Assalamualaikum..
hye semua..
Produk yang ini memang kesukaan Sha untuk sentiasa ada, sama ada di rumah, dalam tas tangan mahupun di dalam kereta.. Pelbagai jenis yang Sha guna bermula dari ada baby sehinggalah anak Sha dah besar.. Tisu lembap ini memang satu keperluan yang wajib dan kena sentiasa ada walaupun anak-anak dah besar..
Kini jenama AIKEN mengeluarkan tisu lembap antibakteria dengan dua kegunaan iaitu perlindungan ekstra dan pelembapan ekstra.. Memang menjadi kesukaan Sha lah.. Tambahan pula warna bungkusan tisu tu menawan.. Hijau dan Oren.. Saiznya pun mudah untuk diselit dalam beg tangan.. Tisu lembap ini boleh dipelbagai gunakan.. Tu yang Sha suka.. Bila ada extra perlindungan lagilah bagus, ye tak..
BERSIH DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN
Tidak
dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan
bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria
dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai
penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman
adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.
AIKEN,
jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3
dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu
Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9%
bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta
meninggalkan kelembapan pada kulit.
Tisu antibakteria
ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.
Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih
barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran,
buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya
berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.
Tisu
Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia
dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas
tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara,
berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan
seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan
yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk
membersihkan tangan anda.
Tisu Lembap Antibakteria
Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua
keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati
dalam dua variasi menarik untuk dipilih:
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PERLINDUNGAN EKSTRA
Dirumus
khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih
semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta
membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan
pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan
menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat
digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA
Diperkaya
dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap
Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil
mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang
lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih
tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar
dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100%
bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan
oleh seluruh ahli keluarga.
Tisu Lembap Antibakteria
Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/
RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang
mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua
pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara..