Sunday, October 22, 2023

ebook | 5 Kisah Nabi - Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa Dan Nabi Ismail oleh Syima Syawal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini sebenarnya dwi bahasa memang sesuailah dibaca semua peringkat umur.. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan penceritaannya disampaikan dalam bentuk cerita kepada anak-anak.. Ada 5 kisah nabi di dalam ini iaitu Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Musa yang diceritakan semula olah Puan Samsidah kepada tiga orang anak lelakinya iaitu Abdul Hasif, Abdul Hafiy dan Abdul Hariz.. Memang bacaan yang ohsem, berwarna warni dan mampu menarik minat pembaca mengenali dengan lebih dekat lagi tentang 5 nabi ini..

Sha baca dan selesai pada 22.10.2023..

Published February 19, 2014 by Buku Prima

7E Cafe | Cream Soda-licious: Cream Soda Lemonade with Lychee Pearl

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali cuba minuman sodalicious keluaran 7E Cafe ini.. Sha ambil perisa lemonade dengan boba rasa laici.. Okaylah.. Tak adalah wow sangat.. Biasa biasa saja untuk Sha.. Warna dia tulah menarik.. 

Cream Soda-licious: Cream Soda Lemonade with Lychee Pearl - RM6.90

Bila dikacau.. Hijau warnanya..

ebook | Jejak Petualang oleh Vermouth

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha baca memang Sha tak sangka novel yang berasal dari Thailand ini akan sebegitu rumit.. Permulaan dan penamatnya memang tak dijangka.. Awalnya buku ini dimulakan tentang kisah Ryan yang menjadi yatim piatu selepas keluarganya dan semua orang kampung dibunuh.. Ryan terselamat sebab disembunyikan ayahnya.. Ryan berusaha mencari tahu tentang pembunuh bapa dia sehinggalah Ryan terjumpa kisah dongeng mengenai pasukan Erased yang memadamkan sejarah dan semua pertalian mengenai orang yang ingin dibunuh.. Ryan dipelawa masuk ke dalam kumpulan Erased dan diminta untuk membunuh Landis.. Walaupun Landis pernah cuba berbaik dengan Ryan namun Ryan seolah-olah terkepung dalam perasaan dendam yang membara..

Sha baca dan selesai pada 21/10/2023..

Published January 1, 2014 by Pelangi Novel Sdn Bhd

Saturday, October 21, 2023

China | Double World (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok filem ini sebab tertengok klip hero selamatkan ular besar dalam gua, teruslah cari.. Bila dah jumpa dan tengok baru Sha perasan hero tu Henry Lau.. Pergh!! Layan gaklah filem dia.. Kisah penajahat yang sengaja memporak perandakan dunia demi kekuasaan.. Hero tu rupanya keturunan raja yang terbuang.. Berganding bahu dengan seorang pahlawan yang juga terbuang demi membela nasib mereka yang ditindas.. Syoklah tengok grafik dia.. Ingatkan ular besar tu muncullah untuk tolong hero.. kikiki.. Sekali, tak ada..

DOUBLE WORLD | 24 July 2020 | Action, Adventure, Historical, Fantasy, War |
Also Known As: Zheng Tu , Jing Tou
Director: Teddy Chan
Screenwriter: Liu Fen Dou
The story takes place in the fictional Central Plains. Among the ten countries, Nan Zhao Guo lived next to Beiyan State. In order to defend against the increasingly powerful Bei Yan, Nan Zhao held a contest, and the selection will be talented. The news reached the remote Qingyuan Village. The villager Dong Yi Long wanted to become the family’s flag-raising person. On behalf of the Qingyuan Village family, the villagers questioned his qualifications. After some efforts, Yi Long finally set foot on the warrior. The journey of Chu Soul.

~~ Based on a popular massively multiplayer online role-playing game. ~~

ebook | Insya-Allah: Jika Diizinkan Allah oleh Siti Zarinah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa buku ini dekat aps Oakbee Buffet.. Pada Sha buku ini memang bagus dibaca bukan sahaja kanak-kanak tetapi kita juga orang dewasa.. Buku ini menerangkan dengan cara yang lebih menarik mengenai ungkapan InsyaAllah.. Memang sangat seronok dan lebih muda difahami..

Sha baca dan selesai pada 20.10.2023

Published January 1, 2015 by Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd

Jepun | Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha layan filem dia, kali ini kita layan anime dia pula.. Tapi tu lah sebab dia bersiri, memang kena tunggu habislah baru Sha review.. Lebih puas hati tonton anime berbanding filem sebab lebih panjang ceritanya.. kikiki.. Memang tontonan dewasa, tak sesuai bagi anak-anak tengok ye.. Sha tonton di iQiyi.. Ini pun sebenarnya belum habis lagi.. Patutnya 12 episod tapi tak pasti kenapa sampai episod 9 je lepas tu lagi 3 tak tahu ke mana.. hehehe..

Kisahnya Akira sangat tertekan dengan kerja dia.. Merasakan dibuli dan dipergunakan hinggalah pada satu hari dia bangun dan dunia diserang wabak zombie.. Buat pertama kalinya Akira merasa sangat bahagia dan gembira sebab tak perlu ke pejabat.. Masa ini barulah Akira terfikir akan perkara-perkara yang tak sempat dilakukannya.. Akira mula buat senarai perkara yang ingin dilakukannya sebelum dia bertukar menjadi zombie.. Antaranya meluahkan rasa cinta, menyelamatkan rakan baik dia, berkenalan dengan pramugari, menjadi hero dan pulang ke kampung menjenguk orang tua..

Zom 100: Bucket List of the Dead
Original title: Zom 100: Zombie ni Naru made ni Shitai 100 no Koto
2023 ‧ Anime/Action/Comedy/Fantasy/HorrorSci-Fi ‧ 1 season
Surviving a zombie apocalypse beats being a wage slave any day! After spending years slaving away for a soul-crushing company, Akira's life has lost its luster. He lives in a trash-filled apartment, his pay is abysmal, and he can't even muster up the nerve to confess his love to his beautiful co-worker. But when a zombie apocalypse ravages his town, it gives him the push he needs to live for himself. Now Akira's on a mission to complete all 100 items on his bucket list before he...well, kicks the bucket.

E09 · Treehouse of the Dead
E08 · Sushi & Hot Springs of the Dead
E07 · Truck Stop of the Dead
E06 · RV of the Dead
E05 · Hero of the Dead
E04 · Flight Attendant of the Dead
E03 · Best Friend of the Dead
E02 · Bucket List of the Dead
E01 · Akira of the Dead

Friday, October 20, 2023

ebook | Tunas Super: Arrogant Girl oleh Nur Ayuni

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Lain macam betul perangai Wanie ni.. Berlagak, sombong, degil dan suka melawan cakap mak ayahnya.. Kerja sekolah tak nak buat.. Jenuh mak dan ayahnya menasihati.. Bila ada kawan yang memberikan nasihat, disangka kawannya itu dengkikan dia.. Hinggalah pada suatu hari mak Wanie merajuk dan meninggalkan Wanie.. Kerana terlalu marah, ayah Wanie telah menghantat Wanie ke kampung untuk dijaga oleh atok dan neneknya yang tegas dan garang.. Di kampung Wanie telah dotimpa kejadian yang memalukan, hingga membuatkan dirinya mula berubah..

Sha baca dan selesai pada 20.10.2023..

Published June 11, 2015 by PTS Publications

Temujanji Susulan ENT & Dental

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal jam 7.30 pagi Sha dah bawa Imani ke hospital untuk temujanji ENT dan Dental.. Mula-mula kita jumpa doktor ENT dulu.. Sha tanya jugalah pasal hidung Imani yang sentiasa berhingus selepas buang gigi extra tu.. Rupanya masa lepas pembedahan, doktor dah terangkan dekat encik suami tapi encik suami tak berapa nak tangkap.. kikiki.. Tadi doktor gelak-gelak je terangkan semula dekat Sha.. Memang berhingus tu adalah simptom biasa sebab Imani dah ada resdung.. Cuma bila hingus tu keluar sekali dengan darah, doktor tengok dengan kamera dalam hidung dia.. Bahgian yang diorang potong tu memang ada darah lagi.. Tak berapa nak kering betul, jadinya doktor sapukan ubat sekali tadi.. Selesai sesi rawatan, doktor suruh teruskan dengan ubat yang sama dan akan jumpa semula bulan 1 nanti..

Selesai dekat ENT, Sha bawa Imani ke Pediatrik Dental pula.. Okaylah, gusi dia tak ada apa.. Cuma diorang nak pantau je untuk tengok gigi taring kekal dia akan turun elok ke tak.. Temujanji seterusnya tarikh yang sama dengan ENT nanti..

𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐏𝐀𝐋𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐄

Assalamualaikum..
Hye semua..

𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐏𝐀𝐋𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐄


7E Cafe | French Toast Chicken Slices and Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli roti ini di 7E.. Kali ini inti dia kepingan ayam dan keju.. Memang bestlah makan walaupun sejuk.. Sedap dan berbaloi dengan inti dia.. Pagi satu, tengahari satu.. Gitu.. Makan satu pun dah cukup mengenyangkan pada Sha.. Cumanya tak ada sayurlah.. Itu je lah kurangnya roti ini.. Sha tak pasti sama ada roti ini sama atau tak dengan French Toast with Chicken Slice & Cheese yang pernah Sha kongsikan sebelum ini.. Dari segi harha dan saiz, memang tak samalah.. Pembungkusan pun lain..

French Toast Chicken Slices and Cheese - RM5.90

Penuh isi dia.. Kepingan ayam dan juga keju..

Thursday, October 19, 2023

Buku | "Mak Kau Hijau!": Realiti Budak Melayu oleh Emir Abu Khalil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang menarik buku ini.. Berubah persepsi Sha selepas baca.. Awalnya Sha fikirkan buku ini pasal frasa yang ada dekat tajuk tu lah tapi rupanya kisah seorang guru dalam mendepani perangai anak remaja.. Memang mecabar betul perangai remaja sekarang dan juga saat frasa pada tajuk tu tengah popular.. Memang sesuailah dibaca semua golongan.. Cuma penyampaian dia agak sedikit kaku tu yang macam jenuh juga nak habiskan.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 19/10/2023..

Published January 1, 2015 by Kopi Press

US | 57 Seconds (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Menarik.. Franklin terjumpa cincin yang boleh membuatkan dia kembali semula ke masa lampau dalam tempoh 57 saat.. Menggunakan cincin tu Franklin cuba membalas dendam atas kematian kakak dia.. Memang berdebarlah tengok bila Franklin gunakan cincin tu.. Bukan takat untuk balas dendam tapi semptlah dia kayakan diri dia juga.. kikiki.. Dah ada peluangkan.. 

57 Seconds
Taglines: Rewind the past. Avenge the future
2023 ‧ Fantasy/Mystery/Sci-Fi/Thriller ‧ 1h 39m
A tech blogger unleashes the power of a time-altering device to rewrite the past and seek revenge against the ruthless corporate empire that destroyed his family. However, his actions soon trigger a terrifying chain of events, propelling him into a pulse-pounding battle for survival where every second counts.

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com