Shoplinks.Asia

Sunday, October 11, 2015

Oh My Ghostess / Oh My Ghost

Drama bersiri 16 episod.
Drama romantik komedi..
Seriously memang kelakar.
Drama ini seronok ditonton dan ada iktibar yang boleh diguna pakai. Bukan sekadar hiburan.

Bayangkanlah watak utamanya sangat nerd dan introvert. Tidak pandai bergaul. Sering rasa rendah diri. Asyiklah meminta maaf. Watak utama ni juga seorang yang boleh melihat roh atau hantu. Kemudian berubah menjadi seorang yang ceria dan sangat gatal kerana dirasuk. Memang lawaklah bila nonton drama Oh My Ghostess ni.
Watak hantu dia mati dan tidak ingat siapa dirinya. Tapi x boleh ke mana-mana sebab ada keinginan yang x terlunas. Mati ketika masih dara (part nie kalau tengok memang lucu gila). Jenuhlah dia dok masuk dalam badan perempuan hidup dan cuba berasmaradana dengan lelaki tapi semuanya x berjaya. Sampailah dia jumpa watak utama ini.
Masa inilah kehuru haraan bermula. Kalau anda perlukan ubat untuk release tension, memang sesuailah tengok drama Oh My Ghostess ni.
Drama kali ini walaupun menggunakan watak yang boleh nampak hantu tapi olahan ceritanya agak komikal dan romantis.. Memang menarik dan mampu membuatkan anda bergelak ketawa. Oh ya ada juga elemen misteri diselitkan.

Poster yang sangat mengancam

Pelakon yang menjayakan drama Oh My Ghostess/ Oh My Ghost

5 comments:

  1. hehehe.. macam best ja cerita ni..

    ReplyDelete
  2. Wah mcm best je kak..
    InsyaAllah nnt nak tengok :)

    ReplyDelete
  3. Owh cerita Korea erk. Movie baru ka ni kak sha

    ReplyDelete
  4. alaaa Ju Hwan tu mesti jadi second hero kan..
    shian dia bila nak jadi hero lak..

    ReplyDelete
  5. wahhh macam best cerita korea ni sha bagi link hihihi nk layan la

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI