Congo Bar in the House - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Sunday, October 18, 2015

Congo Bar in the House

Assalamualaikum..
Percubaan pertama.. Saya buat congo bar ini last weekand.
Resepi ini saya dapat dari FB Siti Hanapiah Jukim.
Alhamdulillah penerangan yang diberikan berserta gambar dan step by step..
Resepi Asal boleh klik di Sini. Semoga dengan perkongsian ini akan memberi manfaat pada semua yer. Resepi yang mudah dan ringkas.

Congo Bar versi saya
Bahan
  • 315g tepung gandum diayak bersama 2 1/2 sudu teh baking powder dan 1/2 sudu teh garam. 
  • 225g soft brown sugar (nak guna gula castor pun boleh - 320g gula)
  • 150g butter
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 tutup Esen Vanilla
  • coklat chips (saya guna yang hitam putih - nak bubuh coklat rice pun boleh)
  • kekacang (optional ) Saya guna kepingan kacang tanah dan kuaci.
Cara Membuat
  • Pukul gula bersama butter hingga gula hancur. Saya gunakan pemukul telur.
  • Masukkan telur satu persatu..tidak perlu kembang..cukup telur sebati dan gula betul2 hancur.
    Masuk sebiji, pukul sedikit dan Masukkan telur seterusnya.. jangan masuk sekaligus
  • Tambahkan 1 1/2 tutup esen vanilla dan kacau guna spatula
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik menggunakan spatula (masa nie kalau guna pemukul telur agak susah sikit)
  • Masukkan coklat chips dan kekacang. (Lagi banyak kekacang dan coklat chips lagi sedap rasanya.)
  •  Alas tray guna baking paper / kertas minyak. Ratakan adunan ke seluruh tray. Seeloknya gunakan tray 10x10 ataupun 12x12 baru congo bar tu akan cantik.
  •  Hiaskan permukaan adunan dgn coklat chips dan kekacang. 
  • Masukkan tray ke dlm oven yg telah dipanaskn 200'c lbh kurang 10 minit. Bakar pada suhu 170'c selama lebih kurang 30 minit. (Suhu sesuaikan dgn oven korang!)

Hasilnya. 

6 comments:

  1. Suka congo bar..

    Tunggu next week pulak nak try... hehe

    ReplyDelete
  2. Ehh.. tak boleh.. next week ada event..

    Ehh.. boleh jaaa... *pening sat*

    ReplyDelete
  3. letak macam 'sampah sarap' dalam dia lagi buat rasa dia ummphhhhh kan hihihihihii

    ReplyDelete
  4. menarik ni. nnti kalau ain cuba , ain kongsi dgn kasha okay

    ReplyDelete
  5. tq share nnt kalau MV dah try MV share jadi ker tak

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..