Thursday, April 29, 2021

Mendobi di Waktu Cuti

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas bermalas-malasan di waktu pagi dengan membaca, kami mulakan operasi membersih rumah.. Habis Sha buka cadar tilam, sarung bantal, selimut, sejadah dan sarung kusyen untuk dibawa ke dobi yang baru dibuka tak jauh dari rumah kami.. Sabun yang digunakan wangi ya amat.. Mesinnya pengeringnya pun besar.. Memang puas hati.. hehehe.. Habislah RM30 unyuk mendobi tapi memang puas hatilah.. Wangi dan terus boleh pakai semula.. hehehe..

Mesin untuk basuh ada 14kg dan 28kg..

Yang 34kg tu mesin pengering paling besar pernah Sha jumpa.. Masukkan semua cadar, sarung bantal, sarung kusyen dan selimut dalam tu.. 35 minit bersamaan dengn RM12 untuk semua itu kering sempurna.. Memang balik terus pakai balik.. hehehe..

Video | Zikir I'tiraf by Sarah Suhairi, Sheryl Shazwanie, Aidilia Hilda, Lia Aziz, Bibi Qairina

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom layan.. Selamat bercuti ye.. Salam Nuzul Al-Quran..

Wednesday, April 28, 2021

Filem US | Zack Snyder's Justice League (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama sekali... Filem ini panjang gila.. 4 jam kot.. Tapi best sebab lebih detail.. Hehehe.. Filem superherokan.. Apa je yang tak best kalau minat tu semua best.. Kali ini lebih terperinci dan stiap kerekter ada lebih masa di skrin.. Paling seronok tengok dah tentulah watak Barry Allen aka The Flash.. Kemain laju lagi terima tawaran Bruce Wayne aka Batman.. Suka dengar Batman jawab power dia adalah kekayaan bila Flash tanya apa power dia.. Hahaha.. Memang kaya sungguh.. Selamba je dia beli bank sebab nak bagi balik tanah mak Superman.. Hadoilah.. Menariklah filem ini cuma kena tengok sambung-sambung sebab panjang sangat.. hahaha

Zack Snyder's Justice League
2021 ‧ Action/Adventure ‧ 4h 2m
Fueled by his restored faith in humanity and inspired by Superman's selfless act, Bruce Wayne enlists newfound ally Diana Prince to face an even greater threat. Together, Batman and Wonder Woman work quickly to recruit a team to stand against this newly awakened enemy. Despite the formation of an unprecedented league of heroes -- Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg and the Flash -- it may be too late to save the planet from an assault of catastrophic proportions.

ebook | Permainan Maut oleh Zura Anwar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adi dijemput untuk menyertai Permainan Penyamar dengan tawaran wang kemenang bernilai 1juta ringgit.. Tanpa berfikir panjang Adi menerimanya.. Selain Adi ada 9 orang lagi pemain.. Mereka perlu mencari penyamar yang bersembunyi diantara mereka untuk memenangi permainan ini.. Mereka dibawa ke tempat yang mereka sendiri tidak tahu dimana tempat itu berada dan diletakkan didalam istana.. Bermulanya permainan, satu demi satu dari mereka mati.. Saling tidak mempercayai hinggalah Adi ternampak sesuatu yang mencurigakan.. Apakah agaknya nasib Adi..

Sebuah novel yang mendebarkan dan penulis berjaya menyampaikan cerita dengan menarik.. Siapa penyamar juga berjaya disembunyikan.. Memang tak dijangkalah penyamar tu..

Sha baca dan selesai pada 27.04.2021..

Sha beli ebook ini dengan penulis dan baca menggunakan google play books..
Published December 2020 by Zura Anwar

Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah sertai Giveaway yang mudah ini..


Wordless Wednesday 2021

Tuesday, April 27, 2021

Video | Aduh Neng by Nukilan

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom layan.. Sha terjumpa lagu ini disebabkan ada satu video tu.. Bila dengar muzik dia, eh macam best.. Tambah-tambah part 
Aduh Neng hadirmu tidak pernah kuseru
Aduh Neng cukuplah merasuk ikut nafsu
Aduh Neng kepindingmu sudah masuk baju
Aduh Neng Aduh Neng



FIlem US | Mortal Kombat (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja tengok filem ini walaupun ramai yang kata merepek.. Memang merepek pun.. Hahaha.. Kalau tak suka babak darah-darah, ganas-ganas, jangan lah tengok.. Sebab ganas habis.. hahaha..

Kisahnya bermula bila Hanzo, isteri dan anaknya dibunuh kecuali seorang anak yang berjaya disembunyikan.. Anak tu dibesarkan dan berlegasi.. Kembali ke masa depan, Cole Young seorang peninju diburu oleh Sub-Zero namun berjaya diselamatkan oleh Jax.. Semasa Cole Young bertemu dengan rakan Jax iaitu Sonya Blade mereka diserang rakan Sub-Zero namun selamat.. Rupanya Cole Young merupakan pahlawan bumi yang sepatutnya bertarung di universe tapi cuba dihalang penjahat yang ingin menjajah bumi.. Gitu.. Filem Mortal Kombat ini dibuat berdasarkan game kalau tak silap Sha.. Sha tengok memang suka-suka jelah.. Bolehlah untuk hujung minggu punya cerita tapi tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak..

Mortal Kombat
2021 ‧ Action/Fantasy ‧ 1h 50m
Hunted by the fearsome warrior Sub-Zero, MMA fighter Cole Young finds sanctuary at the temple of Lord Raiden. Training with experienced fighters Liu Kang, Kung Lao and the rogue mercenary Kano, Cole prepares to stand with Earth's greatest champions to take on the enemies from Outworld in a high-stakes battle for the universe.

Monday, April 26, 2021

Wall's Special Edition: Sandwich Vanilla & Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa aiskrim ini dekat Sakan Kg. Gajah masa cari air batu.. Dengan kerekter kartun yang comel pada pembungkusan tu dan dua rasa dalam satu peket, teruslah Sha beli satu.. Harganya RM1.80.. Sha tak pastilah kat tempat lain ada jual ke tak sebab waktu siang tak ada lah menjenguk peti aiskrim.. Hahaha.. Ini berjalan waktu malam.. Gabungan vanila dan coklat memang powerlah dan kesukaan Sha.. Biskut yang mengapit aiskrim tu tak lembut dan tak keras sangat.. Sedang elok je.. Puas hati.. Kalau jumpa lagi memang beli lagi..


Comelkan..

Aiskrim vanilla dan coklat.. Rasa aiskrim coklat dia sedap lain macam.. Hahaha..

Filem Pendek Korea | Love Buzz (2019)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini pendek je.. Tak sampai 30 minit pun.. Kisah seorang lelaki dari masa depan yang datang bertemu dengan 'maknya' di masa silam.. Hahahaha.. Tapi sebenarnya bukan mak dia pun.. Perempuan tu sebenarnya isteri dia.. Dia nak halang perempuan tu dari berkenalan dengan dia dan berkahwin supaya perempuan tu tak kesedihan.. Sweet dan ringkas je ceritanya.. Perkenalan yang cuba dielakkan tetap berlaku..

Movie: Love Buzz
Also Known As: Leobeubeojeu, Lovebirds
Genres: Romance, Youth, Drama, Sci-Fi, Fantasy
Country: South Korea
Release Date: Apr 27, 2019
Duration: 29 min.
A boy travels back in time to meet his "mom" in order to ensure that she meets his dad and falls in love.

Video | Asmaul Husna by Maher Zain & Hijjaz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom mulakan pagi ini dengan bacaan Asmaul Husna.. Selain Maher Zain ini, ada satu lagi bacaan Asmaul Husna yang Sha suka dengar iaitu dari Hijjaz.. Ada Sha kongsikan videonya dibawah.. Jom sebut bersama.. Kalian suka yang mana satu..

Asmaul Husna by Maher Zain

Asmaul Husna by Hijjaz

Sunday, April 25, 2021

Makanan | KFC Cereal Cheezy Fries

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru-baru ini Sha beli KFC untuk Amani, ternampak menu baru ini.. Sajalah cuba satu sebab nampak menarik.. Sha ambil saiz besar, boleh kongsi bersama.. Walaupun persembahan dia tak sama macam dalam gambar namun rasa dia memang ohsem.. Seriusly sedap dan best untuk dibeli lagi.. Ini rasa pada tekak Sha tau.. Korang mungkinlah tak suka.. Sha dna keluarga memang suka.. Berbaloilah dibeli.. Kentang goreng banyak, sos keju banyak, serbuk cereal tu pun banyak.. Puas hati..

RM5.99
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com