Saturday, November 9, 2019

Sempena Hari Kanak-Kanak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sempena hari kanak-kanak, sekolah Amani dan Imani ada buat sambutan.. Imani sertai pertandingan Si Cilik Fashionista dan Amani pula sertai pertandingan nyanyian.. Awal pagi dah bangun dan bersiap.. Memang cerialah anak-anak ke sekolah semalam pagi.. Gambar-gambar yang dikongsikan guru pun nampak keterujaan mereka.. Jenuh jugalah mencarikan bunga untuk jadikan crown di kepala tu.. Sesekali melayan kerenah anak-anak..



Friday, November 8, 2019

Mini Chipsmore: Oats Double Choc

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini sha beli yang double choc pula.. Yang ini lagi sedap sebab mewah dengan rasa coklat.. hehehe.. Memang puaslah makannya..  Ini antara pilihan biskut yang Sha suka.. Bila ditambah oat, buat biskut ini jadi lebih best dimakan.. Lebih mengenyangkan bila dijadikan kudapan minum petang..


Warna dia lebih gelap dari sebelum ini..

Komik | Magica Luna: Dual Identity (Magica Luna #02) by Ben

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini si Musang mula menunjukkan sikapnya yang sebenar.. Cuba merampas tongkat dari perlindungan ahli sihir.. Serigala jadian pula bertemu dengan ikan duyung tanpa sengaja setelah dihalau oleh Luna.. Manakala lelaki misteri keturunan kelawar cuba mendekati Luna untuk mengetahui siapa Luna yang sebenarnya.. Makin complicated pula komik ini.. Mana pula la nak cari buku teiga dia.. halah.. halah.. Komik pertama bertajuk Magica Luna: First Encounter (Magica Luna #01) by Ben Wong..

Sha baca dan selesai pada 07.11.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published April 2018 by Orbit Buku Sdn. Bhd.

Komik | Laserman: Superhero Facebook & Koleksi Komik Terbaik Bophairy oleh Bophairy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku menarik sebab selain menghimpunkan komik terbaik dari Bophairy, ada juga diselitkan tips melukis dan temubual bersama Bophairy.. Temubual itu ialah mengenai 10 artis komik terbaik pada pandangan Bophairy.. Dari temubual ini, buat Sha nak mencari dan membaca karya-karya artis komik tersebut..

Laserman ini menghimpunkan beberapa buah komik Bophairy yang pernah tersiar di majalah lain.. Komik-komik yang dihasilkan beliau mempunyai mesej yang baik dan mudah difahami pembaca.. Seronok dibaca seisi keluarga..

Sha baca dan selesai pada 06.11.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published March 23rd 2018 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Thursday, November 7, 2019

Ujian 'Pap Smear' di LPPKN

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi berjaya buat ujian Pap Smear setelah hampir beberapa bulan bertangguh disebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan.. Ketidak seimbangan ini berlaku disebabkan pemakaian Implant untuk mencegah kehamilan.. Setiap individu mempunyai reaksi yang berbeza untuk kesan pemasangan implant ini..

Berbalik pada ujian Pap Smear ini, ujian yang perlu dilakukan bagi semua wanita yang sudah berkahwin atau pernah berkahwin.. Seelonya dibuat setahun sekali.. Kalau belum berkahwin memang tak digalakkan buat ujian ini, kecuali atas nasihat doktor.. Bercinta sebenarnya nak buat ujian ini.. Sepatutnya dibuat tahun lepas dan juga tahun ini.. Namun disebabkan tak berapa nak berani, tahun lepas terlepas tempoh untuk buat dan tahun ini pun sama.. Di Klinik Kerajaan, ada tempoh masa untuk membuat ujian ini dan tempoh tu berakhir pada penghujung bulan Oktober.. Atas cadangan doktor dan juga misi, Sha pilih LPPKN.. Bayaran untuk buat ujian ini hanyalah RM20 sahaja dan tempoh masa untuk melakukan ujian ini pun sekejap sahaja..

Selain ujian Pap Smear ini, Sha juga melakukan pemeriksaan kolestrol, gula dan juga payudara dengan bayaran tambahan RM5.. Alhamdulillah semua ujian berjaya dilakukan dengan cepat dan keputusannya pun okay kecuali gula.. Sha dicadangkan untuk datang semula pada bulan Mei 2020 bagi pemeriksaan gula dan kolestrol.. Kena pantau minuman dan makanan manis nampak gayanya.. Mencegah itu lebih baik sebelum merawat..

Buat kawan-kawan yang ingin melakukan pemeriksaan Pap Smear atau rawatan lain bolehlah berhubung dengan LPPKN terdekat terlebih dahulu.. Sebab ada pengiraan hari selepas kedatangan haid untuk melakukan ujian Pap Smear ini.. Sha galakkan semua rakan-rakan yang sudah berkahwin atau pernah berkahwin untuk melakukan ujian ini secara berkala.. Nak buat di hospital kerajaan pun boleh.. Hubungi je Klinik Kesihatan yang terdekat..

Keputusan pemeriksaan gula, kolestrol dan tekanan darah.. berat nak kena kurangkan 10kg.. Wargh!! Bilalah nak bersenamnya..

Komik | Takaza #2 oleh Sitrahaslee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun tak baca buku yang first, dalam ini ada ringkasan untuk buku 1 tu.. Jadi boleh je faham apa yang berlaku sebelum ini.. Sambungan ini meneruskan usaha untuk berubah dna juga halangan-halangan yang terpaksa dilalui sebelum perubahan itu betul-betul terjadi dengan cantik.. Manusia yang terslah pilih jalan tetap boleh kembali kepada jalan yang benar.. Sama ada dengan kehendak sendiri atau dorongan orang di sekeliling..

Sha baca dan selesai pada 06.11.2019..

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia..
Published May 30th 2010 by PTS Pop Sdn Bhd, Komik-M

Rutin Pemeriksaan 6 Bulan Sekali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam, macam biasa Sha ke Klinik Ibu & Anak untuk rutin pemeriksaan 6 bulan sekali.. Alhamdulillah proses ambil darah berlaku dengan mudah.. Sekali cucuk je dah dapat darah.. hehehe.. Rutin yang ini memang mendebarkan.. Kadang sampai 3,4 kali cucuk baru dapat darah.. Lepas ambil darah, hantar ke makmal bersama sample urine.. Dapat keputusan barulah berjumpa doktor..

Alhamdulillah keputusan semua okay.. 6 bulan lagi datang untuk pemeriksaan keseluruhan atas permintaan Sha.. Nak tengoklah juga tahap kesihatan Sha secara menyeluruhkan.. Disebabkan tahun ini Sha masih belum buat Pap Smear (Ujian saringan untuk kanser serviks), Doktor minta untuk Sha buat juga tapi di Klinik Swasta ataupun LPPKN.. Lepas temujanji di Klinik Ibu & Anak, Sha terus ke LPPKN untuk tetapkan tarikh temujanji ujian Pap Smear.. Alhamdulillah pagi ini dah selesai buat test.. Nanti Sha cerita di entry lain..

Basahkan tekak dengan Air Brown Sugar Boba Milk lepas jumpa doktor.. Best betul bila minum sebab dia pakai Fresh Milk dan gula melaka.. Pergh!! Berbaloi bayar RM6 untuk 1 cup ini..

Wednesday, November 6, 2019

Shopee | Bag 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memenuhi kehendak diri yang lama tersimpan.. Dah lama sebenarnya bubuh beg ini dalam shopping cart Shopee.. Dok berfikir-fikir, nak beli ke tak beli.. Lama menimbang-nimbang, akhirnya belilah juga selepas beg galas yang selalu dipakai dah koyak-koyak.. Penyebab untuk membeli.. Hehehe..

Beli set beg ini dengan harga RM29.67.. Ada backpack, sling bag dan pouch bag.. Ini Sha punya.. Lama dah letak dalam cart sebab design dia.. Kalau ikut hati nak beli warna hitam ataupun merah, malangnya dah tak ada stock.. Jadinya kita amiklah warna biru..

Ini free gift beli beg kat atas tu.. keychain, buku nota dan lapik cawan..

Satu RM8.50.. Yang ini untuk Amani dan Imani..

Komik | Magica Luna: First Encounter (Magica Luna #01) by Ben Wong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik fantasi yang ohsem dari Ben Wong.. Memang menarik walaupun berbahasa Inggeris.. Kisah Luna yang dikelilingi makhluk fantasi seperti musang, serigala jadian, ahli sihir dan lain-lain.. Kerana menyelamatkan seekor musang, Luna menjadi teman setia kepada musang tersebut.. Permulaan kepada komik Magica Luna yang menarik dibaca..

Sha baca dan selesai pada 06.11.2019..

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia..
Published April 2018 by Orbit Buku Sdn. Bhd. (first published September 1st 2017)

Drama Jepun | Aku no Hado (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jarang tengok drama Jepun.. Sesekali layan, syok juga.. Tambah drama ini 5 episod je.. Memang bestlah layan.. Setiap episod 25 minit je.. Tak lama sangat nak mengadap.. hehehe.. Tajuk Jepun dia pendek je, tapi bila tukar bahasa Inggeris jadi Evil's Wave: Murder Analysis Squad.. Drama ini spin off dari drama bertajuk Ishi no Mayu (2015) dan Suisho no Kodo (2016) yang juga 5 episod je setiap satu.. Sha tengok online dekat SINI..

Drama yang sangat mengelirukan.. Kisah seorang budak yang diculik bersama maknya tapi kemudian dilepaskan.. Mak nya pula dibunuh.. Maka hiduplah budak tu dalam keadaan tidak disukai dan trauma kehilangan mak.. Bila dah besar, beliau tukar nama dan hidup secara bersendirian.. Tak bercampur dengan orang dan gemar mengambil gambar tempat-tempat yang berlaku pembunuhan.. Namun tiba-tiba hidupnya kacau bilau bila dituduh membunuh.. Kena tengok sampai episod last baru tahu siapa pembunuhnya.. Plot twist dia mengejutkan.. Jangan sangka yang baik itu baik.. Gitu..

Drama: Aku no Hado
Also Known As: Aku no Hado: Satsujin Bunsekihan Spinoff , Evil's Wave: Murder Analysis Squad Spinoff , Aku no Hadou ~ Satsujin Bunseki-han Spin-off , Aku no Hadou - Satsujin Bunseki-han Spin-off , Evil's Wave
Genres: Suspense, Crime, Detective
Country: Japan
Episodes: 5
Aired: Oct 6, 2019 - Nov 3, 2019
Aired On: Sunday
Original Network: WOWOW
Duration: 25 min.
In 2014, a series of murders targeting women takes place in Kawasaki City. All the victims have been killed as if they had hanged and these are dubbed the “Hanging Murders” in public. The police investigation runs into difficulties without clues on the murderer. However, Detective Iguchi from the First Investigation Division has his eye on a man whom he suspects to kill for pleasure. This man is Nogi Naoya. He lies about his identity, erases his traces in public and lives as if he is holding his breath. Nogi is actually Yaginuma Masato, the victim in the sensational Akishima mother and son kidnapping case. He gets his neighbor Yoshika involved as he tries to escape the police dragnet but comes to realize some facts. What is his true motive?

Tuesday, November 5, 2019

Performance Blog KasihkuAmani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita tengok performance bulan Oktober dengan menggunakan dashboard baru.. Nampak lebih cantik pula nak tengok performance.. hehehe.. Ada bahagian yang menarik dashboard baru ini.. Ada bahagian menyusahkan juga.. hahaha.. Tapi okaylah.. Lama-lama nanti, biasalah kan.. Owh ya.. entry ini diinspirasikan oleh Farhana Jafri.. Teruja Sha tengok setiap kali Farhana kongsikan Perfomance Blog beliau.. Tak caya?? Nak Klik SINI, SINI dan SINI.. Tu yang gagahkan diri buat entry ini.. Kebetulan tengah fikir nak up entry apa, kita up entry pasal performance pula..

 Setakat ini Sha dah ada 820 orang pengikut, 4321 ribu entry dan 33397 komen.. Ini untuk tempoh 9 tahun berblog..

View untuk bulan lepas, dapatlah capai targert sebab lebih 20 ribu.. Alhamdulillah.. Harapnya momentum tu kekal untuk November ini..

Ini pula view dari awal hingga sekarang.. Harapnya berjayalah cecah sejuta view.. hahaha..

 Post pasal drama Malam Tahlil Suhaila Balik mendapat view yang paling tinggi.. Memang tak sangkalah boleh cecah sampai 3848 view.. Pergh!! Kena rajin bubuh review drama ini.. Tapi tu lah.. Drama yang mendapat sambutan drama seram lah pulak.. Halah.. Halah..

Popular post untuk all time pula masih mengekalkan kejuaraan ialah entry pasal filem Pokemon Detective Pikachu (2019).. Memang bertuah betul entry tu.. hehehe..

Search keywords pun okaylah.. 

Mini Chipsmore Oats Original

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut baru dari Chipsmore.. Kali ini ada oats dalam biskut.. Lebih sedap dan mengenyangkan.. Serious sedap.. Untuk Sha lah.. Korang Sha tak tahu.. Harga pun tak mahal sangat untuk saiz yang kecik ini.. Yang besar kalau tak silap Sha dalam 3 ringgit lebih rasanya.. Bolehlah buat kunyah-kunyah masa baca buku atau breakfast pagi yang ringkas.. Mengenyangkan makan biskut ini sebab ada oats..

RM2.20 sebungkus

Ada lebih kurang 20 pcs biskut chipsmore oats yang comel dalam paket ini..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com