Assalamualaikum..
Hye semua..
365 bukan sekadar sebuah buku motivasi biasa, tetapi himpunan kata-kata dan peringatan yang mengajak pembaca untuk melihat semula kehidupan dari sudut yang berbeza.. Setiap halaman membawa mesej tentang harapan, keinsafan, kasih sayang dan hubungan manusia dengan Allah.. Konsep buku ini diambil daripada 365 hari dalam setahun, seolah-olah mengingatkan bahawa setiap hari ialah peluang baharu untuk kita memperbaiki diri..
Sha suka kerana penyampaiannya ringkas dan mudah difahami.. Ada beberapa nukilan yang membuatkan Sha berhenti seketika untuk berfikir, manakala ada juga yang memberikan semangat ketika hati terasa penat.. Buku ini bukan jenis yang perlu dihabiskan dalam masa sehari, boleh ja dibaca perlahan-lahan dan dihayati sedikit demi sedikit.. Cumanya Sha suka baca sekaligus.. Ada masa terluang atau perlukan semangat, boleh baca balik..
Sha baca dan selesai pada 04.08.2026..
Published June 1, 2015 by WhiteCoat Enterprise


























simple betul cover buku dia tapi menarik.
ReplyDeletekalau ikut tajuk buku tu..
ReplyDeletesehari boleh baca semuka tu
Perkongsian ulasan buku 365 karya Anwar Fazal yang sangat menginspirasikan! Susunan kata dan motivasinya memang beri sentuhan jiwa. Bagus untuk baiki diri.
ReplyDeleteWaaaah ini buku kedua yg saya lihat sangaaaaaat simple 😅😅😅😄. Buku pertama, edition terbaru dari Pramoedya Ananta Toer, sastrawan dari Indonesia. Bedanya kalau buku 364 putih saja, sementara Pram bukunya biru saja 🤣🤣.
ReplyDelete