Shoplinks.Asia

Friday, December 4, 2015

Yong-Pal / The Gang Doctor

Drama Korea 2015.
Ada 18 episod semuanya.
Bercerita mengenai seorang doktor..
Pelakon yang memang pernah memegang watak doktor sebelum ini, kembali lagi beraksi sebagai doktor. Menarik sebab kali ini watak sebagai doktor yang bertauliah dan dalam masa yang sama melakukan tugas sampingan.. Hehehe..

Drama ini sangat menarik sebab memaparkan pergelutan antara moral dan juga duit. Tugas sebagai seorang doktor memberi peluang kepada Tae-hyun untuk mengumpul duit bagi membantu kos perubatan adiknya yang memerlukan dialisis dan juga pembedahan serius. Tae-Hyun menjadi doktor sampingan kepada mereka yang memerlukan tapi tidak mahu ke Hospital. Dengan bakat yang sungguh luar biasa Ta-Hyun berjaya menempatkan diri di bahagian VVIP, disini dia menjadi doktor yang perlu ke luar untuk merawat mereka yang berkuasa dan berduit tapi tidak mahu ke hospital. Bila berada disini Tae-Hyun telah bertemu dengan Yeo-jin yang telah diberi ubat supaya sentiasa tidur. Tae-hyun telah menolong Yeo-Jin untuk lari dari hospital dan membalas dendam terhadap mereka yang menyebabkan dia tidur dan orang yang disayanginya mati.

Bagaimanakah kesudahan hubungan diantara Tae-Hyun dan Yeo-Jin?? Silalah tengok ye..
Seriously sangat menarik. Kalau tengok fokus mereka dalam melakonkan watak sebagai doktor, rasa cam nak jadi doktor juga.. hehehe..
 Poster Drama

Poster yang simple tapi memberi Seribu makna.

Pelakon-pelakonnya. 

6 comments:

  1. singgah bw + follow sini.. :)

    jemput join segmen shawal.. ^^v

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/SegmenBlogwalking.html

    ReplyDelete
  2. 18 episod? boleh marathon lelaju lah... hek2

    ReplyDelete
  3. amboi zf nak yg ensem2 je ke hahaha

    ReplyDelete
  4. pelakon korea memang hensem2..

    ReplyDelete
  5. Sinopsis macam nak baca kat mana tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI