Nasi Goreng Petai - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Thursday, August 6, 2015

Nasi Goreng Petai

Nasi Goreng Petai

Assalamualaikum..
Resepi ringkas dan mudah..
Cuma perlukan 5-10 minit sahaja..
Menu bersahur minggu lepas.
Nasi Goreng Petai yang sangat mudah dan cepat.
Maaflah pepagi dah nunjuk makanan ke kengkawan..
Kepada yang berpuasa enam atau ganti jangan terliur ye..
Nasi Goreng Petai air tangan teman nie biasa-biasa jer..

Nasi Goreng Petai
Bahan-bahannya:
Nasi lebihan semalam Sepinggan
Perencah nasi goreng Adabi
Petai sepapan dihiris (buang kulit ye)
Bawang merah seulas
Minyak untuk menggoreng
Hotdog sebatang dipotong dadu
Telur sebutir
Sesudu planta/mentega

Cara Memasaknya
Panaskan minyak dan buat telur hancur. Kemudian masukkan sesudu mentega/planta dan tumiskan bawang. Setelah bawang kekuningan masukkan hotdong yang dicincang dadu. Kemudian masukkan perencah nasi goreng dan sedikit air.. Kacau sehingga sebati. Masukkan telur hancur tadi dan petai yang dihiris. Kacau bagi sebati. Last sekali masukkan nasi tadi. Kacau sehingga semua bahan sebati dan rata. Siap. Jemput makan Nasi Goreng Petai.

14 comments:

  1. lapar pulak tengok nasi goreng ni..dah la hujan kan pagi2 ni hihi

    ReplyDelete
  2. el nah gak wat ns goreng petai..tp balance sambal ikan bilis petai lah..hehe lau makan petai..siaplah org tepi2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagilah sedap..hehe..jaga2 jelah mereka yg duduk dekat..

      Delete
  3. Simple tp confirm sedap. Yelah .. ada petai. Huhu

    ReplyDelete
  4. Assalam sha,
    alahaaaiiii petai
    peberet iols niiiii

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..