Saturday, March 4, 2023

Kejutan Istimewa Dari Blogger Anies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi Sha terima bungkusan comel dari Blogger Anies.. Istimewa sangat kejutan yang diberi.. Terima kasih Anies untuk ingatan ini.. Buku nota comel tu Sha dah bagi pada Imani dan pemadam pen tu untuk Amani.. Kedua-duanya ucapkan terima kasih pada Anies..

Comel je bungkusannya..

Ada buku nota comel, kalender 2023 yang comel, fridge magnet dan pemadam pen..

Aiskrim Kelapa, Warong Chapati Brotherhood

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak beli tapi ada orang belanja.. Rezeki hari Jumaat (semalam).. Walhal kedai yang jual aiskrim kelapa ini berdepan je dengan tempat tinggal Sha.. Selalu ramai orang, memang tak lah nak singgah.. Aiskrim kelapa ini boleh cari di Warong Chapati Brotherhood, Behrang Station, Perak.. 

Pandangan bahagian atas..
Ada cendul, jagung, kacang merah, coklat rice, isi kelapa dan kacang tanah hancur.. Memang puas hatilah.. Bawah tu aiskrim kelapa.. 

Pandangan sisi.. Jenuh jugalah nak habiskan aiskrim tu.. Dengan cuaca sejuk.. Pergh!!

US | Sharper (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula dengan kisah Tom seorang penjaga kedai buku yang bertemu dengan Sandra, bercinta dan kemudian Sandra menghilang.. Cerita beralih kepada Sandra.. Sejarah kehidupan Sandra dibentangkan.. Bagaimana Max menolong Sandra dan menjadikan Sandra seorang penipu.. Cerita bergerak ke arah Max pula yang rupanya punya rakan sekutu lain iaitu Madeline yang juga tengah menipu seorang lelaki kaya.. Lelaki kaya tu rupanya bapa Tom.. Bila lelaki kaya tu mati, Madeline dapat semua harta.. Madeline khianat Max dengan panggil polis.. Tom pula berusaha mencari Sandra.. 

Bila mereka bertentang berlaku perbalahan dan Madeline tertembak Tom.. Pengakhiran yang tak disangka bila Madeline serahkan semua harta kembali ke Yayasan yang diuruskan Tom demi mengelakkan dari ditangkap..

Sharper
2023 ‧ Drama/Psychological thriller ‧ 1h 56m
Motivations are suspect, and expectations are turned upside down, as a con artist takes on Manhattan billionaires.

Friday, March 3, 2023

Istimewa 03 Mac

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ulang tahun kelahiran si kecik ini.. Kemain lagi senyum bila kita kejutkan dia bangun.. hehehe.. Gembira sangat dia.. Pagi-pagi da bangun, ikut ayah hantar Sha ke tempat kerja.. Petangnya Sha bawa dia makan kat luar meraikan ulang tahun kelahiran dia.. Sha doakan semoga Nur Imani diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak yang solehah, menjadi penyejuk hati mak dan ayah.. Aamiin.. Aamiin..

Rupanya dia dah sedar masa ini.. Acah-acah tidur.. 

Happy dia dapat makan dekat tempat yang dia idamkan..

Starbucks Doubleshot Espresso: Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab tin dia cantik.. hahaha.. Lepas tu terpengaruh dengan entry Farhana:Starbucks Mocha Double Shot Espresso ini.. hehehe.. Sedap sebab dia tak manis.. Sesekali okay je kalau nak beli.. Selalu tak sesuailah.. hahaha..

Starbucks Doubleshot Espresso: Mocha (220ml)
RM6.80
(Harga promosi.. diskaun 80 sen dari harga asal)

Goodreads | Currently Reading

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah hari ketiga dalam bulan Mac tapi Sha masih belum berjaya habiskan walau satu buku pun.. hehehe.. Di bawah ini adalah buku yang Sha tengah baca.. Semuanya sikit-sikit tanpa habis.. Tidak ada yang berjaya buat Sha baca tanpa beralih ke buku lain.. huhuhu.. Kita tengoklah nanti yang mana berjaya buat Sha habiskan bacaan.. 

Thursday, March 2, 2023

Korea | Decoy (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh.. Memang tak berbaloi tengok.. Sepatutnya tunggu je bahagian 2 keluar baru tengok.. Bukannya dapat pun jawapan.. Makin pening adalah.. Penuh teka-teki.. Tak pastilah sama ada Noh Sang Cheon tu hidup lagi ke tak.. Tapi semuanya berpunca dari dia.. Semua sebab aktiviti scam dia yang memusnahkan banyak kehidupan sampaikan ada yang bunuh diri.. Drama ini bermula dengan pembunuhan yang berkait rapat dengan Noh Sang Cheon tu.. Mulanya ingatkan dua pembunuhan tapi sebaliknya.. Ada pembunuhan pertama yang tak diketahui sesiapa.. Ianya berkait rapat sebab ada nota menyebut pasal Noh Sang Cheon.. Bila dah jumpa pembunuh, sekali pembunuh bunuh diri.. Memang makin pening dibuatnya.. 

Drama: Decoy
Also Known As: Decoy Season 1, Bait Season 1, Chronicles of Crime 1
Director: Kim Hong Seon
Screenwriter: Kim Jin Wook
Genres: Thriller, Crime
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Jan 27, 2023 - Feb 10, 2023
Aired On: Friday
Duration: 1 hr. 6 min.
Koo Do Han, a former lawyer turned detective, is on a quest to uncover the truth behind an unsolved crime from the past. He investigates current cases to piece together clues to find the perpetrator. Along his journey, he encounters Cheon Na Yeon, an eager reporter, and No Sang Cheon, a con artist. Together, they work to unravel the truth and bring justice to the case.

7-Eleven Honey Drink

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab tertanya-tanya rasa dia.. Rasa madu.. hehehe.. Tapi tak adalah manis ke apa.. Cuma tu lah, rasamadu macam yang diatulis dekat botol tu.. 

7-Eleven Honey Drink (350ml)
RM5.90

Korea | Cafe Midnight: Missing Honey (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dibuat semula berdasarkan Drama Special: Korea | Cafe Midnight (2020).. Awalnya Sha ingatkan drama bersiri, rupanya filem.. Sweet dan juga kelakar.. Goong Youn sepatutnya kahwin dengan Tae Young tapi Tae Young hilang tak dapat dikesan.. Maka bermulalah misi Goong Young menyiasat apa yang berlaku.. Semasa menyiasat, Goong Young terjumpa dengan kafe yang hanya beroperasi pada tengah malam.. Masa Goong Young ke sini dia terjumpa Tae Young yang 6 tahun muda dari dia.. Bila Goong Young pergi waktu siang, kafe tu langsung tak wujud.. Goong Young jumpa je Tae Young tu nanti tapi memang kelakar..

Movie: Cafe Midnight: Missing Honey
Also Known As: Late Night Cafe: Missing Honey, Simyakape: Missing Heoni, Cafe Midnight, Simyakape
Genres: Romance, Fantasy
Country: South Korea
Release Date: Nov, 2022
Based on the 2020 MBC drama special with the same title, a bittersweet yet healing story that takes place in a cafe only open from midnight to sunrise.

Wednesday, March 1, 2023

Spain | Venus (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ingatkan filem thriller je, rupanya ada unsur seram juga.. hehehe.. Kisah si Lucia yang mencuri dada milik kartel jahat.. Lucia ini lari bersembunyi rumah kakak dia sedangkan kakak dia nak lari dari flat tu sebab gangguan mistik.. Bila Lucia datang, kakak dia tak jadi lari.. Malam tu Lucia ini mimpi seram.. Bila bangun pagi, tengok kakak dia dah tak ada.. Anak kakak dia bagi tahulah dekat bangunan atas rumah mereka ada hamba.. Hamba ini selau muncul dalam mimpi menakutkan dan bagi hadiah pada anak kakak dia ini.. 

Lucia perlu berperang bukan sahaja dengan kartel dadah tapi makhluk yang nak rampas anak kakak dia.. Semangat melawan dan dibantu pula dadah tu menyebabkan Lucia jadi lain macam.. hehehe..

Venus
2022 ‧ Horror/Thriller ‧ 1h 40m
Horror invades the concrete corridors of a cursed apartment complex on the outskirts of Madrid.

Chupa Chups Pinkis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gummy lagi dari Chupa Chups.. Kali ini comel betul.. Pembungkusan dia memikat sangat dengan warna pink yang menyerlah tapi tu la.. Gummy dia tak adalah pink terang.. Pudar je pink dia tapi rasa dia best.. Memang squashy sangat.. hehehe.. Melayan keinginan anak-anak, may pun tumpang sekaki lah.. Beli dekat 7-Eleven mahallah sikit.. hehehe

Chupa Chups: Pinkis (90g)
RM5.50

Squashy betul gummy ini.. Cuma tulah warna pink dia tak adalah terang.. Manja je warna pink dia.. hehehe

Wordless Wednesday 2023

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com