Assalamualaikum..
Hye semua..
Jomlah jalan-jalan nengok gambar dari galeri phone Sha.. Ada yang menarik perhatian korang tak??
Mabuk bila jumpa tin cantik.. hahaha.. Sha jumpa dekat kedai ECO ini.. Satu tin RM2.10, terus beli rasa yang tak cuba lagi.. Bila dia susun dekat rak, tin rangkaian ini yang paling menyerlah.. Tu yang amik.. hahaha.. Nafsu sungguh.. Ada tak yang korang dah rasa??
Anak-anak Sha pertama kali bermain bunga api.. Ini malam 1 Syawal.. Adik encik suami yang bagi bunga api ini.. Jadilah.. Merasa bermain.. Sha nak beli asyik lupa je.. hahaha..
Beli dekat kedai ECO.. Sebelum ini Sha beli di Shopee, harganya RM4 lebih.. Yang ini 1 baru RM2.10.. Kualiti tak samalah tapi masih lagi berbaloi pada Sha.. Guna dengan cermat, lama je tahannya..
Disebabkan asyik melintas je dekat timeline pasal laksa, makanya cari jugala sebekas.. Walaupun agak pelik tengok orang yang jual tu bubuh kobis dalam laksa ini, mengidam punya pasal beli jugalah sebekas.. Okaylah rasa dia..
Nasi daging ini pengasuh anak Sha yang masak.. Bila nak bagi makanan selalunya dia akan call dan Sha pergi ambil.. Yelah sekarang tempat Sha kan PKPD, memang drive thru je ambil makanan.. hehehe.. Sedap nasi daging ini.. Pengasuh tu bagi sekali dengan air asam dan sup daging..
comelnya packaging nescafe tu..tiga tiga tak pernah rasa lagi :D
ReplyDeletedah lama tak mnum nescafe... cantik botolnya
ReplyDeleteaduh lamanya tak minum nescafe tin sejak diognose ada diabetis ni... rindu rasanya
ReplyDeleteYang gantung tudung tu kita pun ada hehehe. Jimat beli di eco. Gantung tudung aje :D
ReplyDeletedulu lyn gak kebun shopee..
ReplyDeletetanam pokok dpt coins.. haha
Kat sini malam raya berdentam dentum bunyi mercun
ReplyDeleteManalah depa dapat mercun tu.
Ada yang bunyi macam bom
Sedapnya nasi daging dan laksa.
ReplyDeleteDua-dua F&N Sparkling tu best. 👍
ReplyDeleteBetul betul peminat nescafe ni. memang cantik tin tu, suka tengok.
ReplyDeleteSedapnya laksa, lama tak makan pulak.
laksa pun boleh bergaduh org malaysia ni hahaha
ReplyDeletetin nescafe yg cantik ni memang akak buat koleksi ke lepas habis minum?
ReplyDeleteCantik la fin Nescafé Tu. Sha buat collection ke
ReplyDeleteNak cuba juga lah..shida suka juga minum yg sparkling..
ReplyDelete