Tuesday, May 4, 2021

Video | Baju Raya by Floor 88

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara kumpulan yang lagu rayanya ditunggu-tunggu.. Hehehe.. Ada je jalan cerita menarik dalam lagu raya mereka.. Macam kali ini bercerita pasal baju raya yang jatuh dalam longkang.. hahaha.. Kalau tengok perjalanan muzik video dan juga lagunya memang comel dan emnarik.. hahaha..

Filem US | Nobody (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Ganas gila Mr. Nobody ini bila dah mengamuk.. Filem ini bermula dengan sebuah rumah yang dimasuki pencuri namun tuan rumah tak buat apa pun walau dekat tangan dia ada kayu golf.. Siap suruh anak dia lepaskan pencuri tu.. Semuanya sebab dia tahu pistol yang pencuri tu guna tak ada peluru.. Paling sedih bila orang keliling memperlekehkan dia.. Walhal, okay je cuma kehilangan duit bukannya nyawa pun.. Anak dia pun tak hormat dia, dahlah memang tak berapa ngam dengan dia.. Tapi bila anak perempuan dia hilang rantai tangan terus dia pergi cari pencuri tu.. Cumanya bukan pencuri tu yang ambil rantai tangan anak dia, dan masa dekat rumah pencuri tu dia dengar tangisan bayi jadi dia blah dari rumah tu.. Bengang, marah membuatkan dia mengamuk dekat sekumpulan manusia yang cuba buat pasal dalam bas yang dinaiki beliau.. Memang mengundanglah kan.. Salah seorang tu adik mafia, bila dah jadi macam ini memang berlanjutanlah beliau diserang.. Babak pergaduhan yang dihidangkan memang ganas dan brutallah..

Kalau tak minat keganasan, Sha tak cadangkan untuk tengok filem ini..

Nobody
2021 ‧ Action/Thriller ‧ 1h 32m
Hutch Mansell fails to defend himself or his family when two thieves break into his suburban home one night. The aftermath of the incident soon strikes a match to his long-simmering rage. In a barrage of fists, gunfire and squealing tires, Hutch must now save his wife and son from a dangerous adversary -- and ensure that he will never be underestimated again.

Hadiah Giveaway Sampul Raya Hipster

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selamat terima Sampul Raya Hipster ini dari Azhafizah pada hari Selasa (04.05.2021).. Cantik, klasik dan memukau mata yang melihat.. hehehe.. Tambah bila guna kertas warna coklat memang lagi memikatlah kan.. Kalau berminat untuk memiliki sampul hipster seperti yang Sha terima ini dengan bermacam-macam design yang lebih menarik bolehlah ke blog beliau..



Shopee | Promosi White Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dan kopi memang sahabat baik.. hahaha.. Pantang nampak kopi yang lain dari selalu Sha minum, mulalah nak beli.. Tambah kalau ada tawaran harga menarik.. Hahaha.. Sabaq jelah..

Himalaya Salt Caramel White Coffee - RM12
White Coffee Hazelnut - RM12
Tapi ada promo dua pek ini RM14.90 sahaja.. Jimat RM9.10..

Kopi ini kena guna cawan besar sikit dari cawan biasa yang Sha guna (dalam gambar) sebab manis tapi sedap.. Sebab dia ada karamel dan garam.. Gabungan yang menarik dan unik untuk lidah Sha.. Garam dan karamel tu serasi bersama.. hehehe..

White coffee hazelnut ni sedap buat semua peminat kacang dan kopi macam Sha.. hehehe.. Memang bestlah rasa dia..Smooth je gandingan kacang hazel dan kopi.. Best minum sambil layan buku atau filem.. Serius sedap..

Monday, May 3, 2021

Gotong Royong Bubur Lambuk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha joint rewang memasak bubur lambuk dan bubur kacang hijau di pejabat.. Bila buat ramai-ramai, kejap je siapnya.. Yang lama nak tunggu siap masak.. hehehe.. Sha joint team menyediakan bahan dan memasak.. Kami gotong royong sebelah pagi.. Siap masak jam 10.30 pagi.. Buat ramai-ramai memang cepatlah siapnya.. Jam 2.30 petang team pembungkusan pula.. hehehe.. 

Bubur lambung dengan sup meatball..
Bubur kacang hijau..

Alhamdulillah rezeki hari ini.. Bubur lambuk dan meatball..

Video | Raya Raya Raya by DOLLA

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Catchy pula lagu raya ini.. Jom layan..

Raya raya raya rayaa
Selamat hari raya
Kami ucapkan kepada
Satu dunia

Raya raya raya rayaa
Selamat hari raya
Bersalam salaman
Bermaaf maafan
Sesama insan

Sunday, May 2, 2021

ebook | Puaka Rumah Sewa oleh Aida Anggerik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siri kali ini menggunakan seorang sahaja penulis.. Mengisahkan sebuah rumah sewa yang sering bertukar penghuninya sehinggalah 4 orang pelajar duduk disitu.. Azim, Nizam, Rio dan Aaron berjaya duduk disitu selama dua minggu sebelum mula diganggu.. Paling ekstreme bila Azim boleh nampak apa yang mengganggu mereka dan Rio dsembunyikan makhluk tersebut.. Usaha mendapatkan semula Rio dan membersihkan rumah tersebut dari jin akhirnya berjaya menemukan mereka dengan satu misteri yang tak disangka..  Garapan yang menarik dari penulis..

Sha baca dan selesai pada 01.05.2021..

Sha beli dan baca di aplikasi Google Play Books..
Published March 2019 by Penerbit X

Shopee | Shopping Kopi, Teh & Kekacang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mudah betul bila boleh beli barang online.. Tak cukup je barang dirumah, terus cari dekat Shopee.. hehehe.. Lepas tu mulalah terselit satu dua barang yang tak patut.. Nak beli teh je sebenarnya tapi terbeli kopi sebab promosi dan plastik sampah.. hahaha.. Gitulah perempuankan..

Meriahkan.. hehehe.. Beli teh, kopi dengan plastik sampah.. hehehe.. Shaker tu memnag datang sekali dengan teh roselle+hibiscus infusion..

Percuma 2 bekas kecik dan satu sachet white coffee..

Niatnya nak beli kacang Pistachio je tapi ternampak Gajus tu macam menarik.. Belilah pek kecil.. hehehe.. Pistachio tu Sha beli 1kg (RM53.10) tapi dia bungkus 500g x 2 untuk memudahkan packing pos agaknya.. hehehe.. Gajus tu pula 250g (RM29.50 kombo dengan Pistachi 250g)  je.. 

ebook | Misi Solat Lima Waktu: Diari Solat Imran oleh Nazry Salam (Penulis), Nazrul Ali (Pelukis)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita mulakan bacaan dengan buku yang sempoi tapi sangat bagus dijadikan bahan bacaan untuk keluarga.. Buku conteng yang menyampaikan misi Imran dalam melatih diri untuk solat 5 waktu dengan bacaan yang betul.. Dari tak tahu, belajar mengenal dan akhirnya mengamalkan.. Memang buku yang sangat bagus dibaca.. Selain tulisan, penulis juga meletakkan kartun bagi menarik minat pembaca.. Memang best..

Sha baca dan selesai pada 01.05.2021..

Sha beli dan baca di aplikasi Google Play Books..
Published November 20th 2017 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Saturday, May 1, 2021

Random Photo #11 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah kita tengok apa yang menarik dari Galeri telefon Sha.. hehehe..

Rezeki pertama di bulan Ramadan.. Lontong kering katanya.. Jiran sebelah rumah bagi.. Anak-anak Sha pula suka je bila nampak nasi impit, kuah kacang dan rendang.. Selesai untuk menu berbuka Imani hari Isnin dan Selasa.. Sedap sangatlah tu..

Alhamdulillah.. Rezeki bulan Ramadan.. Kami terima bukan sahaja kurma tetapi beberapa keperluan dapur sebagai hadiah Ramadan.. Ada yang menyampaikannya pada sekolah agama Amani dan Imani.. Bila tertulis di situ hadiah Ramadan, memang gembiralah.. Pertama kali rasa kurma ini.. Memang sedap.. Encik suami terus cari di Shopee dan bubuh siap-siap dalam cart.. Hehehe..

Baru beli tapi tak sempat lagi nak minum.. Asal nak minum je dah kenyang masa berbuka.. hehehe.. Ada yang dah rasa ke?

Tambah koleksi mask Imani.. Hehehe.. Imani je yang pakai facemask kanak-kanak ini.. Warna merah tu cantik betul..

Yeah!! Berjaya beli kurma ini dekat Shopee..

Beli facemask dewasa.. Kena beli lebih sikit sebab Amani pun dah pakai facemask dewasa..

Jumpa gula-gula ini dekat DIY, macam menarik.. Sha belilah sebungkus, memang menarik rasa dia.. Berpudina dan bergaram.. hehehe..

Sambal ini sedap wei.. Sha beli dekat Shopee.. Memang best makan waktu sahur..

Kejadian berlaku hari Khamis.. Angin kuat dan hujan lebat gila.. Tumbanglah sebatang pokok merentangi jalan..

Yeah!! Akhirnya berjaya shopping di Bakers Cottage.. hehehe.. Lama dah geram nak makan tart telur dengan Burn cheese cake tu.. hehehe..

Video | Ramadhan Datang by Tompi

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Ingatkah anda dengan lagu ini?

Goodreads | Bacaan April 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

April sudah berlalu.. Sha berjaya baca 20 buah buku dalam bentuk ebook dan juga fizikal.. Kembali mencari buku fizikal demi melunaskan buku-buku yang tersimpan di rak To Be Read.. hehehe.. Setakat April 2021 ini Sha dah berjaya baca 90 buah buku pelbagai genre dan juga bentuk.. Baca demi melepaskan lelah dan mengembara ke tempat yang semakin sukar nak dijejak.. Melalui pembacaan juga Sha melepaskan emosi dan juga imaginasi.. hehehe..



17. Jari oleh Wan SC - ebook
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com