Tuesday, August 4, 2020

ebook | Jerangkap 333 oleh Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini sangat menarik.. Bermula dengan kisah 4 sekawan yang mencari rumah sewa dan berjumpa dengan sebuar rumah yang besar serta murah sewanya.. Awalnya tiada apa yang mencurigakan.. Namun tak lama kemudia mereka mula diganggu, baik dalam mimpi mahupun secara nyata.. Kemuncaknya bila mereka menyiasat.. Penyiasatan mereka telah menyebabkan mereka hilang tanpa dikesan.. Kisah yang agak sedih sebab mereka tak dijumpai.. Tak ada siapa menjumpai walau telah mencari..

Sha baca dan selesai pada 03.08.2020..

ebook ini hak milik Sha.. Sha beli terus dengan penulis..
Published 2020

Monday, August 3, 2020

Makanan | Nutriplus Popcorn

Assalamualaikum..
Hye semua..

NutriPlus Popcorn.. Ayam goreng bentuk bebola ini menjadi kesukaan Amani untuk dibawa sebagai bekal sekolah.. Sebab ayam ini tak ada tulang dan kulitnya rangup.. Memang sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi goreng.. Penyediaanya pun mudah.. Keluarkan dari peti ais, panaskan minyak dan masukkan bebola ini.. Goreng sehingga kekuningan dan bolehlah dimakan.. Mudah cepat dan pantas.. Hehehe.. Harganya RM13.80..


Masih belum dimasak..

Selepas siap digoreng.. Menyelerakan.. 

Novel | Episodik Mimpi oleh Nurmala Samin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ke 22 dari siri Magic Bean.. Makin lama makin menarik buku-buku yang diterbitkan untuk siri ini.. Walaupun tidak salin berkaitan, siri ini berbaloi dibeli dan dijadikan koleksi.. 

Untuk buku ini kisah remaja sekolah yang sangat menarik.. Ash seronok berada dialam mimpi bersama Fairy.. Dirinya tak disakiti dan sentiasa disayangi.. Ash lebih suka tidur dan bermimpi dari melakukan aktiviti fizikal bersama kawan-kawannya.. Sehinggalah Ash mengenali Dollie.. Dollie yang sentiasa ceria dan bersemangat.. Mereka duduk sebelah menyebelah didalam kelas yang sama.. Sentiasa bersama.. Pembukaan tahun baru membawa kepada satu pementasan teater.. Ash terpilih sebagai pelakon dan Dollie penulis skrip.. Tanpa Ash sedari Dollie sebenarnya bermasalah namun Ash terlalu asyik dengan dunia mimpinya sehinggalah Dollie mula menarik Ash jauh dari dunia mimpi tersebut.. Persahabatan yang unik ini teruji bila Ash nampak Fairy di dunia nyata.. Benarkah Fairy boleh kedunia nyata atau itu hanya khayalan Ash..? Dapatkan Dollie membantu Ash dan juga dirinya?

Sha baca dan selesai pada 01.08.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Drama Korea | She Knows Everything (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang bermula dengan kes kematian seorang perempuan di sebuah apartment.. Rupanya ada cerita yang lebih besar disebalik kematian.. Polis yang menyiasat pun bukannya seratus peratus baik.. Ada niat tertentu.. Namun ada seseorang yang sangat cekap dan tahu semuanya tentang apartment dimana pembunuhan berlaku.. Miss Lee turut menyiasat sama mengenai kematian perempuan itu sebab motifnya adalah untuk melindungi anak jagaannya.. Kematian yang membawa kepada pembongkaran pelbagai peristiwa.. Memang menarik.. Dramanya pun pendek je.. Boleh tengok di SINI..

Drama: She Knows Everything
Also Known As: misseulineun algoissda, Miss Lee Knew It All, Missleeneun Algo Idda, misseulineun algo issda, Miss Lee Knows, Misseurineun Algo Itda
Director: Lee Dong Hyun
Genres: Mystery, Psychological, Crime, Drama, Investigation
Country: South Korea
Episodes: 4
Aired: Jul 8, 2020 - Jul 16, 2020
Aired On: Wednesday, Thursday
Original Network: MBC
Duration: 1 hr. 15 min.
Mysterious cases take place at an apartment complex which is about to go under reconstruction. Lee Goong Bok is a real estate agent that works with apartments there. She has a meddlesome type of personality. In Cheol Ho is a veteran detective. (Source: AsianWiki)

Pelakon-pelakonnya..

Sunday, August 2, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 54

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih kat kampung lagi ke?? Sha dah kat rumah.. Tahun ini memang tak amik cuti raya pun.. Esok dah kerja.. Anak-anak pun sekolah.. Hari ini selesaikan baju anak-anak dan berehat.. Kejap je dah hari Isnin.. Rasa macam baru je cuti.. Tadi kul 8 lebih sempatlah shopping barang sikit dekat TF.. Guna duit ePenjana yang dapat semalam.. Kawan-kawan dah tebus ke? 

Sha tebus dekat Touch n Go eWallet.. Memang selalu guna yang ini.. 

Beli last week.. Sedap dan berbaloi bayar RM3.50 untuk sebotol ini.. Mewah dengan rasa Roselle.. Minum pula sejuk-sejuk.. Ohsem.. Kalau teringin, dekat Shopee pun ada jual.. Harga sama je..

Novel | Nadim oleh Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Buku pertama yang berjaya dibaca untuk bulan Ogos.. Buku yang menarik.. Kisah dunia manusia dan juga bunian..

Nadim merupakan anak manusia.. Dikandung selama 7 bulan namun disorokkan dari pandangan manusia kerana sebuah pertolongan.. Diambil dan dijaga oleh bunian namun dibenarkan membesar bersama kembarnya Syed Nadim.. Namun Syed dikatakan gila bila sellau bercakap seorang diri.. Nadim yang sellau menemaninya hanya boleh dilihat ibu dan Syed sahaja.. Sehinggalah datang seorang kanak-kanak perempuan bernama June.. Semuanya berubah.. Nadim semakin dekat dengan dunia manusia.. Semuanya kerana cinta.. Kerana cinta juga Nadim melakukan sesuatu yang tak disangka.. Namun semuanya terbongkar bila Syed kemalangan dan meninggal..

Sha baca dan selesai pada 1 Ogos 2020..

Hak milik peribadi Sha..
Published December 2017 by Bes Q Publication

Nestle Ice Cream La Cremeria: Indulgent Peanut Butter

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah rasa ke aiskrim baru dari La Cremeria ini?? Kalau anda peminat mentega kacang, anda pasti akan sukakan aiskrim ini macam Sha.. Sedap untuk tekak Sha yang sangat menyukai mentega kacang.. Tak sangka rasa aiskrim vanila dan mentega kacang sangat sedap diadun bersama.. Hehehe.. 

RM4
Berbaloilah dengan rasa dia.. Sesekali makan aiskrim mahalkan..

Maaflah pencahayaan agak kurang menarik.. Hehehe..

Nampak ke?? Buat-buat nampaklah ye.. Gambar ini diambil di waktu malam di dalam kereta..

Filem Netflix | The Old Guard (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik untuk ditonton oleh Netflix.. Kisah pahlawan yang tak mati.. Sebenarnya matilah cuma lambat dari manusia biasa.. Gitu.. hehehe.. Kalau tengok ending macam akan ada sambungan.. Tapi tak tahulah bila.. Menarik sebab aksi lawan-lawan je.. Ada pahlawan baru, ada pengkhianat dan ada penjahat.. Gitulah mereka bermula..

Director: Gina Prince-Bythewood
Actors: Charlize Theron, KiKi Layne, Matthias Schoenaerts, Marwan Kenzari
Genres: Action, Fantasy
The Old Guard is a movie starring Charlize Theron, KiKi Layne, and Matthias Schoenaerts. A covert team of immortal mercenaries are suddenly exposed and must now fight to keep their identity a secret just as an unexpected new member...

Saturday, August 1, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 52 & 53

Assalamualaikum..
hye semua..

Macam mana Raya Aidiladha anda? Mesti meriahkan.. Berkumpul beramai-ramai.. Bertemu sanak saudara.. Sha malam Raya baru balik kampung.. Merasalah tempuh jem sekejap.. hehehe.. 

Semalam sempatlah beraya ke rumah kawan MIL.. Disebabkan kelam kabut balik lupa terus pes nasi arab.. Sudahnya menu raya kami lemang kukus dalam cawan dan rendang kerang.. Sibuk beraya sampai lupa nak snap gambar.. Hehehe.. 

Hari ini dah gerak balik.. Anak-anak punya baju sekolah tak bergosok lagi.. Sha pas baton dekat adik ipar.. Mereka sampai pagi tadi.. Meriahlah rumah MIL bila semua berkumpul.. Siap merancang aktiviti bercuti.. Harapnya menjadilah.. InsyaAllah..

Balik kampung mesti beli air nie.. hehehe.. Nenas tu kurang menarik.. Strawberry tu sedap..

Buah dalam buah kelapa tua.. hehehe.. Sedap tau.. Sha suka makan buah nie.. manis..

Singgah Marrybrown Teluk Intan untuk makan malam.. Sha beli salted egg ini.. Sedap.. Kemain meriah dia siram kuah salted egg tu dekat ayam..

Bubur pedas (RM7).. pun sedap.. Sambal dia Sha asingkan.. Anak-anak tak nak makan kalau ada sambal.. hehehe..

Minuman | HausBoom Nenas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak beli air Haus Boom ini, makin banyak flavour pula di pasaran.. Kali ini Sha cuba rasa nenas.. Okay.. Not bad.. Menarik.. hehehe.. Rasa parkling dengan nenas tu menarik.. Walaupun Sha ada masalah untuk makan buah nenas, Alhamdulillah bila minum air ini okay je.. Tak ada rasa gatal lidah ke apa.. Gabungan yang unik pada lidah dan tekak Sha.. Tak pelik sangatlah.. Warna dia je Sha rasa macam tak berapa menarik.. hehehe..

Buat yang suka mencuba, bolehlah cari nanti.. Sama ada di 7Eleven ataupun Petronas.. Ada beberapa lagi rasa yang menarik untuk dicuba..

Sebotol RM3.80..

Goodreads | Reading Challenge Julai 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih jauh lagi sasaran bacaan Sha.. Ogos dah pun menjelma.. Tak tahulah berjaya kejar ke tak.. hehehe.. Mood membaca turun naik sekarang ini.. Bulan ini dapat baca 18 buah je.. Buku dan ebook.. Hehehe.. lambat pula rasanya nak sampai ke sasaran tu.. hehehe.. Takpe.. Kita usaha je baca.. Selagi boleh baca..  Jomlah tengok buku-buku yang Sha dapat baca bulan ini.. Kalau nak baca review, klik je tajuk tu..



Filem Korea | #Alive (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa filem ini online.. Tapi tak ada sarikata.. Sha tengok dekat SINI.. Cerita ini lagi ngeri dari Peninsula.. Serius ngeri.. Zombienya ganas gila.. Pantang dengar bunyi je zombie serang.. Paling seram bila zombie bomba panjat tali.. Bijak gila zombienya.. Jatuh jantung nengokkan filem ini.. Gigih tengok walaupun faham sikit-sikit je.. Tak ada sari kata kan.. Cuma tu lah tak faham perbualan merekakan tak pasti punca zombie outbreak ini apa.. Yang tahu cerita ini mula je, dah ada zombie.. seorang lelaki terperangkap dalam apartment seorang diri.. Bila ada bunyi je zombie datang.. Zombienya ganas pula tu.. Laju tu satu hal lah..

Sha tengok filem ini sekadar tontonan.. Walaupun sampai terganggulah tidur.. Hahaha.. Lama dah tak rasa seram macam ini..

Movie: #Alive
Also Known As: #salaissda
Screenwriter & Director: Cho Il Hyung
Genres: Action, Thriller, Mystery, Drama, Medical
Country: South Korea
Release Date: Jun 24, 2020
Duration: 1 hr. 38 min.
One day, Joon Woo wakes up to find that a mysterious virus outbreak has occurred. The outbreak suddenly spread throughout Seoul and rapidly grows out of control, trapping survivors alone inside their apartments without access to cellular data, Wi-Fi, texting, or phone calls. Joon Woo and Yoo Bin struggle to survive in an isolated apartment complex from those infected with the virus.
(Source: Soompi)
~~ Based on the original scenario of "Alone" by Matt Naylor
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com