Sunday, April 25, 2021

Filem China | A Writer's Odyssey (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa filem ini dekat youtube.. Best pula bila tengok permulaannya, terus layan sampai habis.. Filem fantasi yang menarik..

Guan Ning menghabiskan masanya mencari anak yang hilang selama 6 tahun.. Saat berjumpa dengan penculik yang melarikan anaknya, dia tertangkap dan dituduh sebagai penculik.. Tapi diselamatkan oleh Tu Ling yang ingin Guan Ning membunuh seorang novelis iaitu Kong Weng kerana apa yang diceritakan oleh Kong Weng menjadi realiti buat bos Tu Ling..

Filem ini berjalan dengan dua suasana iaitu dunia realiti dan juga dunia penceritaan Kong Weng.. Babak perlawanan dalam dunia fantasi dia memang ohsemlah..

Movie: A Writer's Odyssey
Also Known As: Ci Sha Xiao Shuo Jia , Assassinate the novelist, Assassination of the Novelist, Assassin in Red
Director: Lu Yang
Genres: Action, Suspense, Mystery, Fantasy
Country: China
Release Date: Feb 12, 2021
Duration: 2 hr. 2 min.
Desperate to find his missing daughter, a father agrees to help a mysterious woman assassinate a novelist. At the same time, the young hero in the book’s alternate universe has also put his revenge plan into motion, and his actions begin to affect the real world. 
(Source: Cfensi)
Adapted from the short story "Assassination of the Novelist" of the same name in Shuang Xuetao's short story collection "Aviator".

ebook | Jari oleh Wan SC

Assalamualaikum..
Hye semua..

Benci.. Ending tergantung.. Mungkin akan ada Jari:2, siapa tahu.. Hehehe..

Kisah yang agak menarik dimana watak-watak dalam ini mempunyai keboleh yang luar biasa seperti boleh menyerap memori dan memancarkannya di televisyen, Boleh melihat memori hanya dengan menyentuh objek, boleh keluar masuk dalam cermin, boleh melihat kuasa orang lain.. Memang menarik membacanya.. Cuma akan ada bab yang kita rasa perkara yang dilalui tu tak logik.. Membaca buku ini kena teliti sebab ada penceritaan dalam penceritaan.. Boleh lost kalau tak teliti.. Malah penceritaan novel ini bertukar-tukar diantara watak.. 

Sha baca dan selesai pada 24.04.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published August 15th 2018 by Buku Fixi

Saturday, April 24, 2021

Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Amani & Imani

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Mesyuarat norma baru pagi tadi.. Menggunakan Google Meet dan Youtube sahaja.. Untuk ibu bapa yang ingin mengutarakan pendapat atau soalan diminta masuk di Google Meet, untuk yang hadir sekadar mendengar bolehlah ikut di Youtube.. Bila buat mesyuarat macam ini lebih selesa dan selamat.. Lebih ramai yang boleh sertai sebab boleh guna telefon/laptop/desktop/tab.. Sambil memandu pun boleh dengar apa yang dibincangkan dalam Mesyuarat ini.. Kekurangannya mungkin pada internet yang kurang laju atau tersekat-sekat.. Faham-faham jelah ada sesetengah tempat line internetnya kurang cantik.. hehehe..

Proses pembentangan usul dan pengesahan minit pun berjalan laju je.. hehehe.. 

Video | Syahadah by Faizal Tahir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom layan.. Terbaru dari Faizal Tahir.. Video klip dia ohsem..

 

Giveaway Ramadhan By Shfyqhazhr.com

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sepagi ini berjalan-jalan di blog kawan-kawan.. Ternampak Giveaway dengan hadiah yang comel ini.. Hadiahnya comel sangat.. hehehe.. Makanya, jomlah kita sertai bersama.. 

Apa impian raya korang untuk tahun ni.
Impian raya untuk tahun ini semoga semua keluarga dapat berkumpul bersama menghargai masa yang ada.. 

20 April 2021 hingga 30 April 2021 (10 hari)

Pucuk Tauge Tumis Bersama Udang & Tauhu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sayur kesukaan Sha ini.. Pucuk taugeh.. Kelmarin masa sahur buat lauk ini dikawankan pula dengan ikan goreng, pergh!! Memang sedaplah bersahur.. Kali ini Sha masukkan tauhu, sedap je makannya.. Bahannya pun tak banyak dan mudah.. Portion Sha masak ini untuk dua orang makan..

Pucuk Tauge Tumis Udang & Tauhu

Bahan-bahannya:
 Segenggam pucuk tauge
1/2 potong tauhu (dipotong kecil)
seulas bawang merah (dihiris)
Seulas bawang putih (dihiris)
Setengah biji cili merah (dihiris)
5 ekor udang sederhana
Minyak untuk menumis dan sedikit air

Cara Memasak:
1. Panaskan kuali dan minyak kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih bersama cili merah.
2. Setelah naik bau masukkan udang dan sedikit kiub ikan bilis Knorr/Adabi
3. Setelah udang separuh masak, bolehlah masukkan pucuk taugeh, tauhu dan sedikit air. Biarkan sehingga pucuk taugeh masak, tutup api dan bubuh sedikit garam..
Boleh dihidangkan bersama nasi dan ikan goreng..

p/s: Air tu boleh dimasukkan untuk bagi berkuah, kalau tak nak tak yah bubuh..

Friday, April 23, 2021

Novel | Psikopat Nirwajah oleh Osman Deen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang sangat menarik cuma ada beberapa bahagian penulis tidak jelaskan bagaimana dan macamana.. Namun tidak mencacatkan jalan cerita serta pembacaan Sha cuma kurang umph saja.. hehehe.. 

Novel ini menarik bila memaparkan dua penjahat dengan keupayaan yang berbeza.. Satu digelar Langsuir.. Melakukan pembunuhan dengan menyiat kulit muka mangsa dan membuangnya ditempat yang mudah dijumpai.. Satu lagi Bayan yang melakukan jenayah dengan cara yang tak tercapai dek akal dan mangsanya adalah penjenayah.. Bila baca cara jenayah dilakukan, terasa ngilunya.. hehehe.. Namun penulis berjaya menyembunyikan identiti Bayan sehingga hampir tamat novel.. Memang tak disangkalah..

Sha baca dan selesai pada 22.04.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 2021 by Mahakarya

86/202

Tarikh: 22.04.2021
Tajuk: Psikopat Nirwajah
Penulis: Osman Deen
Penerbit: Mahakarya
M/S: 288

Hadiah Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah semalah hadiah menang Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog dah selamat Sha terima.. Teruja melihat kotak yang sampai.. Terus buka hadiah di pejabat.. Alhamdulillah.. Terima kasih Shida untuk hadiah yang ohsem ini.. Bukan sahaja hadiah Giveaway, ada juga hadiah sebab jadi Geng Kuat Komen di Blog Shida.. Yeah!!

Kotak yang menggembirakan..

Isi dalamnya masih tersembunyi di sebalik paperbag yang cantik..

Sekeping kad raya dari Shida, Sehelai tudung dan juga keychain untuk Geng Kuat Komen.. Teruja melihat keychain nama sendiri..

Video | Ramadhan Tiba by Opick

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom layan lagu dari Opick ini.. Hehehe.. Patutnya bubuh hari pertama Ramadan, lupa lah.. Namun masih dalam bulan Ramadan lagikan.. Kira acilah ek.. Ini antara lagu kesukaan Sha pada bulan Ramadan.. Malah liriknya banyak mengingatkan kita untuk berbuat ibadah.. Jom layan.. Semoga Ramadan kali ini akan kita hargai dengan sepenuhnya.. Kalau pandai main gitar, boleh jengah blog Kak Farah di entry Sudah Bersedia? Projek Kad Raya.. Ada Kak Farah kongsikan Kord Gitar dan Lirik Lagu Ramadhan Tiba -

Thursday, April 22, 2021

Drama Korea | Beyond Evil (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat intense.. Sha tengok sebab ada Shin Ha Kyun yang bawa watak sebagai Lee Dong Shik, suka tengok dia punya lakonan.. Nampak psiko sangat.. hahaha.. Episod pertama sedikit mengelirukan sebab ada babak imbas semula dan pengenalan watak.. Namun semakin jauh kita mengikuti drama ini, kita akan merasakan bahawa Dong Shik ini macam jahat, macam baik.. Perasaan tu berada di tengah-tengah malah Joo Won (Yeo Jin Goo) yang nampak macam innocent tu pun kejap nampak macam jahat dan psiko.. hahaha.. 

Gandingan dua pelakon ini memang mantaplah.. Nampak perkembangan hubungan diorang bermula dari episod satu sampailah episod akhir.. Memang gandingan yang luar biasa tambah-tambah bila dah nak habis drama.. Mereka mampu sampaikan emosi tu..

Drama ini bermula dengan kehilangan saudara perempuan Lee Dong Shik dan penemuan mayat perempuan di tengah padang rumput.. Pembunuhan bersiri yang dah berlaku sejak 20 tahun lalu ada bersama mereka dan nampak sangat baik serta lurus.. Sebab tu orang kata jangan menilai pada luaran.. Tiber.. hehehe.. Rupanya kehilangan saudara perempuan Dong Shik tu merupakan satu konspirasi yang melibatkan beberapa perkara lain yang tersembunyi dan penemuan mayat di tempat yang memang tak disangkalah.. Drama ini sangat emosi.. Tambah bila ditunjukkan oleh Shin Ha Kyun sebagai Lee Dong Shik.. Memang ohsem..

Lee Do Hyun as Lee Dong Shik [Young] (Ep. 1-2, 5, 11)
Kejap je munculnya.. Ingatkan dia bawa watak jahat.. hehehe..

Shin Ha Kyun as Lee Dong Shik

Yeo Jin Goo as Han Joo Won

Drama: Beyond Evil
Also Known As: Monster , Freak , Goemul , Gwimul , Gwimool , Goemool
Screenwriter: Kim Soo Jin
Director: Shim Na Yeon
Genres: Thriller, Mystery, Psychological, Drama
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Feb 19, 2021 - Apr 10, 2021
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: jTBC
Duration: 1 hr. 10 min.
Meet the two fearless men willing to go to extreme lengths in their pursuit of a serial killer that has shaken up their quiet city: 
Lee Dong Sik, a once capable detective, is now demoted to perform menial tasks at the Manyang Police Substation. Just as he is beginning to settle into a peaceful life, his new superior, Detective Han Joo Won, is transferred in. Joo Won is an elite detective whose father is the star candidate for the National Police Agency’s next chief. Despite his admirable qualities and high social standing, Joo Won harbors a long-held secret.
When a string of gruesome killings occurs, a pattern takes shape that is oddly reminiscent of some cold serial-murder cases from 20 years prior. Dong Sik and Joo Won team up, vowing to stop this vicious culprit in his tracks. 
As their investigation proceeds, they are forced to look far deeper than what the evidence suggests, questioning the culpability of all those surrounding the case, including their own.
(Source: Kdramapal)

Temujanji Pertama - Impant #2

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini temujanji pertama Sha lepas tukar implant baru.. Sha buat proses Buang dan Pasang Implanon pada Oktober 2020.. Implant pertama Sha pakai pada September 2017.. Boleh baca di entry Implant aka Nexplanon - Pemasangan.. Tempoh pemakaian implant ini adalah 3 tahun.. Ini implant kedua yang Sha pakai.. Alhamdulillah setakat hari ini tak ada apa-apa perubahan atau kesan yang luar biasa.. Cuma lenguh tangan masa lepas tukar implant je.. Sekarang dah okay.. hehehe..

Jumpa doktor, doktor tanya keadaan semasa dan tetapkan temujanji 6 bulan kemudian serta temu janji untuk pemeriksaan keseluruhan.. Yang ini kena buat lepas Ramadan sebab puasanya bermula tengah malam.. Hehehe.. Beginilah rutin untuk pemakai Implant perancang.. semasa temujanji banyaklah soalan yang akan ditanya doktor, perubahan fizikal dan dalaman, kesihatan dan lain-lain.. Bergantung pada doktor yang ditemui..

Darah yang diambil setiap 6 bulan untuk memastikan semua ok..

Video | Purnama oleh UNIC x Zizi Kirana

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Video ini dah lama.. Tahun lepas keluarnya.. Jomlah layan..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com