Sunday, August 4, 2024

Perkembangan Pokok Kunyit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak kongsikan pasal pokok kunyit ini.. Alhamdulillah.. Dalam masa sebulan dah makin subur dan sihat pokok-pokok kunyit ini.. Makin meriah.. Suka Sha tengok.. kikiki

Awal bulan Julai hari itu..

Sebulan kemudian.. Makin meriah..

ebook | Suami Tuan Puteri oleh Wardina Aisyah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabar saja lah dengan perangai kedua-duanya.. Perkahwinan antara Rania dan Zahin bermula bila Rania ingin melarikan diri dari berkahwin dengan pilihan bondanya.. Awalnya perkahwinanmereka nampak kaku namun kesungguhan dan keihklasan Zahin berjaya menambat hati isteri dan bondanya.. Rania juga mula berubah perangai.. Namun masalah mula muncul fengan kehadiran ayah Zahin yang lama menghilang.. Konflik demi konflik mula melanda mereka.. Mujurlah kesudahannya bahagia.. 

Konflik mereka ini lebih pada ketiadaan komunikasi antara suami dan isteri.. Kalau saling berbincang, memang tak alah panjang ceritanya.. kikiki.. Sempoilah.. Bolehlah layan santai-santai..

Sha baca dan selesai pada 01.08.2024..

Published January 1, 2017 by Anaasa Publication

Pecah dan Pasang Tile Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumaat baru ini, rumah Sha termasuk dalam kerja-kerja pembaikan untuk tile pecah.. Masa pemakluman awal, dua bilik iaitu bilik utama dan bilik baca yang akan terlibat tapi bila kerja mula berjalan, hanya bilik utama sahaja yang terlibat.. Awalnya kami jangka mungkin sabtu atau ahad baru mereka datang ke rumah kami untuk memulakan kerja.. Tapi Jumaat pagi, encik suami dapat pemakluman kerja akan bermula Jumaat pagi tu.. Mujurlah encik suami tak ikut Sha ke Teluk Intan, kalau tak memang kalutlah kami.. Masa Sha sampai, mereka sudah memulakan kerja-kerja pemecahan tile lama.. Barang-barang dalam bilik utama itu, encik suami bubuh saja dalam kotak.. Ikut mana boleh saja.. Nak cepatkan..

Sabtunya pula baru kerja-kerja pemasangan tile dijalankan.. Bermula sekitar jam 8.30 pagi dan berhenti sekejap jam 1 petang dan bersambung semula jam 2 lebih sehingga 3 lebih.. Siap sepenuhnya dengan cantik.. Encik suami tak ada, jadinya Sha lah memantau sambil-sambil membaca dan menonton drama..

Pecah dan buang tile lama..

Selesai dalam sejam lebih juga..

Ini dia bubuh gam simen untuk ratakan mana yang berlubang tu..

Pagi sabtu, bermulalah pemasangan tile baru.. Warna putih tilenya.. 

Siap buat laluan dari pintu masuk ke bilik kami untuk elakkan kekotoran sebab mereka pakai seliparkan..

Jam 10.30 pagi 3/4 sudah siap.. Cepatkan diorang ini berkerja.. Dasyat..

Tinggal bahagian tepi tu saja nak pasang tile.. Mantap kerjanya..

Alhamdulillah selesai sudah..

Saturday, August 3, 2024

ebook | Misi Impossible 2.0 oleh Ain Lutfi, Ana Rohani, Myzatu Hidayah Malik, Zamri Shahri, Sakinah Said, Bel Nawhen, Anwari Hamzah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah para jururawat yang memberi pengajaran kepada pembacanya.. Melalui buku ini kita akan lebih mengetahui tugas-tugas yang dilakukan oleh jururawat.. Memang sesuailah dibaca semua lapisan umur, tak kiralah sama ada orang awam, mereka yang bercita-cita menjadi jururawat atau jururawat sendiri.. Mungkin akan ada kisah yang boleh dijadikan teladan mahupun menegur kita yang membacanya.. 

Sha baca dan selesai pada 01.08.2024..

Published April 1, 2018 by Kata-Pilar Books

Korea | Pipeline (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cubaan merompak minyak bertukar menjadi tragedi yang tak disangka.. Pin Dol melakukan penebukan paip untuk mencuri minyak secara skala kecil hinggalah datang seorang client yang inginkan Pin Dol melakukannya dalam skala besar.. Syarat yang dikenakan pun bukan main-main namun bayarannya lumayan.. Selain Pin Dol ada lagi beberapa orang yang turut terlibat.. Awalnya semua baik namun berlaku kesilapan dan salah seorang dari mereka mati.. Client yang mengupah mereka sebenarnya berniat jahat jadinya bila berlaku tragedi, Pin Dol dan yang lain-lain berusaha untuk mengenakan kembali client tersebut sebab niat client tu dah jauh menyimpang.. Bukan setakat nak mencuri minyak tapi nak meletuskan letupan yang boleh menyebabkan kematian pada skala besar..

Pergh!! Penjahat dia handsome.. kikiki..

Movie: Pipeline
Also Known As: Paipeulain
Screenwriter & Director: Yoo Ha
Screenwriter: Kim Kyung Chan
Genres: Action, Mystery, Comedy, Crime
Country: South Korea
Release Date: May 26, 2021
Duration: 1 hr. 48 min.
An underworld drilling prodigy leads an oil heist to drill into the biggest pipeline known as the country's "artery", pushing his luck against a catastrophic explosion and corporate greed.

Korea has over 1,200km of pipeline that acts as the country's artery. There are several individuals who make the headlines by tapping into this network in order to siphon oil. Drill-bit is a drilling prodigy who is offered by Geon Woo, the head of an oil refining company, a large sum of money for completing the impossible heist to drill into the pipeline between Honam and Seoul-Busan highway within a month. To get the job done in time, he puts together a team of misfits: civil engineer 'Mr. Na', excavation expert 'Big Shovel', and welding expert 'Folder'.

ebook | Misi Impossible oleh Ain Lutfi, Nurul Asma, Ana Rohani, Hassan Hasaa'ree Ali, Mazaitu Hidayah, Zamri Shahri, Sakinah Said, Ahm Ahmad (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sesuai untuk bacaan orang awam agar lebih memahami kisah di sebalik kerjaya seorang jururawat.. Mereka bukan meminta wang ringgit atau emas pertama sebagai balasan atas kerja mereka, cukup dengan ucapan terima kasih dan tak marah-marah.. Itu sudah cukup bermakna bagi mereka yang sering melakukan perkerjaan yang tiada kaitan dengan mereka.. Sesuai juga dibaca oleh para jururawat agar boleh bermuhasabah diri dan mengambil iktibar dalam setiap penceritaan yang disampaikan didalam buku ini..

Sha baca dan selesai pada 01.08.2024..

Published December 1, 2016 by Penerbitan Kata Pilar / Kata-Pilar Books

Friday, August 2, 2024

Temujanji Susulan di Pakar Pergigian Pediatrik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Temujanji susulan untuk memastikan gigi Amani berada dalam keadaan baik.. Kali ini 3 batang gigi dia kena tampal.. Ngilu dan dakit kata Amani.. Tapi foktor yang buat tu baik sangat.. Cuba sehabis baik buat perlahan-lahan untuk Amani.. Gigi yang sepatutnya pasang crown doktor KIV dulu.. Doktor nak tengok keadaan gigi Amani dulu.. 3 bulan lagi jumpa balik..

Pergi berdua saja, encik suami kena tunggu rumah.. kikiki.. Imani pula bersekolah..

Lactel Flavoured Yogurt: Vanilla

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak berapa yakin nak cuba yang plain, jadinya Sha ambil yang vanila ini.. Sedap.. Rasa vanila tu tak adalah kuat pun.. Ada rasa di hujung hujung macam tu.. Tapi sedaplah.. Bau dia pun wangi.. Sha suka.. Kalau campur buah ke, granola ke mesti lagi sedap..

Lactel Flavoured Yogurt: Vanilla (470g) - RM8.50

Tak berapa jelas pula sebab putih warnanya..

Sha makan dengan granola.. Sedap..

ebook | Dara Gangster & The Gang oleh Amarilis Rahim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya tentang Dara yang agak luar biasa perangai nakalnya.. Memanjat, sabotaj dan mengusik orang adalah perkara biasa.. Namun usikan atau sabotaj yang dilakukan biasanya bersebab.. Membaca buku ini memang mampu buat kita bergelak ketawa dengan gelagat Dara dan rakan-rakan dia.. Tapi ada juga kebaikan dan tauladan yang boleh kita ambil dari cerita ini.. Memang layanlah.. Ada babak Dara menyamar menjadi hantu, menakut-nakutkan orang.. Ada juga kejadian di mana Dara tak sengaja memisahkan kawan baik dia Bedah dari kekasihnya, hanya kerana ingin membantu.. Namun kesudahannya baik.. Tapi Dara tanpa sengaja telah melakukan kesalahan yang agak besar hanya kerana tak ingin berkahwin dengan pilihan keluarga sehingga menyebabkan maknya masuk hospital.. Bahagian ini agak keterlaluanlah sedikit tindakan Dara..

Sha baca dan selesai pada 01.08.2024..

Dara Gangster & The Gang oleh Amarilis Rahim
Ideafikirfiksi Publisher
97862997296
2023
381 m/s
Nama aku, Dara binti Mat. Orang kampung panggil aku, Dara Gengster. Pasai apa depa panggil aku lagu tu? Panjang ceritanya tapi aku pendekkan... malam tu, aku dan kengkawan main mercun bola atas pokok rambutan. Waktu aku baling mercun tu ke bawah, ngam-ngam pak imam pun lalu. Terkejut beruk orang tua tu sampai motor dia terbabas dan menjunam secara front flip ke dalam parit. Tak pasai-pasai badan pak imam berbungkus macam mumia hidup kat hospital. Semua gara-gara aku. Aku ada dua orang kawan baik. Bedah dan Busu. Bedah ni jenis cool tapi mudah koyak (sentap). Dia rajin tulis surat kat pakwe dia tapi akhirnya, pakwe dia kahwin dengan perempuan lain. Semua tu terjadi gara-gara aku juga. Sadis ooo! Busu pula jenis sengal. Dah lah sengal, dia punya ideologi dalam masak memasak memang tak boleh blah. Pernah sekali, aku makan kuih kaswi yang dia buat. Dalam resepi duk tulis dua sudu kapur. Dia pi tibai letak kapur barus dua sudu. Menggelejat aku masa makan kuih tu. Ish, mujur kapur barus! Kalau kapur kasut? Inilah kisah aku dan kengkawan. Kisah zaman kami muda-muda dulu. Kisah yang ditulis untuk mengenang kembali zaman nostalgik 90an. Zaman cintan cintun aku dengan abang posmen. Bedah dengan abang Jepri. Busu dengan abang Halim. Zaman tak dak handfon canggih. Tak dak Instagram, Whatsapp dan Facebook!

Thursday, August 1, 2024

Pocky: Milky Match

Assalamualaikum..
Hye semua..

Harganya Sha tak ingat sebba belinya dah lama baru nak makan.. Rasa matcha bersusu.. Tak pahit dan tak manis.. Wangi bau matcha tu.. Sha ingatkan tak sedap sebab kadang-kadang tak semua makanan sesuai dengan matcha ini, tapi bila dah kunyah, eh.. Sedap.. Memang syoklah..

Pocky: Milky Match (35g)

Banyak juga isi dia tapi bila dah melekat-lekat ini, malas nak kira ada berapa batang.. Puaslah kunyah..

ebook | Beast oleh Cindrella

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini tak ada dekat Goodreads.. Jadinya kita review dekat Blog sajalah.. Okaylah ceritanya tapi ada babak yang tak sesuai untuk budak-budak.. Kisah mafia yang tak berapa mafia.. kikiki.. 

Kisah polis yang menyamar di sarang mafia malangnya terjatuh cinta dan berkahwin dengan mafia.. Masalahnya betul ke Beast tu mafia.. Kalau tengok dari tingkah laku macam tak berapa nak mafia.. Konflik antara askar dan polis yang memyamar dan menyiasat, dalam masa yang sama saling mengkhianati.. Ha.. Camtu.. Lepas tu bileh pula hero mati dan bersambung.. Letih..

Watak perempuannya iaitu detektif Thalia tak lembik tapi tu lah, beremosi.. Langsung tak boleh nak berfikir dan bertindka dengan waras.. Klu dah banyak ditabur dwpan mata tapi macam lembap.. Geram pula kita yang membacanya.. 

Sha baca dan selesai pada 01.08.2024..

Published 2023 by Ideafikirfiksi Publisher

Beast oleh Cindrella
Ideafikirfiksi Publisher
9786299729679
2023
365 m/s
Iris Nathalia, seorang detektif yang ditugaskan untuk menyelongkar aktiviti haram bagi sebuah pertubuhan kongsi gelap King Malic. Kegilaan gadis itu terhadap misinya telah sampai ke puncak apabila dia sanggup menyamar sebagai jururawat terlatih untuk masuk ke dalam Rumah Merah demi menjadi jururawat King Malic yang cedera parah akibat ditembak. 

Dalam penyamarannya itu, Thalia bertemu dengan orang kanan King Malic yang dikenali sebagai Beast. Pertemuan yang tidak terduga kerana Beast aka Jabrael adalah seseorang yang pernah dia kenali ketika zaman remajanya sebagai gadis penjual kopi di tepi kem askar.

Menyedari yang lelaki itu pernah menaruh hati kepadanya, Thalia menggunakan titik sejarah itu sebagai alat untuk dia menggoda Beast demi menjadi orang kepercayaannya. Malah Thalia sanggup berkahwin dengan Beast secara senyap-senyap.

Saat Thalia yakin yang dia sudah berada di penghujung misinya, Beast mula menghidu penyamaran Thalia. Konflik pun berlanjutan bila emosi dan dendam menjadi taruhan.

“Aku mafia, kau detektif. Kita main polis sentri.” - Beast

Food Empire Cafe Pho: Vietnamese Iced Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi vietnam.. Belinya dah lama, baru ini nak cuba.. Rasa kopinya kuat dan tak manis.. Memang ngamlah dan air ini bukan untuk diminum panas sebaliknya dengan ais.. Memang ngamlah minum sejuk-sejuk.. Sedap airnya..

Food Empire Cafe Pho: Vietnamese Iced coffee (24g x 5s) - RM4.64

Ada 5 pek..

Perfect Blend of strong vietnamese coffee and Milk and top up with Ice..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com