Tuesday, August 18, 2015

Part 1 - Bila Amani Sakit Gigi

Assalamualaikum..
Ini adalah #throwback entry.

Kronologi Bila Amani Sakit Gigi..
a) Rabu 29.07.2015 - pergi check up Klinik Gigi.. Amani mengadu sakit gigi. Doktor bagi ubat demam untuk tahan sakit dan antibiotik 2 botol. (antibiotik nie sha x bagi habis pun)
b) Isnin 03.08.2015 - sepatutnya cabut Gigi tapi menangis-nangis xnak.. Nak ayah.. (ayah outstation).. Jenuhlah tepon ayah suh pujuk dia.. X jalan.. Sudahnya doktor suh datang next week..
d) Rabu 05.08.2015 - Gigi mula sakit... menangis-nangis.. Memang sakit la..
e) Khamis 06.08.2015 - Pergi sekolah tapi tengahari cikgu call, Amani nangis-nangis sakit gigi. Amik dia dari sekolah dan bawa g opis. Elok je dia main. Malam tuh pipi dia start bengkak dan merah. Malam khamis nie sha start bagi semula baki antibiotik pada amani.
f) Jumaat 07.08.2015 - Amani x sekolah, sebab pipi dah bengkak dan merah.. Makin besar bengkaknya. Jadi Amanipun ikut mak pergi kerja sebelah petang. (Mujurlah ayah ada sebelah pagi untuk jaga Amani). Masa nie Amani dah mula takut nak makan, hanya minum susu sahaja. 

Pipi Amani yang membengkak mula surut bengkaknya dan merah pada pipi Amani mulai hilang.


Boring duk opis mak
 
 Nampak x pipi dia yg membengkak tuh..

Nasib baiklah ada HP lama ayah.. Kalau x memang boring dia..

Monday, August 17, 2015

Big Mission For WOOP

Throwback entry..
Assalamualaikum..
Sebelum nie sha pernah cerita pasal WOOP - A Community of Women with Opinion di Entry INI.
Meh nak sambung cerita lagi..
Dalam pada sebok buat Daily Mission, WOOP juga ada Big Mission..
Bawah ini antara Big Mission WOOP yang sha buat.
Just click dekat Big Mission nanti dia akan list apa yang perlu kita buat.
Sha pilih yang nie. Dia kita suruh kita request sample susu Mamil.
lepas tu share dekat FB.
Arahan untuk kita ikut amatlah mudah.

21.07.2015
Hantar request untuk sample mamil..

 10.08.2015
Yeah!!!Sample sampai..
Nie untuk Big Mission WOOP..
 
Lepas sample sampai, ambil gambar dan Upload dekat sini. Lepas WOOP verify dapatlah 100points.
Senang je kan.. Siap dapat free sample susu lagi.
Susu Mamil tu untuk umur 4-9 tahun. Berat 600gm. Sample nie je harga dekat RM40 lebih tau.
Sha ambil sample untuk anak dara yang besar.

Bukannya susah pun just ambil gambar dan hantar dah dapat 100 points.
Jadi apa tunggu lagi.. Jom joint WOOP - A Community of Women with Opinion

Sunday, August 16, 2015

Jamuan Raya Perpustakaan, PSAS.

Assalamualaikum..
Masih lagi dalam mood raya walaupun syawal da abis..
Entry #throwback..
Hari Jumaat (14.08.2015) library tempat aku keje wat Jamuan Raya..
Part yang best bila kami 6 orang staf, gotong royong masak.
Dengan sumbangan tong gas dari Puan Sofiah dan dapur tunku 1 aku, kami berjaya memasak rendang ayam, kuah mee kari, kuah durian dan roti jala..
Dasyat x dasyat la..
Jamuan Raya nie sebenarnya untuk meraikan bebudak Kelab Sahabat Perpustakaan tapi bertukar menjadi Jamuan Raya Perpustakaan..
Tetamu yang menghadirkan diri adalah jiran kami Unit ICT dan jiran jauh kami Unit Pentadbiran & Kewangan..
Alhamdulillah makanan habis..
Selain dari makanan yang kami masak ada juga sumbangan Kuah Kacang dari Puan Sofiah, biskut raya dari pelajar.
Aidilfitri 2015 berakhir sudah..panjang umur kita jumpa lagi tahun depan..
Jom layan gambar lak..
Kami memasak..

Hidangan kami..


Tetamu kami..

Drama Korea | Orange Marmalade (2015)


Assalamualaikum...
Meh sembang drama korea..
Kali ini dramanya bertemakan citer pasal vampire..
My feveret.. Episod dia pendek jer.. Ada 12 episod..
Kena tengok betol-betol yer sebab akan ada flashback..
Memula citer pasal zaman moden, kemudian flashback zaman dahulukala..
Suka betol bila dia gabungkan moden dan lama..
Pergh!!!... memang menawan mata..

Citer dia simple jer pasal manusia dan vampire hidup bersama..
Permulaan dah tentulah dari zaman dahulukala..
Membawa ke zaman moden..
Vampire jahat dan juga vampire baik..
Cinta merentasi masa..
Hero kesukaan saya Han Si-hoo, kawan baik watak utama..
Memang nampaklah dia sebagai vampire.. Sesuai..

Plot : Set in a fantasy world where humans and vampires coexist, the latter have evolved and no longer rely on human blood as food. Still, they are feared and discriminated against by society, causing many of them to hide their true nature and live as "normal" citizens, or else become outcasts.
Baek Ma-ri is a socially withdrawn teenage girl hiding her vampire identity. Driven away from several neighborhoods, she is eager to settle down in her new city and live quietly. But things change when she accidentally kisses the neck of Jung Jae-min, the most popular boy at her high school.

 Pelakon-pelakon Orange Marmalade

Sebenarnya kita manusia selalu memandang pelik mereka yang berbeza. Diskriminasi masih berlaku walaupun zaman semakin moden..Perbezaan bukanlah pemisah sebenarnya tapi pelengkap hubungan sesama manusia..

Saturday, August 15, 2015

Breakfast Simple di Pagi Hari

Assalamualaikum
Untuk ibu-ibu berkerjaya, Ibu-ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa, jangan lupa amik breakfast ye..
Kalau nak cepat dan mudah bolehlah minum Homesoy+Oat nie..
Mudah ringkas dan pantas..
Perut pun kenyang..
Breakfast tu kan penting...
Homesoy nie sedap dan mengenyangkan sebab ada campuran Oat.
Rasa soya yang pekat bersama Oat, memang mengancam..
Dalam peket nie ada 10 sachet kecil..
Mudah untuk dibawa dalam beg tangan
Jadi sekarang, tiada lagi alasan tidak sempat breakfast..
Breakfast tu penting ye untuk melancarkan perjalanan hari kita.


Thursday, August 13, 2015

Senaman 20 Minit Di Rumah

Assalamualaikum..
Sha terjumpa mengenai senaman ini di page Namee Roslan boleh klik SINI dan juga di SINI.
Sudah lama berangan nak kecikkan bahagian-bahagian tertentu.
Masa tengah searching dan tengok2, tertengoklah pula testimoni Namee mengenai pehanya yang dah kecik.. So gigih nie capture setiap movement yang Namee buat..
Semangat berkobar-kobar ini sebab senaman yang Namee buat agak senang dan mudah..
Memulakan cabaran Squat 30 hari pada 03.08.2015..

Cabaran nie sha buat 20 minit setiap sesi.. Pandai2lah slotkan senaman2 tu ye.. Antara senaman yang sha buat adalah seperti gambar2 di bawah.. Biasanya sha buat sebelah malam sebelum tidur.. Nak lagi best buat senaman sambil dengar music. Sha buat sekali dengan anak-anak dara. Kadang tu bukannya bersenam tapi sibuk bergelak ketawa.. hehehe..

 30 kali lunges, Buat lebih pun ok jer..

Jumping jacks ataupun Lompat bintang.
Yang nie buatlah 60 - 100 kali ye..

 Yang nie kalau buat boleh cantikan punggung..

 50 minutes wall sits..
Memula tu mungkin susah sikit lah.. Sha pun jenuh gak.. berpeluh-peluh.. hehehe..

Senaman yang bawah nie, senaman ringkas untuk kempiskan perut.
Senang dan mudah.. Buatlah ikut suka nak buat banyak mana.. hehehe..
Senaman mudah untuk kempiskan perut
Yang nie boleh buat sambil tengok tv.. Masa tengah baring-baring tu kan..


Jemputan Menyertai Kursus 2 Hari Pembangunan Usahawan Dalam Industri Herba Di RTC Perak

Perkongsian Bersama..
Sharing is Caring..
 
Assalammualaikum wmh wbh dan Salam Sejahtera,

Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Herba (HDD), Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia akan menganjurkan Kursus 2 Hari Pembangunan Usahawan Dalam Industri Herba pada 24-25 Ogos 2015 (Isnin-Selasa) bertempat di RTC Perak.

Semua usahawan, kakitangan awam, swasta dan individu yang berminat adalah dijemput menyertai Kursus 2 Hari Pembangunan Usahawan Dalam Industri Herba Di Perak Darul Ridzuan dan manfaatkan ilmu serta pengetahuan yang akan dikongsikan dengan peserta.

Kadar yuran penyertaan adalah seperti berikut:
 
 
 
Usahawan yang tidak memenuhi syarat permohonan geran latihan program PPKP
 
Agensi kerajaan/ Universiti, Kolej Universiti/Orang Awam
 
RM53.00 seorang
 
RM112.00 seorang
 
RM112.00 seorang
 
Pendaftaran atau pertanyaan lanjut sila hubungi 03-2615 4406. Maklumat lanjut sila layari www.ibd.utm.my/trainingcalender

Semoga perkara ini mendapat maklum balas positif.

Terima kasih.


Wednesday, August 12, 2015

Cara Transfer Online Dari Maybank2u ke ASB

Assalamualaikum..
Hari ini Sha nak berkongsi info menarik dengan pembaca semua..

Cara mudah masukkan duit ke dalam akaun ABS anda tanpa perlu ke Bank ataupun pejabat pos.
Senang cepat mudah, janji pembaca kena ada akaun Maybank2u.

Cara Transfer Online Dari Maybank2u ke ASB adalah seperti berikut:

1. Memula Login ke akaun Mayban2u anda.

Klik bahagian Investment


 Klik bahagian ASNB

 Klik Add untuk tambah akaun
 Pilih akaun Amanah Saham 1 Malaysia @pun Amanah Saham Bumiputera

 
 Ikut langkah seperti di dalam gambar.

 Masukkan semua data seperti gambar di atas dan tekan butang continue.

 Request Tac number. Tac number akan dihantar ke no telefon bimbit yang anda dah register untuk akaun maybank2u anda. Masukkan no tac dan tekan butang confirm.

 Pilih balik ASNB Unit Trust

 Klik ASNB Payment

 Pilih akaun yang telah anda register tadi dan tekan butang continue.

Tandakan seperti dalam gambar diatas dan tekan butang continue.

 Masukkan amount yang hendak di transfer ke ASNB anda dan klik continue.

 Tekan butang confirm.

Walaupun RM1, stil boleh transfer ye kengkawan..
Mudah dan pantas. Xyah nak bersesak-sesak kat Bank ataupun pejabat pos.
Update : Pemindahan duit ke ASB anda ini akan dikenakan caj ye RM1.06 setiap pemindahan..
Jadi pindahlah banyak sikit.. Baru berbaloi-baloi..

Kredit tu Arzmoha atas pertanyaan..

Wordless Wednesday #14


Setiap dari kita pasti akan diuji..Tempuhlah dengan sabar dan tabah.. Sesungguhnya selepas setiap ujian pasti akan ada kemanisan.. Ujian juga akan menjadikan kita lebih kuat dalam menempuh kehidupan..

#sedang melalui dugaan dan ujian dari Allah..

Tuesday, August 11, 2015

Car Wash Terbaik di Bandar Behrang 2020

Assalamualaikum..
Car Wash Terbaik di Bandar Behrang 2020.. Memang terbaik.. Cucian yang bersih..
Luar dan dalam kereta.. Memang selalu cuci di Car Wash Terbaik di Bandar Behrang 2020..
Bukan saya sahaja.. Raka-rakan pun kebanyakkannya cuci di Car Wash Terbaik di Bandar Behrang 2020 ini...Support Bisnes Melayu..
Car Wash Terbaik di Bandar Behrang 2020 ini terletak bersebelahan dengan Masjid Biru Behrang 2020... Kalau dari tepi jalan memang akan nampak Masjid Biru ini..


Tengok betapa banyaknya kereta..

Senarai harga bagi perkhidmatan di
Car Wash Terbaik di Bandar Behrang 2020.

Monday, August 10, 2015

IG saya di bom #bloggerutara

Assalamualaikum...
Terima kasih kepada kawan-kawan #bloggerutara yang telah mengebom IG saya...
Tetibe bernyawa lak IG tuh..
Hehehe...
Bom2 ini telah dibaling pada 30.07.2015..



Terima kasih #bloggerutara

Sunday, August 9, 2015

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan
*Selepas baca boleh SHARE ye Kengkawan..

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan ini saya perolehi dari FB Rahsia Hawa. 17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan ini, bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh diguna pakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan itu ialah:-
1. Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam
Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering
Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam
Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak
Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam
Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut
Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis
Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada
Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok
Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang
Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air
Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style
Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)
Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

Daun Turi (Sumber Google)
17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah
Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.
Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com