa meneruskan perniagaan kedai makan suaminya..
Dari seorang suri rumah, Mawar bangkit membina hidup selepas suaminya mati.. 
Namun semuanya tidak semudah yang disangka.. 
Ada sahaja halangan yang terpaksa Mawar tempuh.. 
Kedai yang tidak ramai dikunjungi pelanggan.. 
Pembekal bahan mentah yang jahat.. 
Orang kampung yang sering menabur fitnah.. 
Sehinggalah muncul dua lelaki dalam hidup Mawar.. 
Tok Alang dan juga Yusof..
Siapakah mereka berdua ini? 
Berjayakah Mawar melalui semua dugaan.. 

Sha baca dan selesai pada 22.09.2017..

Penulis - Tajul Zulkarnain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis ini Sha kenal secara tak sengaja di Facebook..
Masa itu beliau dalam proses menerbitkan novel pertama beliau..
Novel yang bertajuk Dari Tanah Ke Tanah...
Memang tajuknya sahaja sudah menimbulkan perasaan ingin tahu..
Setelah asyik disajikan dengan iklan buku beliau, Sha pun tempah satu..
Alhamdulillah.. Novelnya ohsem..
Boleh baca review Sha di goodreads dan blog juga..

Antara buku beliau:-
  1. Dari Tanah ke Tanah (2017)
  2. Pendosa Dulu Kini Selamanya (2017)
Boleh ikuti perkembangan beliau di Goodreads dan Facebook.

Friday, September 22, 2017

Novel Tajul Zulkarnain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Novel yang Sha tunggu-tunggu dah sampai..
Novel ini Sha pre-order dengan Tajul Zulkarnain..
Yang best bila buat pra tempahan atau beli terus dengan penulis,
kita akan terima cenderahati dan tandatangan penulis di buku..
Tidak percaya?? Jom tengok..

 
Buku sudah sampai pada 21.09.2017..

 
Buku, Metal bookmark, fridge magnet dan sticker..

 
Tandatangan dan ucapan istimewa dari penulis..

 Penanda buku

Nak beli buku ini? Tengok gambar bawah ini..
https://www.facebook.com/tajulzulkarnain

Nestle Ice Cream Mat Kool: Fruity Bug

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gabungan rasa nenas dan strawberri yang ohsem..
Warna dia pun cantik dan menawan..
Masa Sha beli ini harga promosi.. RM1.55 je..
Kalau harga asal RM1.90..

Makan pula bersama yang tersayang..
Dalam satu paket boleh di bahagi dua..
Pergh!! memang sesuai sangat makan masa dating dengan encik suami.. Hehehe..


 Yang warna kuning itu rasa nenas, pink pula rasa strawberi..
Memang sedap dan mengancam..

Perkhidmatan Katering Soft IceCream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkhidmatan Katering Soft IceCream yg pasti melazatkan, lembut di gusi nyaman ditekak dengan rasa luar biasa & dijamin halal.
Kami menerima tempahan untuk pelbagai majlis keramaian.

Order/Inquiry
Call/whatapps
013-2866780 ( Zyia )


 

Thursday, September 21, 2017

Drama Jepun | Kamen Rider Ghost (2015-2016)

Assalamualaikum..
Hye semua.

Sesekali lepaskan tekanan kerja dengan menonton cerita zaman sekolah dulu..
Kali ini Sha layan Kamen Rider Ghost..
Ada 50 episod tau..
Cerita yang ohsem..dan menarik..

Walaupun hanya sekadar fantasi tapi masih ada pengajaran..
Sha tengok dengan anak-anak..
Kebtulan, anak-anak pun suka kan..

Cerita ini Sha tengok zaman sekolah lagi..
Cumanya tak ingat siri yang mana..
Kalau ikutkan Kamen Rider ini banyak..

Kamen Rider Ghost ini kira macam spiritlah..
Dia kenal kumpul heroic eyecon kalau nak balik jadi manusia..
Dalam tempoh 99 hari kena cari 15 heroic eyecon..
Setiap episod hanya setengah jam sahaja..
Makhluk yang dia kena lawan ialah Gamma, spirit of other creature dan riders yang bernama Specter..

 Kamen Rider Ghost


Tiada Yang Lain oleh Ana Sofiya

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Novel kali ini buat sha insaf.. 
Memang tajuknya membawakan cerita cinta.. 
Tapi ada yang menarik boleh dijadikan panduan hidup.. 
Kisah yang disampaikan sangat meruntun hati.. 
Bayangkan watak utama yang didera fizikal dan mentalnya.. 
Hanya kerana mengikut kehendak mak supaya berkahwin hidup Iqa akhirnya tak serupa pasangan pengantin lain.. 
Fizikal dan emosi Iqa diseksa sehingga Iqa menderita dengan teruk.. 

Namun setiap yang jahat pasti mendapat balasan.. 
Cuma kesannya pada mangsa yang kekal selamanya.. 

Sha baca dan selesai pada 19.09.2017..

Buku Terbitan Idea Kreatif

Wednesday, September 20, 2017

Hadiah 'Face Mask Giveaway By Asyiqin89'

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Hadiah 'Face Mask Giveaway By Asyiqin89' dah sampai..
Terima kasih Asyiqin untuk hadiah yang ohsem ini..

 Hadiah sampai pada 18.09.2017
Lepas Sha pakai, Sha update ye dekat sini..

Comel sangat packaging dia..
Malam ini bolehlah kita berface mask.. kikiki..

Transformers: The Last Knight (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Best juga filem ini..
Masih lagi penuh aksi dan cerita..
Mungkin tidak disukai oleh ramai orang tapi pada Sha masih lagi puas ditonton..
Sha menonton tanpa mengharapkan apa-apa..
Jadinya sha menonton dengan keseronokkan..
Memang memuaskan hati sha.. 

Sha tonton kerana Sha suka..
Hal-hal yang lain Sha malas nak amibil kisah..
Suka pada Sha tak semestinya orang lain kena suka..

Untuk Last knight ini Sha suka watak Cade Yeager..
Rasa macam ohsem pula bila dia sinis macam itu..
Tu belum lagi tengok mini Dinobots yang comel-comel tu..
Tak suka bila Optimus jadi jahat..
Bumble Bee memang sentiasa ohsem..
Bila dengar suara original dia rasa macam comel pula..

Perlawanaan antara jahat dan baik..
Sudah semestinyalah baik yang menang..


Wordless Wednesday #66


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com