Thursday, May 27, 2021

ebook | Sempurna oleh Aiman Hazziq

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yup.. Inilah novel yang mengganggu emosi Sha seawal pembacaan lagi.. Sha terjebak dengan novel ini pun lepas baca review blogger ikashoid di entry BOOK REVIEW - SEMPURNA BY AIMAN HAZZIQ.. 

Kisah mengenai persahabatan 5 sekawan.. Kurt yang dah pergi, meninggalkan klu tentang sesuatu kepada empat rakannya iaitu Aria, Liz, Sid dan Emir.. Maka bermulalah reunion mereka dengan mencari apa yang ditinggalkan oleh Kurt.. Mereka menjejak perjalanan yang disediakan untuk mereka dan mencari apa yang ditinggalkan oleh Kurt.. Pelbagai perkara yang mereka tempuh dan terbongkar kisah silam serta emosi antara mereka.. Perjalanan yang ditempohi mereka memberikan pelbagai emosi kepada Sha malah membawa Sha jauh ke masa silam Sha juga.. Sha pun tak pasti kenapa tapi setiap apa yang dituliskan penulis walaupun sekecil-kecil perkara berjaya mengingatkan Sha pada benda-benda silam.. Apa yang mereka lalui dalam Sempurna, setiap mainan emosi memang membuatkan Sha teringat semua memori dan kenangan lama dalam hidup Sha.. Ada beberapa perkara yang Sha boleh relate..

Terpaksa ambil masa baca buku ini sebab setiap beberapa bab, Sha akan menangis.. Kalau ikutkan boleh je habis sekali hadap tapi mainan emosi tu buat Sha berhenti dan sambung.. Penat sebenarnya bila layan buku yang boleh beri kesan pada emosi kita.. Cuma ending dia agak kurang menarik pada Sha..

Sha baca pada 26.05.2021 dan selesai pada 27.05.2021..

Sha beli dan baca di Aplikasi Google Play Books..
Published April 1st 2021

5 comments:

  1. Betul kak sha, kalau buku tu bagi kesan yang hebat pada emosi kita, memang makan masa jugak nak habiskan hahaha sebab manjang nangis. Sampai sakit kepala hahaha

    ReplyDelete
  2. Pertama kali nampak nama penulis tu. Jalan cerita novel ni macam menarik.

    ReplyDelete
  3. hebat penulis main dengan emosi sampai pembaca meleleh air mata :)

    ReplyDelete
  4. Wah novel yg menyentuh hati ye

    ReplyDelete
  5. Jalan cerita sedih, ending dia kira tak happy ending macam tu ye kaksha. Bila cerita tu dekat dengan kita mesti emosi terkesan sama.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com