Pendaftaran Pra-Sekolah (2019) dan Darjah Satu (2020) - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Saturday, March 3, 2018

Pendaftaran Pra-Sekolah (2019) dan Darjah Satu (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah Sha dah berjaya settlekan pendaftaran Pra Sekolah dan Darjah Satu untuk Imani.. Pendaftaran dah dibuka ye kawan-kawan.. Sementara ingat ini, memang Sha buat terus.. Bukan apa, nanti lambat-lambat tak ada tempat pula.. Saingan makin ramai sekarang ini.. Lagipun pendaftaran secara online kan.. Cepat dan mudah.. Kena pandai pilih masalah untuk daftar.. Kalau daftar waktu pejabat (8-5) memang sesaklah.. Sha dah cuba buka, memang tak lepas.. Sudahnya Sha buka sekitar jam 6.30petang (01.03.2018).. Alhamdulillah, lancar tanpa sebarang gangguan.. Kikiki.. Lega rasanya bila dah daftar.. Esok paginya (Jumaat - 02.03.2018) Sha terus hantar ke sekolah..

Permohonan online itu selepas kita hantar secara online, kita kena cetak dan sertakan sekali salinan mykid, sijil lahir, kad pengenalan Ibu & Bapa, Salinan bil api rumah, Salinan slip gaji ibu & bapa.. Dekat borang tu kena bubuh siap gambar anak.. Lepas tu hantar dekat sekolah yang kita pohon.. Bila dah selesai tak adalah risau dah.. Tunggu keputusan je nanti.. Ini untu pra-sekolah..

Untuk darjah satu pulakena hantar dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan online dihantar.. Kena bawa sekali salinan sijil lahir, kad pengenalan Ibu & Bapa, Salinan bil api rumah, Salinan slip gaji ibu & bapa serta borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi... Mudah je kan..

Untuk kemasukan prasekolah 2019 sila layari
https://eprasekolah.moe.gov.my/
Tarikh isi bermula 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018

Pemohonan penempatan murid Tahun 1 ke sekolah rendah bagi tahun 2019 dan 2020
Pendaftaran secara online dari 01.03.2018 hingga 30.04.2018..
Lahir 02.01.2012 hingga 01.01.2013 sesi 2019
Lahir 02.01.2013 hingga 01.01.2014 sesi 2020
https://public.moe.gov.my

 Semoga entry ini membantu kawan-kawan yang ingin memohon.. Selamat memohon ye..

8 comments:

  1. selamat memohon semua ...good sharing!

    ReplyDelete
  2. Wah Imani dah nak darjah 1 ke? ^^ btw thanks for sharing kak Sha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap je dia dah besar Hana.. Kikiki..

      Delete
  3. Salam kak nk tnya masa hantar borang yg dh dicetak tu pada pihak sekolah, time tu kena buat pembayaran sekli ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat sini,tak ada bayaran dikenakan. Cuma bawa borang je bagi dekat cikgu.. Keputusan keluar bulan 8 nanti..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..