Shoplinks.Asia

Tuesday, September 29, 2015

Bila Imani Deman

Assalamualaikum..
Minggu ini sha agak kepenatan.
Ibu dan ayah mana yang xpenat bila anak demam dan x sihat.
Imani mula demam sebelum 10 September 2015 lagi. Kami bagi ubat demam hospital je. Tapi bila dia da start batuk dan meragam, kami bawa g Klinik Azhar di Tanjung Malim. Kena amik gas untuk cairkan kahak sebab doktor kata kahak Imani agak tebal. Memula ok je.. tapi lepastu dia x selesa dan nangis namun tetap juga hidu gas.

Kemudian demam dia berlanjutan dan kejap ada, kejap xde.
Batuk pun makin teruk. Tapi sha continue bagi ubat cuma untuk kali ini dia xnak makan ubat antibiotik Klinik Azhar. X sedap katanya. Sekarang dah pandai memilih bila nak makan ubat. So, lambatlah baiknya. Cuaca pun x brape nak elok, air pun berkeladak je sekarang ini. Mujurlah encik suami pasang penapis, jadi kuranglah sikit karat untuk air minum.

Malam 20 September 2015, Imani batuk dan muntah. Muntah dia ada darah, so kami bergegas bawa g Emergency Hospital Slim River. Panas badan dia 39.7, jadi terus bawa masuk dalam bilik dan masuk 2 biji ubat punggung. Lepas tu buka baju, pakai pampers je. Doktor cakap x payah lap dengan air, bilik tu ada aircond dan sejuk jadi bolehlah biar dia x berbaju untuk kurangkan panas badan Imani. Just biar dia berlengging je. Imani kena amik darah dan buat X-Ray. Alhamdulillah result darah ok, cuma result X-Ray ada sikit x cantik. Bila doktor tau dia x makan antibiotik, doktor bagi antibiotik lain. Kebetulan doktor tu pernah rawat Imani sebelum ini untuk masalah telinga, so dia bg antibiotik yang kuat sikit sama macam masa dia sakit telinga dulu. Tapi antibiotik kena amik esok pagi dekat farmasi. Sha ok je janji Imani mau makan ubat.

Alhamdulillah 22 September 2015, demam Imani dah mula kebah. Tinggal batuk je yang agak mengganggu, so sha stop bagi dia minum susu. Sebab setiap kali minum susu, Imani akan muntah. Support dia dengan bagi makan roti dan air 100plus. Supaya ada tenaga. Nasi dia x berape nak.. Bagi makan mee ngn lauk2. 

Kena amik gas untuk cairkan kahak.

Bila mau main nie,legalah sikit.
Maknanya demam dah mula kebah.

9 comments:

  1. ksian nye..mge cpt smbuh yer.. :)

    ReplyDelete
  2. semoga Imani cepat sembuh..Sha try bg multivitamin kat dia..InshaAllah anak2 akan jarang kena sakit/demam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak murni, sha standby gak vitamin tapi anak sha makan mcm mkn keropom.. huhuhu..kejap, kejap nak..

      Delete
  3. lebih suka tengok budak kecik melompat main sana sini kan dari tgk dya sakit diam jaa.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol tuh husna.. kalau x sehat tuh, asyik nak melekat ngn kita je..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI