Sunday, October 4, 2020

Random Photo #21 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum di buang gambar-gambar yang ada di galeri, maka eloklah kita save dekat sini dulu.. sambil-sambil tu boleh jadi satu entry di blog.. hehehe..

Setiap kali cantas pokok Mulberry ini, akan naik pucuk baru dan masa inilah buah dia akan keluar dengan lebat.. Memang lepas habis buah dia kita kutip, kena cantas supaya tumbuh tunas baru dan keluar buah lagi banyak..

Oreo Cheese Cake ini harga dia RM5..
Tambahan buku dari siri Anita Blake oleh Laurell K. Hamilton.. hehehe.. 

Etok salai.. Sha baru pertama kali makan tapi tak puas hatilah sebab tak berapa masak.. susah nak makannya bila kulit dia licin tak macam kerang.. Huhuhu.. Tapi sedap rasa dia..

Laksa goreng.. hehehe.. Sedap rupanya.. Rasa dia tak sama macam makan mee goreng.. Liat dan lebih kenyal.. hehehe..

Sema @ gula tarik ini merupakan manisan Kelantan.. Dah lama teringin nak makan, kali ini beli juga.. Rasa dia manis.. hehehe.. 

Saturday, October 3, 2020

Filem Korea | Commitment (2013)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok filem ini sebab ada Park Sung Woong.. hehehe.. Tapi sekejap je watak dia ini.. Di awal cerita dah mati dibunuh, dia bawa watak bapa kepada hero cerita ini.. Hehehe.. Hero dalam cerita ini terpaksa jadi ejen kalau nak lepas dari tentera.. Ini kerana bapa dia dikatakan ejen yang berpaling tadah.. Bayangkan masih remaja dah diajar untuk jadi askar yang menyusup ke Korea Selatan dan menyamar sebagai pelajar sekolah.. Bila diberikan tugasan kena membunuh.. Dalam masa yang sama nyawa hero sendiri dalam bahaya.. Memang senang betul diorang ambil kesempatan.. hurm..

Movie: Commitment
Also Known As: Dongchangsaeng, Classmate, Alumni
Screenwriter: Kim Soo Young
Genres: Action, Thriller, School, Drama, Tragedy
Country: South Korea
Release Date: Nov 6, 2013
Duration: 1 hr. 52 min.
A young man's father, who is a North Korean spy, is falsely accused. The young man then becomes a spy to save his younger sister. He also enters high school and begins to harbor feelings for a troubled female student and also kills spies sent to South Korea..

ebook | The Killing Dance (Anita Blake, Vampire Hunter #6) by Laurell K. Hamilton

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ke enam ini lebih padat dengan aksi dan juga magic.. Anita menjadi buruan pembunuh upahan dan Edward turut menerima tawaran tersebut.. Namun disebabkan Anita merupakan kawan baik beliau maka Edward menolak dan memilih untuk melindungi Anita.. Tak mudah dengan masalah percintaan diantara Anita dengan vampire dna juga werewolves.. Selain pembunuh upahan, Anita turut menemui kuasa baru hasil gabungan antara warewolves dan juga vampire.. Dengan kuasa ini bukan sahaja Anita yang dapat manfaat malah kekasih hatinya si werewolves turut berjaya menjadi ketua pack dengan membunuh ketua sebelum ini.. Malangnya bila pembunuh sebenar muncul rupanya musuh tu berada sangat dekat dengan mereka.. Complicated.. 

Sha baca dan selesai pada 01.10.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Book..
Published by Berkley (first published June 1st 1997)

Drama Jepun | Miman Keisatsu: Midnight Runner (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama jepun ini memang comel.. Di buat berdasarkan filem Korea bertajuk Midnight Runner (2017).. Sha dah tengok versi filem tu, memang best tambah pula ada pelakon kesuakaan Sha.. Versi Jepun ini dibuat secara bersiri, ada 10 episod.. Memang menarik bila dua pelatih polis bergabung tenaga menyelesaikan kes yang dijumpai mereka tanpa sengaja.. Walaupun dinasihatkan untuk tidak melanggar peraturan, namun semangat ingin berbakti membuatkan mereka tetap melakukan penyiasatan..Perkembangan dua watak utama ini juga menarik ditonton..

Drama: Miman Keisatsu: Midnight Runner
Also Known As: Midnight Runner, Detective Novice
Director: Naganuma Makoto, Otani Taro, Nagumo Seiichi
Screenwriter: Watanabe Yusuke
Genres: Action, Suspense, Friendship, Comedy, Youth
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Jun 27, 2020 - Sep 5, 2020
Aired On: Saturday
Original Network: NTV
Duration: 45 min.
Meet Honma Kai and Ichinose Jiro, police academy cadets. The intellectual Honma favours a theoretical approach to policing.  He is a serious A-student, with an analytical mind and excellent memory, which allowed him to develop his profiling skills while at the academy. Appearing aloof, he won't give up on those in need. 
Conversely, fellow cadet Ichinose 's style makes use of his brawn and emotional savvy to get the job done.     
 A fearless fighter with boundless strength, even those with martial arts experience have been know to give him a wide berth! At times, his somewhat goofy demeanor tends to confuse those around him. But he is honest, kind-hearted and always the first to help anyone in trouble. 
These oddball rookies compensate for their lack of practical experience by applying lessons learnt from the academy combined with a healthy dose of youthful exuberance. They make good friends and partners who balance out each other's shortcomings beautifully. (Source: jdramas.wordpress.com)

Friday, October 2, 2020

Performance Blog KasihkuAmani September 2020

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan September ini ada sedikit kegalauan.. Namun ada juga kegembiraan.. Blog Sha pula agak suram je rasanya.. Review buku masih ada, review drama pun ada juga.. Review makanan baru tetap ada tapi entah kenapa mood menulis entry macam hilang entah kemana.. Harapnya Oktober akan memberikan sinar bahagia.. Gitu.. Sha masih mencari semangat atas kehilangan.. Sha pegang, seramai mana pun yang ada disekeliling kita, akhirnya tetaplah juga kita bersendirian.. Esok nak kena gi Kursus terpaksa, doakan semoga semuanya baik-baik sahaja ye.. Selamat menempuh Oktober 2020 dengan rasa bahagia.. Doa Sha buat semua pembaca semoga sentiasa dalam rahmat yang Esa.. Aamiin..

Alhamdulillah.. Pengikut ada penambahan.. Komen pun bertambah..

Yeah.. Pageview all time tu menaik dengan jayanya..

Yeah!! Akhirnya.. menaik juga pageview blog Sha untuk bulan nie.. Tapi itulah entry pula tak banyak bulan ini.. Hahaha..

Sejak PKPP ini entry mengenai tempat percutian menduduki tangga teratas.. Drama Korea tu pun maintain dalam carta nampaknya.. hehehe.. Ada satu review novel terselit disitu..

Pencarian kata kunci pula lebih pada drama nampaknya.. 5 dari 7 tu mencari drama..

Bulan ini nampaknya tak berapa banyak entry.. Mood agak kurang menarik malam ni.. huhuhu.. Kita cuba cari semangat di bulan Oktober ye.. 

Telefilem | Gangguan Psiko Stalker (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Telefilem ini adaptasi dari novel bertajuk Ganggu karya Ayumi Syafiqah.. Sha tak baca novel dia lagi, jadi tak adalah mengharap sangat bila tengok telefilem ini.. Tapi lepas tengok telefilem ini terus rasa macam nak baca novel dia.. hehehe..

Kisah Mikayla yang diganggu lelaki psiko.. Lelaki tu membunuh semua orang yang berdekatan dengan Mikayla dengan alasan ingin melindungi Mikayla.. Memang peliklah sebab lelaki tu muncul tiba-tiba tapi rupanya dah lama stalk hidup Mikayla.. Bila semua ahli keluarga Mikayla dan kawan-kawan dia dibunuh, Mikayla pula terpenjara di wad psikiatri.. Ingatkan semua dah selesailah namun masih berlaku gangguan yang menyebabkan Mikayla mula menyiasat siapa sebenarnya lelaki tersebut..


JUDUL : GANGGUAN PSIKO STALKER
WAKTU SIARAN : Sabtu, 26 September 2020, 9 malam
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Rahim Zali
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PELAKON : Shalma Eliana, Ismail Izzani, Zarul Umbrella, Ziana Zain, Wafariena Roslan, Kufrida, Akmal Ahmad

SINOPSIS GANGGUAN PSIKO STALKER
Mikayla menghadapi tekanan yang sangat hebat setelah satu demi satu ahli keluarga dan sahabatnya mati di depan matanya. Z sentiasa ada untuk menghapuskan mereka yang bersifat jahat kepada Mikayla.
Dua tahun lalu, Mikayla hilang seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya. Mereka semua mati di tangan seorang pembunuh bersiri bernama Z. Setiap gangguan telefon daripada Z pasti akan berakhir dengan kematian.
Dua tahun kemudian, Mikayla akhirnya meninggalkan pusat rawatan psikiatri dengan satu misi, untuk menyiasat siapa sebenarnya Z. Z masih dan terus mengganggunya dengan pelbagai gangguan sehinggakan rahsia yang selama ini disimpan kukuh oleh kedua-dua orang tuanya mula tersingkap.

HelloDoktor | Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Info ini Sha kongsikan untuk bacaan bersama sebab Sha pun selalu juga mengalami kejang perut semasa melakukan senaman.. Kadang berjalan pun boleh buat perut rasa kejang.. Bila baca info ini baru tahu kenapa jadi begitu.. hehehe.. Selain info ini, banyak lagi info kesihatan di HelloDoktor.. 

Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini


Pernahkah anda rasa sakit pada bahagian sisi perut ketika berlari? Rasa sakit ini turut dikenali sebagai side stiches iaitu satu rasa sakit yang tajam dan menikam pada sisi perut. 

Rasa sakit ataupun cramp ini lazim berlaku kepada orang yang gemar bersenam. Selalunya, keadaan ini akan berlaku lebih kerap pada sebelah kanan perut berbanding sebelah kiri.

Menurut kajian, hampir 70% individu yang aktif berlari akan mengalami sakit pada bahagian sisi perut sekurang-kurangnya sekali semasa melakukan aktiviti fizikal.


Individu yang baru mula berlari juga didapati lebih mudah terkena cramp atau sakit pada bahagian sisi perut. Oleh itu, jika anda baru mula berlari, pastikan anda jaga pemakanan anda sebelum memulakan larian.

Side stiches atau cramp mungkin akan membuatkan anda rasa tidak selesa semasa berlari. Tambah lagi, ada juga yang terpaksa berlari ke tandas ketika sedang bersenam akibat masalah ini!

Jadi, bagaimana hendak selesaikan? Jom ikuti tips senaman kami untuk kurangkan rasa sakit yang anda alami ketika berlari.

5 tips senaman untuk kurangkan sakit perut ketika berlari

1. Pastikan anda melakukan regangan!

Sebelum bersenam, pastikan anda melakukan warm up ataupun regangan terlebih dahulu!

Senaman ringan ini dapat melancarkan peredaran darah, menaikkan suhu badan dan meningkatkan kadar degupan jantung.

Aktiviti regangan juga dapat membantu otot lebih bersedia untuk melakukan pergerakan yang lebih banyak ketika bersenam nanti.

Jika badan tiba-tiba bergerak dengan aktif tanpa sebarang regangan, besar risiko untuk anda mengalami kecederaan semasa bersenam.

Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 20-30 minit sebelum bersenam. Dengan melakukan senaman, badan akan jadi lebih bersedia untuk melakukan aktiviti fizikal.

Selain itu, anda boleh mulakan senaman dengan perlahan. Pada 10 minit yang pertama, mulakan larian anda dengan perlahan sebelum memecut.

2. Pastikan anda minum air dengan cukup


Ramai yang mengelak minum air sebelum bersenam kerana tidak mahu perut dipenuhi air ketika berlari. Keadaan ini boleh menyebabkan pelari rasa tidak selesa dan rasa ingin muntah.

Walau bagaimanapun, tidak minum air langsung ketika berlari boleh membuatkan rasa sakit pada sisi perut yang anda alami jadi makin kerap.

Apabila anda bersenam dalam keadaan haus atau tidak minum air yang mencukupi, perut anda mungkin akan meragam ketika bersenam.

Individu yang tidak minum air dengan cukup juga boleh rasa kejang dan mungkin akan alami cirit-birit apabila senaman telah berakhir.

Jika boleh, pastikan anda minum air secukupnya sebelum bersenam dan bawa botol air supaya anda boleh kekal hidrasi sepanjang larian.

Selain itu, pastikan anda minum air secara perlahan-lahan. Jangan teguk air dengan cepat! Perkara ini juga boleh menyebabkan anda diserang rasa kejang ketika berlari!

3. Elak makanan berserat

Makanan penuh serat penting untuk kesihatan perut. Walau bagaimanapun, sebelum berlari, pastikan anda tidak mengambil terlalu banyak makanan berserat.

Makanan berserat boleh menyebabkan anda tiba-tiba sakit perut dan terpaksa ke tandas sewaktu bersenam!

Oleh itu, elakkan makan roti, bijirin, sayur-sayuran hijau, brokoli ataupun buah-buahan seperti beri 4-5 jam sebelum memulakan larian.

4. Elak makan makanan berlemak untuk kurangkan sakit perut

Jika anda ingin bersenam, elakkan makan makanan yang berlemak supaya anda tidak akan diserang sakit perut ketika berlari. Jika boleh, makan makanan seperti:
Pisang
Energy bar
Yogurt atau granola
Nasi dengan telur rebus atau poached egg

Makanan yang disenaraikan di atas rendah lemak dan rendah serat. Jika anda kerap alami masalah sakit perut dan kekejangan, cuba amalkan makanan di atas!

5. Jangan minum kopi!


Ada orang yang lebih ‘sensitif’ terhadap kopi! Apabila terbau sahaja kopi, terus rasa hendak ke tandas!

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, elakkan minum kopi sebelum anda pergi berjoging. Mana tahu, masalah perut memulas yang anda alami semasa berjoging dapat dikurangkan!

Perut jadi kejang dan sakit? Macam mana nak rawat?

Jika perut anda kejang ketika berlari, anda dinasihatkan untuk memperlahankan larian ataupun berjalan sebentar.

Selain itu, anda juga boleh cuba letakkan tangan pada bahagian kanan perut dan tolak ke atas sambil bernafas secara normal selama 2-4 minit.

Jika anda ingin minum air, cuba minum air yang boleh mengembalikan keseimbangan elektrolit dalam badan.

Kesimpulan
Kebanyakan atlet, lebih-lebih lagi pelari akan mengalami masalah sakit pada sisi perut dari semasa ke semasa. Kekejangan ini merupakan sesuatu yang normal dan lazim berlaku.

Side stitch atau cramp yang anda alami sepatutnya hilang dalam beberapa minit.

Namun, jika anda telah melakukan tips senaman di atas ataupun mengalami kesakitan yang berpanjangan ketika bersenam, mungkin ia bukan disebabkan oleh kekejangan.

Oleh itu, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Kesakitan yang berpanjangan mungkin tanda penyakit lain yang lebih serius.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Thursday, October 1, 2020

Goodreads | Reading Challenge September 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan September menemukan Sha pada keseronokkan membaca novel Bahasa Inggeris melalui aplikasi Google Play Book.. Memang seronok dan mudah sebab buku digital ini ada dalam perpustakaan maya.. Sha cuma perlukan telefon bimbit dan internet je.. Selepas muat turun, dah tak ada internet pun masih boleh membaca.. Sebab tu pergerakan bacaan Sha untuk bulan ini sangat laju dan banyak.. Ada juga buku fizikal yang Sha baca cuma buku digital lebih banyak je.. hehehe..



Filem United States | The Devil All the Time (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini disampaikan secara naratif.. Ada pencerita yang bercerita mengenai perjalanan filem dan memperkenalkan watak kepada penonton.. Ceritanya mengenai beberapa orang yang saling berkait.. Bermula dengan peristiwa askar yang terpaksa membunuh rakan mereka dari terbiar separuh mati, kemudian askar tersebut memulakan hidup.. Kematian demi kematian.. Pasangan lelaki dan perempuan yang mengambil penumpang jalanan untuk dibunuh dan diambil gambarnya.. Paderi yang merasakan dirinya ada kuasa menghidupkan orang yang dah mati.. Polis yang corrupt.. Cerita yang agak tak sesuai untuk tontonan bersama anak-anak.. 

Director: Antonio Campos
Story by: Donald Ray Pollock
Screenplay: Antonio Campos
Producers: Jake Gyllenhaal, Randall Poster
A young man is devoted to protecting his loved ones in a town full of corruption and sinister characters.

Komik | Terlalu Osem & Koleksi Komik Terbaik Poyo oleh Poyo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Buku terakhir untuk bulan September.. Penutup bulan yang membahagiakan.. Hehehe..

Komik ini memang ohsem.. Sesuai sangat dengan tajuk dia.. Buku komik ini menghimpunkan antara komik-komik terbaik dari kartunis Poyo.. Memang layanlah sesekali baca komik seperti ini.. Walaupun komik penyampaiannya tetap memberi isi pada yang membaca.. Bukan hiburan semata-mata tetapi ada pengajaran dan nasihat yang boleh dijadikan teladan..

Sha baca dan selesai pada 30/09/2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published February 28th 2018 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

HelloDoktor | Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ada info menarik nak kongsi mengenai tekanan.. Bahaya sebenarnya kalau kita terlalu tertekan.. Ada tekanan yang baik untuk kita namun bila tidak diuruskan dengan baik tekanan boleh membahayakan kita.. Banyak lagi info kesihatan yang boleh diperolehi di Hello Doktor.. 

Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!


Stres merupakan sesuatu yang normal dalam kehidupan. Semua orang pernah rasa stres, sama ada disebabkan oleh masalah hubungan, keluarga, kerjaya ataupun kewangan. Tapi, tahukah anda, kesan stres boleh menyebabkan darah beku?

Stres merupakan satu tindak balas normal manusia kepada apa-apa jenis permintaan ataupun ancaman. Apabila badan mengesan sesuatu bahaya, stres akan mengambil alih dan membuatkan kita lebih fokus, bertenaga dan berwaspada.

Tindak balas yang dikenali sebagai fight-or-flight response ini juga bertanggungjawab untuk menyelamatkan kita ketika dalam kecemasan.

Bukan semua stres baik untuk kesihatan


Walau bagaimanapun, jangan anggap semua bentuk stres adalah tidak baik untuk kesihatan. Stres di tempat kerja contohnya, boleh bantu anda lebih fokus dan bersemangat ketika melakukan kerja.

Namun, setiap orang mempunyai keupayaan tersendiri dalam mengendali stres. Terlalu banyak tekanan dalam kehidupan boleh menyebabkan sesiapa sahaja menjadi lelah dan hilang semangat.

Ada juga yang tidak dapat tidur malam dan hilang selera makan jika mengalami tekanan perasaan yang terlalu banyak.

Lama kelamaan, stres ini akan mempengaruhi kesihatan, mood, produktiviti dan kualiti hidup seseorang. Lebih teruk lagi, stres yang berlarutan dalam jangka masa yang terlalu lama boleh akibatkan anda mengalami depresi!

Tambahan lagi, individu yang kerap mengalami stres selalunya akan mengamalkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok ataupun minum minuman keras sebagai satu cara untuk melepaskan tekanan. 

Namun, bukan itu sahaja. Stres yang berpanjangan juga boleh akibatkan anda mengalami masalah fizikal! Sebagai contoh, anda berpotensi untuk mengalami masalah jantung dan strok akibat stres yang anda alami.

Stres boleh menyebabkan darah beku?

Pada zaman ini, stres dan depresi bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat. Kedua-dua faktor psikologikal ini telah dikenal pasti dapat mempengaruhi kesihatan manusia.

Kegelisahan dan depresi yang berlarutan dalam satu jangkamasa yang lama juga telah terbukti dapat meningkatkan risiko penyakit sakit jantung.

Tambah lagi, masalah kegelisahan dan depresi yang berlaku secara serentak, ditambah lagi dengan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan tidak bersenam, sudah pasti akan menyebabkan kesihatan seseorang itu jadi merosot. 

Selain itu, perlu diingat bahawa ada di antara kita yang tidak mampu untuk mengawal stres dengan baik. 

Disebabkan setiap individu mengalami stres dengan intinsiti yang berbeza, ada individu yang boleh diserang ketakutan yang amat sangat dan serangan panik akibat stres yang melampau.

Saintis di Univerisity of Bonn telah melakukan kajian terhadap 31 orang subjek yang mengalami masalah kegelisahan. Subjek ini kemudiannya di bandingkan dengan individu yang sihat dengan umur dan jantina yang sama.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, mereka mendapati bahawa individu yang menghidap masalah kegelisahan dan mengalami stres berpanjangan mempunyai darah yang lebih pekat berbanding individu yang sihat.

Saintis juga mendapati ada sedikit perbezaan pada sistem pembekuan darah milik pesakit anxiety dan juga manusia biasa.

Sistem pembekuan darah boleh berfungsi secara dua hala dan saling mengimbangi satu sama lain. Sistem koagulasi badan bertindak untuk membekukan darah untuk mengelakkan pendarahan berlebihan.

Dalam masa yang sama, sistem koagulasi juga akan melakukan proses fibrinolysis iaitu sebuah proses yang membantu darah mengalir dengan lebih baik dengan cara menguraikan darah beku dalam salur darah.

Walau bagaimanapun, dalam kalangan pesakit yang mengalami kegelisahan dan depresi, proses fibrinolysis tidak dapat dijalankan secara normal.

Pesakit yang mempunyai masalah ini lebih berisiko untuk mengalami darah beku dalam saluran arteri. Keadaan ini mungkin merupakan jawapan kepada mengapa pesakit anxiety lebih berisiko untuk meninggal dunia akibat sakit jantung.

Namun, ini tidak bermaksud semua pesakit yang mengalami stes ataupun kegelisahan berpotensi untuk mengalami serangan jantung.

Jangan ambil ringan masalah stres yang berpanjangan


Jika anda mengalami stres yang berpanjangan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk sesi konsultasi.

Doktor boleh membantu anda mengenal pasti punca stres dan cara yang terbaik untuk mengawal dan mengurangkan tekanan perasaan yang anda alami.

Kajian membuktikan bahawa stres yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko anda menghidap penyakit kardiovaskular.

Tambahan lagi, individu yang sememangnya mengalami masalah sakit jantung dan turut mengalami stres dan depresi lebih berisiko untuk meninggal dunia ataupun mati mengejut akibat sakit jantung.

Jika anda dapati diri anda sering rasa tertekan, cuba redakan stres yang anda alami dengan melakukan aktiviti yang sihat. Jika anda mempunyai hobi, luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti yang anda sukai.

Lakukan senaman yang boleh menenangkan seperti yoga, meditasi ataupun senaman lain.

Tabiat merokok, minum minuman keras dan kopi boleh meningkatkan kegelisahan yang anda alami. Cuba kurangkan pengambilan makanan ini untuk kurangkan stres yang anda alami.

Kesimpulan


Setiap individu mengalami darah beku atas alasan yang berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh masalah genetik, kanser, inflamasi ataupun gaya hidup.

Walaupun kesan stres juga boleh menyebabkan darah beku, ada banyak lagi faktor lain boleh menyebabkan perkara yang sama.

Walau bagaimanapun, dengan mengenal pasti faktor risiko yang ada, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk mengatasi penyakit ini dan mencari langkah untuk mengelakkan darah beku daripada berlaku lagi pada masa hadapan.

Jika anda rasa kesan stres yang anda alami mempunyai impak yang negatif terhadap kesihatan anda, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

Doktor boleh mencadangkan anda untuk mengikuti terapi, kaunseling, kelas ataupun program lain yang dapat membantu anda menurunkan kadar stres dan risiko darah beku.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Wednesday, September 30, 2020

Komik | Dia Tak Rasa Aku Comel oleh Yuki Ishikawa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini tak sesuai diberi pada anak-anak baca ye.. Ada adengan kissing.. hehehe.. Tapi kisah budak sekolah menengah yang comel.. Bila perempuan bijak cuba menjadi cantik dan menjadi perhatian ramai hingga terpaksa berpura-pura tak pandai.. Namun kemunculan seorang lelaki menghancurkan semua kecomelan perempuan tersebut.. Karekter lelaki tu membentuk perempuan tu untuk jadi dirinya semula.. Walaupun comel tak salah pun kalau pandai.. hehehe.. Ada komik bonus juga dalam ini..

Sha baca dan selesai pada 29.09.2020..
 
Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published September 2018 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com