Monday, March 5, 2018

Pemenang Bertuah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maaf ye lambat update.. Sha mencari pengomen yang ketiga di entry di SINI.. dan pemenangnya ialah..

http://kasihkuamani.blogspot.my/2018/03/koleksi-buku-bulan-mac-2018.html
Sis Lady Shah.. Yeah..
Nanti emailkan Sha nama penuh, alamat dan no fon ye di coklat.funky@gmail.com..
Terima kasih juga buat semua yang tinggalkan ucapan ulang tahun buat Imani..

Sunday, March 4, 2018

Nomik | Detektif Yaya dan Penunggu Gunung Embun oleh Timie Zafira

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Siri Nomik ini adalah spin-off daripada animasi Boboiboy.. Nomik = novel+komik..
Novel ini bercerita mengenai kehidupan harian Yaya dan kawan-kawannya.. Perkhemahan Yaya ke Gunung Embun bersama rakan sekelasnya membentuk mereka untuk berkerjasama, saling membantu.. Bila Suzy hilang, Yaya telah keluar mencari.. Mereka juga telah membongkar misteri makhluk yang menghuni Gunung Embun.. Anak Sha Amani pun suka buku ini.. Jadinya bolehlah baca bersama anak-anak..

Sha baca dan selesai pada 02.03.2018..

Kebangkitan Mayat Hidup: Topik Biokimia oleh Redcode/Albbie & komik Oga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Permulaan Mac kita baca komik.. Bulan Mac ini Sha dapat cabaran untuk baca pelbagai jenis buku.. Harapnya berjayalah mempelbagaikan bacaan.. Kikikiki..

Kebangkitan Mayat Hidup ini sebenarnya komik sains.. Memang menariklah baca.. Sebab kartun bergambarkan.. Laju je bacaan Sha.. Selain komik, ada juga info sains mengenai Mikroorganisma, fugus dan juga kuiz di akhir komik.. Jadinya bacaan ini sesuai dibaca seisi keluarga.. Jomlah membaca.. Kikiki..

Sha baca dan selesai pada 01.03.2018..

 


Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Gempakstarz

Saturday, March 3, 2018

Pendaftaran Pra-Sekolah (2019) dan Darjah Satu (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah Sha dah berjaya settlekan pendaftaran Pra Sekolah dan Darjah Satu untuk Imani.. Pendaftaran dah dibuka ye kawan-kawan.. Sementara ingat ini, memang Sha buat terus.. Bukan apa, nanti lambat-lambat tak ada tempat pula.. Saingan makin ramai sekarang ini.. Lagipun pendaftaran secara online kan.. Cepat dan mudah.. Kena pandai pilih masalah untuk daftar.. Kalau daftar waktu pejabat (8-5) memang sesaklah.. Sha dah cuba buka, memang tak lepas.. Sudahnya Sha buka sekitar jam 6.30petang (01.03.2018).. Alhamdulillah, lancar tanpa sebarang gangguan.. Kikiki.. Lega rasanya bila dah daftar.. Esok paginya (Jumaat - 02.03.2018) Sha terus hantar ke sekolah..

Permohonan online itu selepas kita hantar secara online, kita kena cetak dan sertakan sekali salinan mykid, sijil lahir, kad pengenalan Ibu & Bapa, Salinan bil api rumah, Salinan slip gaji ibu & bapa.. Dekat borang tu kena bubuh siap gambar anak.. Lepas tu hantar dekat sekolah yang kita pohon.. Bila dah selesai tak adalah risau dah.. Tunggu keputusan je nanti.. Ini untu pra-sekolah..

Untuk darjah satu pulakena hantar dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan online dihantar.. Kena bawa sekali salinan sijil lahir, kad pengenalan Ibu & Bapa, Salinan bil api rumah, Salinan slip gaji ibu & bapa serta borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi... Mudah je kan..

Untuk kemasukan prasekolah 2019 sila layari
https://eprasekolah.moe.gov.my/
Tarikh isi bermula 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018

Pemohonan penempatan murid Tahun 1 ke sekolah rendah bagi tahun 2019 dan 2020
Pendaftaran secara online dari 01.03.2018 hingga 30.04.2018..
Lahir 02.01.2012 hingga 01.01.2013 sesi 2019
Lahir 02.01.2013 hingga 01.01.2014 sesi 2020
https://public.moe.gov.my

 Semoga entry ini membantu kawan-kawan yang ingin memohon.. Selamat memohon ye..

Koleksi Buku Bulan Mac 2018

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Yeah!! Buku-buku dah sampai.. Seronoknya bila dapat tambah koleksi buku.. Buku-buku ini ada yang orang bagi dan ada yang Sha beli.. Walaupun Sha rajin membaca menggunakan PNM e-Reader namun Sha masih sukakan buku fizikal.. Bau buku dan kepelbagaian kertas yang digunakan untuk sesebuah buku tu sebenarnya lebih menarik dan menggembirakan... Buku-buku Sha makin bertambah dan ruang semakin berkurangan.. Semoga cita-cita dan impian Sha untuk memiliki sebuah perpustakaan mini akan berjaya direalisasikan.. Rak DIY terpaksa ditangguhkan sebab masalah yang tak dapat dielakkan.. Huhuhu..

Buku-buku ini ada orang bagi dekat Sha..

Sha beli dengan Dear Novels melalui WhatsApp..

Sha beli terus dengan penulis.. Itupun setelah dibakar dalam group buku.. Hehehe.. Ranea ini sambungan kepada novel Kasyaf.. Review Kasyaf boleh baca di SINI.

Yeah!! Dapat sign penulis..

(Pengumuman: komen yang ketiga, Sha akan bagi sebuah buku.. Bukan buku diatas.. Hehehe.. Sempena hari lahir Nur Imani hari ini.. Siapakah yang bertuah itu??)

Temujanji Susulan (Implant aka Nexplanon ) #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada sharekan Sha pakai Implanon (perancang keluarga) kan.. Boleh baca perkongsian Sha mengenai Implanon di SINI dan SINI.. Masa sesi khidmat nasihat memang doktor ada pesan untuk buat check up cumanya tak adalah ditetapkan bila.. So, Sha amik pendekatan sendiri.. Seminggu lepas pasang Implant ini Sha ke Klinik Desa berdekatan dengan tempat Sha.. Malangnya misi tak tahu pasal rawatan susulan dan beritahu akan call Klinik Kesihatan untuk conformkan.. Seminggu Sha tunggu tak ada panggilan semula dari Misi, Sha pun call lah untuk bertanya.. Misi terlupa mengenai Sha dan maklumkan akan call balik.. Tunggu punya tunggu sampailah 11.02.2018, Sha dapat panggilan dari Klinik Desa mengenai pemakaian Implant ini.. Rupanya Misi yang sebelum ini dah pindah dan diambil alih oleh Misi baru.. Masa Misi baru ini buat kemas kini, dia terjumpa kad Sha dan call.. Daripada Misi ini, Sha diberitahu setiap 6 bulan Sha perlu berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan.. 

Khamis (01.03.2018), temujanji Sha yang pertama setelah 6 bulan pakai Implant ini.. Untuk temujanji ini, Sha dikehendaki untuk timbang berat (76.5), check tekanan, ambil darah dan check urine.. Sakit owh.. Lama dah tak kena cucukkan.. Walaupun sekali cucuk je nurse dah dapat sedut darah tapi kesakitan dan kebiruan di lengan membawa sampai ke petang.. Lepas dapat result makmal baru gi jumpa doktor.. Doktor tanya mengenai period, kesan sampingan lepas pasangan implan dan ada perubahan tak pada badan.. Lepas pemeriksaan itu doktor bagi temujanji yang kedua.. Kalau ikut nurse, Sha kena jumpa setiap 6 bulan tapi doktor yang bantu Sha dalam proses pemasangan implant tu suruh datang setiap 3 bulan sekali.. So, kena jumpa balik bulan 5..

Harapnya adalah perubahan pada berat badan.. Kikiki..

Friday, March 2, 2018

Hadiah Giveaway Souvenirs Pulau Jeju by SalbiahM dan SitiYangMenaip

Assalamualaikum.. 
Hye semua.. 

Yeah!! Hadiah dari Giveaway by SalbiahM dan SitiYangMenaip dah sampai... Sha ada share sebelum ini di SINI mengenai kmenangan Sha.. Cantik, comel dan so sweet.. Sha dapat Magnet dari Macau.. Terima kasih pada SitiYangMenaip dan SalbiahM untuk hadiah yang ohsem ini..


Forgotten (2017) Netflix

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem korea yang sangat menarik.. Masa mula-mula tengok filem ini, Sha sangat tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi.. Adakah rumah yang mereka duduk itu berhantu.. Kenapa ada bermacam-macam bunyi dan kenapa Jin-Seok je yang dengar.. Lepas itu Yoo-Seok kena culik, lagilah pelik sebab tak ada pun penculik itu telefon minta duit tebusan ke apa.. Tiba-tiba Yoo-seok muncul.. Lepas itu nampak pelik.. Dari sini bermulalah pembongkaran mengenai apa sebenarnya fokus utama cerita ini.. Tajuknya Forgotten (Dilupakan) .. Apa agaknya yang dilupakan.. Bermula dari kembalinya Yoo-Seok, cerita sebenar pun terbongkar.. Rupa-rupanya Jin-Seok telah membunuh tapi dia lupakan memori itu.. Siapa yang dibunuh dan kenapa Jin-Seok membunuh? Kenalah tengok filem ini..

Cara filem ini memberikan suspen dan misteri memang ohsem.. Cerita thriller tapi ada persaan seolah-olah Sha menonton filem seram.. Kikikiki.. Memang terbaiklah..

FORGOTTEN @ NIGHT OF MEMORY | 2017 | Mystery, thriller
Sinopsis: Jin-Seok (Kang Ha-Neul) moves into a new home with his older brother Yoo-Seok (Kim Moo-Yul), mother (Na Young-Hee) and father (Moon Sung-Geun). Jin-Seok suffers from hypersensitivity, but with medication he is able to live normally. One rainy evening, Jin-Seok sees his older brother being thrown into a van by a group of men. After 19 days of silence, Yoo-Seok returns home, but he doesn't remember anything from his disappearance. Jin-Seok though notices enough changes in his older brother's personality and behavior that he begins to suspect that the person who has returned is not Yoo-Seok. Meanwhile, Jin-Seok keeps hearing sounds from a locked room temporarily storing the previous home owner's belongings.

2018 Reading Challenge #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Februari sudah berlalu.. Jom Sha kongsikan buku yang telah Sha baca.. Untuk Februari ini, pembacaan slow sikit sebab minda tak fokus sangat.. Banyak sangat urusan dan peristiwa.. Lepas tu asyik nak tidur je.. Hehehe..

Senarai Buku yang Sha baca pada bulan Februari (Boleh klik pada tajuk untuk baca review ye):-
 Hantu Gadis Opera oleh Phakinai
Kota Teroris Zodiak oleh Amirul Idham
Sayangku Combi oleh Kreisya Reisya
Romancinta oleh Nicki Lee
Biohazard: Antologi Cerpen oleh Kushairi Zuradi
Haipp!! Jangan Jadi 1/2 Muslim oleh Bophairy
Ilusaniti oleh Adib Zaini
Kacau oleh Ariff Adly
Bila Cinta Milik Dia oleh Sharina Elisa
Kisah Abdul dan Kambing oleh Lengkuas
Anarkis oleh Khairul Nizam Khairani
Evolusi Si Nakal oleh Almar Nalea
Dendam Cinta oleh Nurul Ain Syuhada
Cerpen Seram Sihir oleh Syasya Bellyna, Ilya Abdullah, Ninie Othman
3650 Cinta oleh Nur Mayani
Trilogi Bisik #3: M oleh Syaihan Syafiq
Aku Turut Bahagia oleh Asmah Hashim
Lintah oleh Illya Abdullah
Nasi Lemak Buah Bidara oleh April Snow
Reda #2: Pintu Hati oleh Ben Wong
INTERBIU oleh Syahmi Hafizuddin
 Atan (Edisi Istimewa) oleh Ben Wong



Thursday, March 1, 2018

Atan (Edisi Istimewa) oleh Ben Wong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asyik baca novel je pun boring juga.. Hehehe.. Iye ke boring.. Acah je.. Kikiki.. Sesekali kita baca komik, seronok tau.. Tambah komik-komik yang ada di pasaran sekarang bukan komik suka-suka je.. setiap komik ada mesej tersendiri.. Macam komik Atan oleh Ben Wong ini.. Walaupun pelukisnya Chinese tapi beliau berjaya memaparkan gaya hidup masyarakat Melayu dengan sangat cantik..

Komik yang penuh dengan nilai murni dan pengajaran. Berlatar belakang kan kawasan kampung dan sawah padi, memang dapat rasa perasaan yang ingin disampaikan oleh penulis itu..

Sha baca pada 26.02.2018 dan selesai pada 27.02.2018..

INTERBIU oleh Syahmi Hafizuddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baca buku ini rasa macam berubah jadi watak utamanya Abam.. hehehe.. Seronok juga membaca kisah yang diceritakan oleh abam sepanjang perjalanannya membukukan Interbiu ini.. Di bahagian sinopsis buku telah diterangkan secara nyata bahawa ini ialah kompilasi interbiu beliau mengenai kejadian paranormal.. Jadinya janganlah terlalu mengharap ye.. selain daripada Interbiu beliau mengenai kejadian paranormal, ada juga diceritakan mengenaiu kehidupan dan apa yang Abam lakukan sepanjang nak meng Interbiu.. hehehe.. Jadinya bersesuaianlah dengan tajuknya itu.. Hehehe.. Silalah membaca sekiranya mahukan kelainan..

Sha baca pada 26.02.2018 dan selesai pada 27.02.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Reda #2: Pintu Hati oleh Ben Wong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik kedua dari Ben Wong yang Sha baca.. Semacam satu tarikan pula untuk membaca karya beliau ini.. Komik ini ringkas sahaja dengan 112 muka surat.. Menyampaikan kisah mengenai remaja bernama Reda yang tersasar dari landasan kerana merasa diabaikan.. Namun saat kesedaran datang, Reda diuji dengan pemergian emaknya.. Maka bangunlah Reda membina diri walaupun tanpa emak.. Sedih lah pula bila part-part kehilangan orang tersayang ini..

Owh ya, komik ini komik kedua.. Yang pertama bertajuk Reda #1: Doa Untuk Ibu.. Tak jumpa lagi.. Nanti jumpa, sha baca dan review ye..

Sha baca dan selesai pada 27.02.2018..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com