Sindrom oleh Tey Marzuki - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Wednesday, March 7, 2018

Sindrom oleh Tey Marzuki

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini Sha beli sebab penulis ini Sha kawan di FB.. Beliau ada upload teaser mengenai novel ini.. Tapi Sha tak beli dengan penulis.. Sha beli terus dengan penerbit.. Dapatlah free postage dan diskaun RM3.. Berbaloi..

Novel Sindrom ini menggunakan dua zaman.. Zaman lampau dan zaman kini.. Perubahan dari satu zaman ke zaman yang lain sangat kemas dibuat oleh penulis.. Tidak berterabur dan cantik je.. Tak terasa zaman bertukar.. Sha suka.. Ceritanya mengenai dua hati yang berbeza zaman.. Namun cinta itu unik dan luar biasa.. Walau zaman memisahkan namun ikatan yang terjalin sangat kuat.. Afifah dan Purnama.. Penulis juga menyelitkan babak Musang Berjanggut dalam novel ini.. Cara penulis mengolah novel ini sangat menarik dan cantik.. Walaupun agak cliche pada yang dah biasa namun Sha suka.. Tidak terlalu berat dan tidak terlalu santai.. Gandingan Purnama dan Afifah sangat cantik dan membuai perasaan.. Syabas buat penulis.. Semoga beliau akan terus menulis..

Sha baca pada 03.03.2014 dan selesai pada 04.03.2018

2 comments:

  1. macam seronok baca novel ni..sebab mengabungkan antara 2 zaman

    ReplyDelete
  2. tajuk pun dah menarik.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..