Wednesday, October 23, 2019

Drama Korea | Triple Fling (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekarang ini asyik layan drama pendek dekat Youtube je.. Sebab pendek dan comel.. Hahaha.. 

Kali ini drama budak sekolah yang diminati 3 lelaki.. Memang comel dan sweet sangat.. Rasa macam mengenang zaman persekolahan pula.. Perkenalan tanpa sengaja antara Lee Sehee dengan Seo Injee dan Song Jiho telah menyebabkan sesi persekolahan Sehee lebih menarik dan penuh drama.. hehehe.. Yang best bila tonton online di Youtube ada 3 ending.. Heroin bersama dengan tiga-tiga jejaka tersebut.. Hahaha.. Drama ini memang sweetlah.. 

Ending versi Jiho klik SINI.. Ending versi Dahyun klik SINI dan ending versi Injee klik SINI..

Drama: Triple Fling
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: Mar 14, 2019 - May 2, 2019
Aired On: Thursday
Duration: 8 min.
Lee Se Hee never thought she'd be part of the popular clique in High School, neither did she expect herself to be in a love square with 3 very attractive popular guys! Who is she going to choose? 

Hadiah Giveaway "Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink'' Bondezaidalifah.Com

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam selamat terima hadiah dari Bonde Zaidalifah.. Minuman Berry Collegen Drink.. Ingatkan 1 atau 2 sachet je.. Sekali datang sekotak tau.. Dalam sekotak tu ada 7 sachet Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink, boleh minum 7 kali.. hehehe... Terima kasih Bonde..

Sekotak ini ada 7 sachet..

Terus bancuh 1.. Rasa berry yang sedap dan tak masam.. 

Novel | ... dan Dafodil pun Berbunga Lagi oleh Diya Nordin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita yang menyentuh perasaan.. Bagaimana Alia itu ditinggalkan tunang, kemudiannya bangkit mengejar cita-cita.. Berkahwin dan dikhianati, tetap bangkit semula mengejar kebahagiaan.. Penulis berjaya memberikan gambaran bahawa wanita saat dilukai tetap boleh bangkit meneruskan kehidupan kerana Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang sabar.. Dua watak lelaki dalam ini sangat menyampah pada Sha.. Saat diingini, dikejar-kejar.. Bila dah dapat, dipersiakan.. Tapi watak Ikhwan berjaya membuktikan, tak semua lelaki itu jahat.. Ada saja lelaki yang masih menghormati seorang perempuan dan melayannya dengan baik.. Penulis berjaya mengimbangi watak-watak dalam penceritaan beliau.. Ada nasihat yang dititipkan buat pembaca..

Buku kedua penulis ini yang berjaya Sha baca dan temui tanpa sengaja.. Buku yang baik pasti meninggalkan kesan di hati pembaca..

Sha baca dan selesai pada 22.10.2019..

Sha pinjam buku dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Published April 2014 by JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Segmen 1st Blogversary TWJ

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint Segmen by Jannah ini.. Senang je syarat dia.. 5 minit dah siap boleh joint.. Klik je Segmen 1st Blogversary TWJ..


UCAPAN BUAT JANNAH
Tahniah kerana telah setahun bergelar Blogger!! Kak Sha harap semoga Jannah akan terus berblog dengan perkongsian yang menarik dan memikat pembaca.. 
TAHNIAH!!
TAHNIAH!!
TAHNIAH!!

Tuesday, October 22, 2019

Buku Kanak-kanak | Foxy in Love by Emma Dodd

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang comel dan menggembirakan.. Berwarna-warni, bergambar dan ringkas.. Mudah difahami pembacaannya.. Kisah si Foxy yang membantu Emily untuk membuat kad Valentine.. Kad itu bukanlah mengenai apa yang kita suka tapi kepada siapa sebenarnya yang kita nak beri.. Itu apa yang cuba diberitahu oleh Foxy kepada Emily..

Sha baca dan selesai pada 22.10.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia
Published January 2nd 2014 by HarperCollinsChildren'sBooks (first published November 26th 2013)

Comel kan isi dalam dia..

Variety Korea | Queendom (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rancangan variety ini Sha tengok sebab ada kumpulan Mamamoo.. Sha suka muzik mereka, catchy dan memikat.. Rancangan ini mengumpulkan 5 kumpulan penyanyi wanita dan 1 artis solo wanita.. Berentap untuk menentukan siapakan yang layak bergelar queen.. Gitu.. hehehe.. Pada Sha rancangan ini nampak segar dan menarik.. Bermula dengan menyanyikan lagu paling popular mereka kemudian diberikan keputusan.. Kemudian menyanyikan lagu popular kumpulan lain dan keluar keputusan.. Pertandingan seterusnya adalah pandora box dimana peminat memilih lagu apa yang mereka nak kumpulan kesayangan mereka nyanyikan.. Sebelum pandora box berlangsung, vokal dan juga penari dikumpulkan untuk membentuk kumpulan lain dan bertanding sesama mereka mengikut undian penonton.. Memang segarlah pada Sha.. Tinggal lagi 2 episod sahaja.. Iaitu final battle..

Also Known As: Kwindeom
Genres: Music
Tags: Idol, Survival Competition, Music Competition, Survival Show, Competition, Music Show
Country: South Korea
Type: TV Show
Episodes: 10
Aired: Aug 29, 2019 - Oct 31, 2019
Aired On: Thursday
Network: Mnet
Duration: 1 hr. 30 min.
The concept of “Queendom” revolves around six artists releasing singles on the same day at the same time to compete it out on the music charts. (Source: Soompi)

Monday, October 21, 2019

Novel | The One (The Unsung Hero #2) oleh Melur Jelita

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha mulakan pembacaan novel ini dengan sangat perlahan.. Sebab Sha menyampah dengan watak Maryam.. Buat keputusan tak fikir panjang semuanya kerana merasakan diri tu ditipu.. Langsung tak boleh nak terima permintaan maaf dari orang yang telah bersusah payah membesarkan dirinya..

Tapi bila makin lama Sha baca, makin banyak yang Sha belajar.. Hidup ini memang tak selalunya indah.. Kadang-kadang ujian tu datang untuk menjentik rasa supaya kembali kepada Allah.. Pembelajaran itu adalah seumur hidup bukannya di sekolah atau universiti sahaja.. Semua perkara atau manusia mampu memberikan tunjuk ajar pada kita.. Penulis memang berjaya memainkan emosi Sha sebagai pembaca mengikuti betapa tragisnya hidup seorang Maryam yang menjadi mangsa penceraian.. Bukan mudah bila mak bapa bercerai dan berdendam.. Anak tu lah yang paling malang.. Dari sini Sha belajar walau macam mana sekalipun hubungan suami isteri, anak tak patut menjadi mangsa.. Anak tu berhak mendapat kasih sayang dari kedua belah pihak.. 

Penerangan dan juga penjelasan mengenai perkerjaan Komanda atau perwira yang sentiasa mengorbankan diri demi menjaga keamanan juga sangat bagus dari penulis.. Mereka ini merupakan The Unsung Hero yang patut kita sebgaai rakyat Malaysia hormati..

Cuma bila meleret-leret penceritaan itu, sesak jugalah nak habiskan pembacaan.. Hahaha..

Sha mulakan pembacaan pada 29 Julai 2019 dan selesai pada 20 Oktober 2019..

Sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Published October 2015 by Karya Seni

Drama Korea| The Witch Store (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok di Youtube.. Kalau dekat Youtube, drama ini guna tajuk The Witch Shop.. Ada english subtitle walaupun tajuknya guna bahasa Korea dan ada yang bahasa inggeris.. Drama pendek yang menarik untuk ditonton.. 12 episod sahaja dan setiap episod hanyalah 10 minit..

Drama ini mengisahkan Hye Ji yang berkerja sebagai pembantu secara separuh masa di sebuah kedai kepunyaan ahli sihir.. Kedai itu hanya akan ditemui oleh mereka yang berhajat sahaja.. Drama ini juga memaparkan kehidupan Hye Ji sebagai pelajar sekolah, hubungan dengan kawan-kawan, minat Hye Ji pada seorang budak lelaki dan hubungan Hye Ji dengan ahli sihir tersebut.. Kisah santai yang sweet dan sesuai ditonton semua.. Tak ada adegan pelik-pelik dalam drama ini..

Also Known As: Welcome to The Witch Store , Eoseooseyo, manyeosangjeom , Welcome, Witch Shop , The Witch Shop Pilot
Genres: Romance, Fantasy
Tags: Web Drama, Idol Actor
Country: South Korea
Type: Drama
Episodes: 12
Aired: 2019 - Oct 17, 2019
Aired On: Tuesday, Thursday
Network: vLive
Duration: 10 min.
Hye Ji becomes a part-timer at the Witch Store which is only seen by those who have a wish. Hye Ji sees no progress in her relationship with Yoo Ho and in front of her, a witch transformed into a high school girl named YoungJi. This is when Sung Woo a handsome judo player appears.

Goodreads | Road To 1000 Books #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Lagi 50 buah buku je.. Harapnya tercapailah cita-cita nak baca 1000 buah buku.. Walaupun sebenarnya dah lebih dah pembacaan kalau kira yang tak rekod.. Tapi kita kira yang rekodlah.. Ada yang Sha baca dua kali tapi rekod sekali je.. Ulang baca balik.. Dulu baca masa zaman remaja lain rasanya.. Sekarang bacaan saat usia dah meningkat ini lain pula rasanya.. Hehehe.. Rekod ini suka-suka je.. Bukan dapat apa pun.. Tapi pembacaan ti dapatlah ilmu.. Setiap buku ada postifnya.. Kena pandai carilah.. Sha baca je semua buku walaupun kadang buku yang Sha baca tu tak masuk dalam kegemaran Sha.. Sebab kalau tak membaca rasa macam lost.. 

Rekod setakat 20 Oktober 2019..

Sunday, October 20, 2019

Drama Korea | Cat's Bar (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini dibuat semula dari drama bertajuk Taste of Cat (2018).. Ada Sha kongsikan sebelum ini.. Boleh tengok SINI.. Sama juga, drama ini pun Sha tengok online di Youtube.. Yang ini panjang sikit, ada 10 episod dan setiap episod 11 minit.. Lebih menarik dan mengujakan dengan pelakon lelaki yang comel seperti kucing.. hahaha.. Cerita pasal 3ekor demigod Cat yang boleh berubah bentuk menjadi manusia dan menolong tuannya yang asyik malang.. 3 demigod ini menguruskan sebuah bar dan membantu manusia menyelesaikan permasalahan dengan memberi cocktail yang bersesuaian dengan permasalahan mereka.. Sha tonton online di Channel Youtube SINI..

Update.. Sorry ye, cerita ini ada dua episod lagi ongoing.. Malam ini (21.10.2019) dah keluar episod 9.. hehehe..

Cat' Bar (2019)
Also Known As:
Genres: Comedy, Romance, Drama, Supernatural
Tags: Cat Shifter, Web Series
Country: South Korea
Type: Drama
Episodes: 8
Aired: Aug 26, 2019 - Oct 14, 2019
Aired On: Monday
Duration: 11 min.
After their "butler"gets hurt, 3 mysterious cats start running a bar to make a living.
NaBi, Byeol and JangGun, three cats that can turn into humans, will help out their customers by offering them special drinks that can make them revisit their memories. 

Shopping di Shopee #11

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang tahu dah minggu ni gajikan.. Mulalah tangan tu gatal buka aplikasi Shopee.. Banyak jugalah Sha bubuh barang dalam shopping cart dari kedai Nestle tapi bila nak bayar 5 je yang masih available.. Sedih.. Hahaha.. Maggi, Nestle Honey Gold Cereal dengan 1 pek Nescafe latte Caramel tu stok dekat pejabat.. Buat kunyah-kunyah dan minum-minum bila lapar tapi malas nak pergi beli makanan.. hehehe..

Jumlah keseluruhan pembelian Sha RM88.54 tapi dapat diskaun penghantaran dan kod promo nestle (RM6.35+RM4.11) jadinya Sha cuma bayar RM78.08 sahaja..

Antara yang tak berjaya di beli.. hehehe.. Dah sold out.. Paling Sha nak Nestle Fitnesse Cereal tu.. huhuhu..

Berjaya beli yang ini je..
Nescafe Latte Caramel 2 pek RM22.20 (Harga asal RM24.63)
Koko Krunch Maxx (250g) Beli 2 percuma 1 dengan harga RM19.90 (harga asal RM22.21)
CornFlakes Cereal (500g) beli 2 percuma Koko Crunch Maxx (250g) dengan harga RM19.90 (harga asal RM21.39) kalau beli hari ini harga dia RM18 je.. gi lah beli kalau berminat.. hehehe
Maggi Hot Cup Curry (59g x 6 Cups x 2) RM13.64 (harga asal RM19.12)
Nestle Honey Gold Cereal (220g) RM6.55

Novel | Jalan Terakhir oleh Zaifuzaman Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mulanya agak sedih.. Bercerita mengenai perasaan seorang ayah (Pak Idris) yang diabaikan oleh anaknya.. Dibawa dari kampung untuk duduk bersama namun tak dijaga dengan betul.. Kemudiannya dihantar ke Rumah Penjagaan Orang Tua dengan alasan mengganggu privasi si menantu.. Masuk separuh novel bermulalah kisah misteri di rumah penjagaan orang tua itu.. Kematian berlaku berturut-turut.. Disebabkan yang mati itu orang tua, tak ada siapa pun yang tergerak nak menyiasat punca kematian.. Semua menerimanya sebagai kematian disebabkan dah sampai masa.. Sehinggalah Pak Idris ternampak kelibat manusia keluar dari sebuah bilik dan keesokkannya ada penghuni bilik itu yang mati.. Keraguan disuarakan pada kawan-kawan, namun mereka menganggap Pak Idris berhalusinasi.. Sampailah perkara tersebut diketahui oleh pekerja bernama Seri.. Apakah sebenarnya yang menyebabkan kematian di rumah penjagaan itu?? Adakah memang betul mereka mati sebab dah sampai masanya ataupun sebenarnya ada yang membunuh mereka?? Jawapannya memang mengejutkan dan berkaitan dengan kumpulan ajaran sesat.. Bila manusia ingin menjadi tuhan, nyawa manusia tak berharga langsung..

Sha baca pada 18.10.2019 dan selesai pada 19.10.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2003 by Alaf 21
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com