Sunday, November 2, 2014

Cuti di Terengganu - Makan Best (Part 2)

Lai.. lai..
kita sambung lagi cite pasal makanan.. hehehe...
Day 2..

Breakfast yang best walaupun simple..
Kami beli di kedai makan yang berdekatan dgn homestay..
unik sungguh cara mereka menjual.. Nasi lemak, nasi dagang, nasi kuning dan laksam dah siap dibungkus.. tinggal pilih dan bayar sahaja.. harganya pun murah.. antara rm1-rm2 sahaja..

Jalan-jalan cari keropok Losong lak.. Sedap makan panas2..
Alamat dalam gmbr tu ye..





Makan tengahari kami..
Pergh.. memang best... Yang lagi best sebab ada gulai itik..
Ada gak ayam kampung, ayam biasa, ikan keli..
Gerainya di tepi jalan.. Dekat ngn UMT.

 gulai itik




Minum petang...
Kami makan Ikan celup tepung, sotong celup tepung, cendawan celup tepung dan udang celup tepung.. Tempatnya dekat ngn lapangan terbang (Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu)... memang best... Minum pula coconut shake.. pergh..








Malamnya kami makan ini sahaja..
Cheese kek yang di beli di Famous Amos
KFC untuk anak dara
Nasi goreng, nasi putih dan sup gearbox.. memang sedap..




Cuti di Terengganu - Makan Best (Part 1)

Akhirnya percutian yang dirancang dalam masa yang singkat berjaya di tunaikan...
Terengganu memang best...
Antara tempat menarik yang kami singgah makan ialah...

Day 1

Kopok lekor dan Satar yang paling Best dekat dengan PantaiTeluk Mak Nik, Kemaman Terengganu..
Kopok dia walaupun sejuk tetap sedap.. Satar dia cukup rasa.. manis dan pedas.. Singgah dua kali r.. pergi dan balik... Pergh...





Sri Gong Balai, Marang.
Roti Tempayan / Roti Naan Kari Kambing..
Memang best.. lagi best dari yang kat kedai mamak..
Roti dia plain jer..
Makan lak ngn Kari kambing.. Pergh....
Selain kari kambing, kari ikan pun ada..
Lokasi kedai tepi jalan bersebelahan masjid..







Hari pertama jer dah macam-macam kami makan.. hehehe.. Malam tapau jer.. x larat nak keluar.. Kepenatan..

Saturday, November 1, 2014

Cuti di Terengganu - Homestay Pulau Musang

Assalamualaikum...
Kami pergi bercuti di Terengganu.. Awal Bulan 10 hari tu.. Saja nak relax-relax dan makan-makan..
Tempat penginapan yang menjadi pilihan kami ialah Homestay Pulau Musang..

 Ruang Tamu (Abaikan model kecik diatas ye)


Bilik Utama



Meja Makan (Siap ada kuih Raya)

Iron & Iron Board

Mesin Basuh Automatik

Tandas kedua

Bilik Tengah

Bilik Belakang

Peti Ais

Dapur dan Peralatan




Ada Astro

Yang Paling Best siap ada Hard Disk yang penuh dengan bermacam-macam jenis cerita.


Dalam setiap bilik:
- 1 Queen Bed
- 2 Tuala
- 1 Sejadah
- 1 Almari pakaian bercermin
- 1 Air-cond 1hp di Master Bedroom
- Tilam dan bantal ekstra disediakan

Bilik air:
- 1 Shower foam
- 1 Ubat gigi

Ruang tamu:
- 2 Kipas siling
- 1 Set Meja Makan 4 kerusi
- 1 TV LCD 32"
- 1 DVD Bluray Player + HDD mengandungi 100+ movie
- 1 Meja TV
- 1 Iron + Iron Board
- 1 Sofa
- 1 Washing Machine

Dapur:
- 1 Water Dispenser (hot + warm)
- 1 Peti Sejuk
- 1 Periuk Nasi Eletrik
- 1 Dapur Elektrik
- 1 Toaster / Sandwich Maker
- 1 Kipas Siling
- 1 Hand Wash Soap
- Gula
- Teh Uncang
- Nescafe
- Pinggan & Mangkuk
- Jug
- Mug
- Cawan Plastik
- Sudu & Garfu

Luar Rumah:
- 2 Parking Berbumbung
- 1 Ampaian Besar (luar rumah)

Menarik dalam range 1 km:
- Perusahaan Keropok Segera / Sira Pedas
- Lemang
- Pulut Lepa
- Nasi Minyak Jenab depan Tadika Kemas Kuala Bekah
- Car Wash (milik biras)
- Cybercafe untuk kemudahan Internet dan printing (milik adik ipar)

Tempat menarik:
- Hypermarket Giant / Mydin Mall (5 km)
- Taman Tamadun Islam / Masjid Kristal (6 km)
- Perusahaan Keropok Losong (6 km)
- Kuala Terengganu Water Front (8 km)
- Pasar Payang (8 km)
- Bandar Kuala Terengganu (8 km)
- Pantai Batu Buruk (9 km)

Lain-lain:
- Stesen Teksi (8 km)
- Stesen Bas (8 km)
- Airport Sultan Mahmud (13 km)

Alami ketenangan kampung di tepi Sungai Terengganu.
Terdapat pulau kecil di tengah sungai jadi persinggahan pelbagai burung. Burung raja udang, bangau, tupai adalah pemandangan biasa. Port bagi kaki pancing juga ada. Dapat Toman 2 kaki bukan perkara luar biasa. Hanya gunakan umpan keli.

KADAR SEWA:
* RM140 / per malam dikenakan bagi penginapan hari Jumaat - Ahad. 
No Untuk Dihubungi - En.Ahmad (0102206109)
FB - Penginapan Pulau Musang

Friday, October 31, 2014

Fenomena Mangga Asam Boi

Assalamualaikum...

Wah dah berabuk dah blog nie..
Hehehe.. Maaflah, bahan nak ditaip banyak tapi idea xde lak..
Nie baru dapat Ilham..
Ilham pun datang dr makanan.. hehehe..
Kebetulan sekarang nie dekat Internet tengah hangat orang pos pasal Mangga Asam Boi nie..
Teringin nak cuba, malangnya umah xde pokok mangga..
Kebetulan ada staf opis bawak minta tolong buatkan..
So trylah buat..
Senang jer..

Mangga Asam Boi

Bahan:-
1. Mangga
2. Gula
3. Asam Boi (Merah/Putih)
4. Cili Padi
5. Garam (sedikit sahaja)

Cara Membuatnya:-
1. Basuh mangga dan biarkan airnya kering, kemudian kupas kulitnya.. Setelah itu potong kecik2.. Ikut sukalah nak potong macam mana.
2. Buh dalam besen supaya senang nak gaul. Masukkan asam boi, gula dan cili padi. (bahan-bahan yang ini ikut suka masing-masing.. Xde sukatan tertentu..)
3. Gaul dan masukkan dalam balang. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 4 jam.. Kemudian bolehlah makan.

p.s : Selain mangga, boleh juga gunakan jambu batu, nenas, epal, sengkuang dan juga buah yang ada suka..

Pakai Asam Boi Putih

Pakai Asam Boi Merah

Trajedi di Terengganu

Assalamualaikum..

Awal bulan 10 aritu, ada pergi Terengganu..
Saja bawak Mother In Law berjalan..
Dah janji sebenarnya..
Patutnya kami pergi awal tahun 2014 tapi Ayah Mertua meninggal (Okt 2013) so tangguhkan..
Xde rezeki nak bawak FIL sekali..
Tapi Alhamdulillah dapat gak bawak MIL ke Terengganu..
seronok MIL.. Puas berjalan dan makan..

Masa hari kedua kat Terengganu ada tragedi berlaku..
Rezeki nak kena kan..
Kami pergi dua Kereta...
Suami dgn MIL
Saya anak2 dan adik lelaki satu lg keta..
Masa tgh cari tmpt makan Nasi Kukus kereta yang en.suami bawak terlanggar kunci..
Tercacak kunci tu...
So berenti tepi jalan dan ganti tayar spare..
Esok paginya sebelum gerak balik ke Perak en.suami tukar tayar..
Alhamdulillah.. settle je terus gerak balik...

kunci yang tertanam di tayar
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com