Monday, November 27, 2017

Mula Menyediakan Kelengkapan Sekolah Amani & Imani

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Sha awal-awal lagi dah beli baju sekolah Amani.. Sebab memang encik suami dah sediakan tabungan untuk kelengkapan dan yuran sekolah amani dan juga imani.. Perancangan perbelanjaan ini memang kami sediakan awal-awal supaya tidak terbeban.. Encik suami menabung dari awal.. Kami beli kelengkapan Amani dua minggu sebelum sesi persekolahan berakhir.. Hanya tambah 6 pasang - RM19.80, 2 pasang kasut sekolah jenis sarung (1 - RM9.90 beli dekat Sakan, 1 lagi beli dekat pasaraya BB Kim Wah percuma kapur kasut) Baju Putih beli 4 helai, kain biru 1 helai, singlet dua helai (Sha beli dekat Tesco, murah dan kain pun okay - rm5 lebih je) dan 1 beg sekolah - RM26.90 di Sakan..

Ini perbelanjaan tambahan sebab ada lagi kain dan baju sekolah yang masih elok.. Stoking, kasut sekolah lama memang hancur.. Terus buang je.. Huhuhu.. Beg pula beli baru sebab beg yang beli sebelum ini macam besar sangat pula Sha tengok dia bawa.. Boleh juga baca perkongsian Sha di Entry Sharing is Caring : Keperluan Darjah 1..

Untuk Imani Sha beli selepas proses pendaftaran pra sekolah sebab tak tahu apa yang perlu dibeli.. Bila dah daftar barulah tahu.. Kami cuma perlu beli sendiri Kasut sekolah, stokin dan tudung untuk Imani.. Sha belikan stokin 6 pasang - RM19.80 dan kasut sekolah Sha beli RM9.90 sahaja di Sakan.. Sebab kebanyakkan masa Imani akan berada dalam kelas.. Kemungkinan untuk tahan sampai hujung tahun tinggi..

Ini antara kelengkapan sekolah Sha dah sediakan.. Alat tulis Sha tak beli lagi sebab nak survey dekat Mydin.. Sha ingat nak beli borong, lebih murah dan menjimatkan.. Tambahan pula Amani belum pandai jaga lagi peralatan tulis.. Amani ini murah hati.. Suka bagi kawan-kawan pinjam.. Kalau harga dekat Mydin tak okay baru Sha beli dekat kedai Eco (rm2.12)..

Pekakas Amani.. Tinggal nak beli alat tulis, bayar yuran sekolah agama dan buku-buku sekolah pagi..

Ini Imani punya..

Tips tambahan dari Sha, kena mula menyimpan duit dari awal tahun 2017 untuk membeli barang keperluan yang akan dipakai anak pada tahun 2018.. Barulah tak rasa terbeban dari segi kewangan.. Tambahan kalau anak ramai.. Perbelanjaan memang besar.. Semoga membantu..

18 comments:

  1. senang beli awal..tkpyah sesak2..ni pn utk ankdara mayb beli tudung & kasut je...bj sekolah dh beli

    ReplyDelete
  2. dah kena ready awal² .jadi taklah kelam kabut...Duit pun tak keluar macam air sekali pegi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aida.. terutama sekali part duit keluar macam air tu.. hehehe

      Delete
  3. Alhamdulillah..berdikit-dikit...

    ReplyDelete
  4. Wah dah buat persiapan awal ya Sha

    Syabas

    Mama suka cara awal awal ni

    ReplyDelete
  5. Bagusnya siapkan awal2, anak miza pun baru nak masuk sekolah taun depan gud idea

    ReplyDelete
  6. sekejap je dah cuti. and then pejam celik pejam celik tau tau dah bukak skolah.

    ReplyDelete
  7. hahahaha sama lah macam adik saya, suka sangat bagi kat orang. Geram je rasa bila balik sekolah je mesti kosong pencil case dia

    ReplyDelete
  8. Awalnya beli.. tapi takpe, kalau lmbt2 nanti sesak dengan orang ramai kan?

    ReplyDelete
  9. wahhh lg bertambah smangat amani dan imani.. serba putih. kemas

    ReplyDelete
  10. Senang sikit bila dah beli awal-awal kan,..

    ReplyDelete
  11. Bila anak dah mula sekolah, lagik banyak nak pakai duitkan.. kene beringat awal ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com