Tuesday, April 23, 2024

Jepun | Momo-san to Shichinin no Papageno (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita pasal kemurungan dan keinginan untuk mati.. Siapa je yang tak ada perasaan ini.. Putus asa dan tak tahu macam mana nak melangkah.. Apa yang ada hanyalah rasa ptus asa dan mati.. Namun ramai yang mengenepikan perasaan ini dan menganggap ianya sekadar gurauan.. Walhal apa yang dirasakan seseorang manusia itu tidak akan pernah sama dengan apa yang kita rasakan.. Setiap orang ada perang yang dilaluinya.. Siapalah kita untuk menghukum dan mentertawakan perasaan itu.. Pendek je drama ini tapi isi dia berat.. 

Special: Momo-san to Shichinin no Papageno
Also Known As: Momo and the Seven Papagenos, Momo-san to 7ri no Papageno
Screenwriter: Kato Takuya
Genres: Drama
Country: Japan
Episodes: 1
Aired: Aug 20, 2022
Aired On: Saturday
Original Network: NHK
Duration: 59 min.
Momo has a thought she has never said to anyone: "I want to die."
One summer, by chance, Momo sets off on a trip. She meets seven people, each of whom is dealing with their own difficulties in life.

137 degrees Oat Milk Unsweetened

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Walaupun tanpa pemanis, rasa susu oat ini memang sedap.. Kena sangat dengan selera Sha.. Rasa dia tak adalah pekat atau boleh buat kita muak.. Rasa yang ringan tapi mengenyangkan.. Memang rasalah oat tu walaupun tak berat.. Best..

137 degrees Oat Milk Unsweetened (3x180ml) - RM13.20
Ingredients: Oat milk 100% (Oats 12%) 

Pergh!! Mantap..

Monday, April 22, 2024

Coretan 13 Syawal 1445

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sekolah Agama Imani ada buat jamuan Raya.. Khas untuk anak-anak sahaja, jadi mak bekalkan kek mentega untuk Imani bawa masa jamuan.. Bukan mak yang masak, mak tempah sahaja.. Kikiki.. Saiz besar ini RM25 sahaja.. Seronoklah Imani bersama kawan-kawan.. Tambah bila kek yang Imani bawa, habis dimakan..

Kek Mentega - RM25

Petangnya Sha ke dobi keringkan baju.. Musim hujan ini memang ke dobi je lah keringkan baju.. Cepat.. Basuh baju dirumah, kemudian ke dobi.. Petang-petang tak ramai orang..

Baiki Kuda Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masalah ini dah pernah jadi tahun lepas bulan September, tapi masa tu encik suami bawa ke bengkel.. Kenalah RM200 lebih.. Walhal tukar satu je, yang ada tarikh pada gambar tu.. Bila jadi lagi keadaan yang sama iaitu kereta tersengguk-sengguk, macam tak cukup api.. Walhal dah panaskan enjin sebelum jalan.. Terus encik suami cari barangnya di shopee.. Tukar sendiri je.. Lepas tukar, Alhamdulillah kereta kembali lancar.. Encik suami beli terus 3.. Tak sampai dua ratus pun lepas diskaun.. Ada masanya memang kena ke bengkel, ada masanya kenalah buat sendiri.. Keras hidup sekarang.. Kereta Sha ini pun dah 11 tahun.. Memang pakai selagi boleh..

Ini sebelum tukar.. 

Dah tukar yang baru.. Tukar semalam (21.04.2024).. Simpan sini, nanti senang nak cari..

PROTON SAGA BLM NGK IGNITION COILS / PLUG (3pcs) - RM198.47

India | Silence 2: The Night Owl Bar Shootout (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

FIlem yang kedua ini ACP Avinash dengan pasukan dia kembali lagi.. Bermula dengan pembunuhan beramai-ramai di sebuah bar dan akhirnya menemukan mereka dengan sindiket pemerdagangan manusia.. Memang boleh nampaklah betapa marahnya Avinash dengan penjenayah dia.. Logik penjenayah dia tak buat perkara yang salah disebabkan cara dia dibesarkan.. Memang gilalah.. Paling gila bila Avinash berjaya teka siapa sebenarnya penjenayah, boleh pula penjenayahnya bunuh diri.. Korang kena tengok filem kedua ini sebab penyiasatan dijalankan melalui mayat yang dah mati hinggalah jumpa penjenayah.. Paling tak sangka mak yang sanggup jual anak dia demi kesenangan.. Pergh!!

Silence 2: The Night Owl Bar Shootout
2024 ‧ Crime ‧ 2h 22m
ACP Avinash Verma (Manoj Bajpayee) and his SCU are called upon by the Commissioner of Police to investigate a mass shoot-out at the Night Owl Bar in Mumbai. Layers begin to peel at something bigger, deeper, and darker at play.

Sunday, April 21, 2024

Ahmad Tea London Blend Black Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali cuba London Blend keluaran Ahmat Tea ini.. Disebabkan rumah Sha memang kena ada air teh, Sha beli terus saiz besar.. Lama sikit tahannya.. Sedap juga rasa teh dia.. Pekat, wangi je..

Ahmad Tea London Blend Black Tea (100 teabags) - RM13.60

Ada 100 uncang.. Beginilah keadaannya selepas dibuka..

Bancuh panas-panas.. Pergh!! Layan..

India | Silence... Can You Hear It? (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita tengok yang first dulu baru tengok yang second.. Gitu..

Filem yang pertama ini mengisahkan bagaimana ACP Avinash Verma diberikan keistimewaan membentuk pasukan dan peraturannya sendiri semasa menyiasat tentang kematian Pooja Choudhary.. Bapa Pooja memilih Avinash sebab cara penyiasatan dia tu lain macam.. Memang bila awal-awal tengok tu tak sangka langsung siapa pembunuh dia dan motifnya.. Paling mengejutkan ada yang turut membantu untuk menghapuskan bukti kematian Pooja.. Memang sempoilah tengok ACP Avinash dan pasukan dia selesaikan kes..

Silence... Can You Hear It?
2021 ‧ Crime/Thriller ‧ 2h 16m
ACP Avinash Verma, a narcotics officer, is asked to join a special team investigating a high-profile murder. However, the investigation soon leads them to disturbing facts.

Haco SUiSS Best Fusion Arabica Freeze Dried Soluable Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli kopi ini melalui kedai shopee.. Rasa dia pekat dan sedikit berkoko tapi Sha tak suka sebab kopinya lepas dibancuh meninggalkan serdak.. Huhuhu.. Rasa dia okaylah pada Sha, cuma serdar dia tu mengganggu.. huhuhu..

Jenuhlah nak habiskan lepas ini..

Haco SUiSS Best Fusion Arabica Freeze Dried Soluable Coffee (100g) - RM36.50

Bancuh awal pagi..

Saturday, April 20, 2024

China | Fights Break Sphere 2 (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem kedua ini bersambung dari filem pertama.. Kali ini Xioa Yan ke padang pasir mencari api hikmat milik puak ular.. Tanpa Xiao Yan sedar, ada musuh dalam selimut bersama dia.. Xiao Yan berjaya daptkan api hikmat dan menghentikan pergaduhan diantara puak ular dan manusia.. Cerita bersambung lagi.. kikiki.. 

Owh ya, Sha tengok di aplikasi iQiyi..

Movie: Fights Break Sphere 2
Also Known As: Battle Through the Heaven 2, Dou Po Cang Qiong: Zhi Ge
Director: Zhao Xiao Ding
Genres: Drama, Martial Arts, Fantasy
Country: China
Release Date: Dec 21, 2023
Duration: 1 hr. 27 min.
To win a three-year agreement with Yunlan Sect's disciple Nalan Yan Ran; Xiao Yan and Yao Lao came to the Snake Desert to look for the legendary Heavenly Flame to enhance his strength. In the Snake Desert, unexpectedly caught up in the racial struggle between the human race and the Snake race, the Snake Queen Cai Lin was secluded for promotion to the Dou Zong, allowing Xiao Yan to take advantage of it. So Xiao Yan teamed up with Qing Lin to sneak into the underground palace of the snake people. Medusa became possessed by absorption of Heavenly Flame, and Xiao Yan effortlessly obtained the coveted "Green Lotus Core Flame". Outside the city, a groundbreaking racial war between the human and snake races is unfolding.

Coretan 11 Syawal 1445

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ada jemputan kenduri.. Sha pergi berdua je dengan encik suami.. Makan nasi minyak lauk ayam masak merah, daging masak hitam, kuih muih, apam balik dan aiskrim.. Jemputan dari exPSAS.. Masa inilah dapat jumpa rakan sekerja yang lama.. Bertukar cerita dan bertanya khabar.. 

Buah tangan orang kahwin..

Sempatlah melencong cari kopi dan mojito.. Sesekali melayan tekak.. kikiki..

China | Fights Break Sphere (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini ada drama dia tapi Sha tak layan sebab panjang sangat walaupun hero dan cerita dia best.. kikiki.. Bila ada versi filem ini syoklah layan sebab pendek tapi tu lah bersambung-sambung pula dia.. 

Filem pertama ini Xiao Yan kena hadap kematian mak dia dan kuasa dia dikunci.. Tapi masa dia geram sebab keinginan dia nak masuk sekolah bagi melatih kuasa dihalang, keluar seseorang dari cincin yang diberi oleh mak dia.. Guru tu mula mengajar Xiao Yan untuk meningkatkan kuasa dia.. Xiao Yan dibawa ke hutan magic.. Di hutan ini Xiao Yan menyelamatkan 2 orang perempuan dan semasa pertarungan dasyat, Xiao Yan menang dan filem bersambung..

Movie: Fights Break Sphere
Also Known As: Battle Through The Heavens, Dou Po Cang Qiong, Dou Po Cang Qiong - Jue Xing
Director: Zhao Xiao Ding
Screenwriter: Yu Ao
Genres: Wuxia, Fantasy
Country: China
Release Date: Nov 17, 2023
Duration: 1 hr. 33 min.
Xiao Yan, the third young master of one of the three great families in Utan City, became the laughingstock of many because of his low Dou Qi level. After being humiliated by the breaking off of his engagement with Nalan Yan Ran, a senior disciple of the Yun Lan Sect, Xiao Yan couldn’t bear the disgrace and thus made a pact with Yan Ran, stipulating that they would settle their engagement by a martial art competition after three years.

To raise his Dou Qi level, Xiao Yan traveled to the Mountain of Magic Beast where he met a little Physician Immortal, and was caught up in a dispute with the Wolf Head Corps. While hiding from the Wolf Head Corps, Xiao Yan accidently witnessed a battle between Yun Zhi, who reached the Dou Huang Level, and the Purple Crystal Winged Lion King. Xiao saved Yun Zhi when she was defeated by the Lion King, and two of them decided to challenge the Lion King again after some twists and turns. They split up and finally succeeded. Yun Zhi then secretly left, and Xiao Yan also decided to leave the Mountain Magic Beast for the Dessert of Snake Clan.

Friday, April 19, 2024

Coretan 10 Syawal 1445

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Tahun ini perjalanan puasa Ramadan dan 6 Syawal Sha dipermudah tanpa halangan.. Sesekali bila diberikan kesempatan seperti ini, memang rasa bersyukur sangat-sangat..

“Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan” 

InsyaAllah tahun ini nak cuba buat puasa sunat yang lain juga.. Sha doakan buat rakan-rakan dan pembaca blog turut dipermudahkan urusan puasa kalian.. Baik mengganti mahupun yang sunat.. Aamiin..

Pagi ini sahur makan Onigiri ini dan juga granola dan susu.. Semalam sahur makan granola dan susu je, tiba-tiba perut pedih.. Jadinya pagi ini kita tambah sikit nasi lah.. Supaya perut tak meragam.. Masuk umur 40 an ini perut tak boleh nak terima makanan berat-berat sangat.. Sama ada makan roti, granola dengan susu atau segenggam nasi.. Tapi kopi panas wajib secawan dan juga kurma.. kikiki.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com