Assalamualaikum..
Meneruskan perjalanan hari ketiga..
Mulanya nak keluar awal dari homestay tapi disebabkan kepenatan pukul 10 lebih baru keluar..
Jalan-jalan dekat Kampung Morten dulu.. Tengok rumah-rumah yang cantik2..
Kemudian ke Dataran Pahlawan, kononnya nak cari cenderahati dan buah tangan.. Malangnya jalan sesak.. Tu yang terus ke Muar.. Tak ada lah jauh mana..
Kami terus ke Asam Pedas di Parit Jawa..
Asam Pedas nya memang ohsem..
Harga pun murah.. Memang Terbaik..
Beli bungkus je..
4 bungkus nasi putih, 2 telur dadar dan separuh ikan Siakap Asam Pedas baru RM19.. Memang berbaloi..
Disebabkan check in Homestay jam 4 petang, maka kami jalan-jalan cari kuih.. Jumpa pula gerai kuih dan aneka makanan.. Macam-macam ada.. Dari makanan berat macam Nasi Ambeng, Nasi goreng kampung, mee goreng, manisan seperti sagu berkuah, taufu dah, bubur kacang merah, bubur nasi dan pelbagai jenis kuih muih..
Homestay di Muar ok lah untuk penginapan.. Tapi not recommended.. Tragedi malang apa bila tiada cerek air.. Cerek elektriknya dah berkarat dan tidak boleh digunakan.. Maka Sha masak air guna periuk, lepas tu terlupa.. Berlubang terus periuk tu.. Sadis.. Bilik air pun tak bersih.. Aircond ada tapi sebelah malam baru terasa sejuk, itupun tak ada lah sejuk sangat.. TV ada tapi sangat sedih..Siaran terhad.. Boleh tengok TV3 jer.. Belakang rumah penuh semak samun.. Mujurlah hanya satu malam.. Tapi harga memang tak sepadan.. RM200 terasa sangat rugi.. Memang bukan untuk dicadangkan pada pembaca maka tiada entry mengenai homestay di Muar ini..
Cukuplah sekadar perkongsian mengenai tempat makan sahaja..
Malamnya kami keluar jalan-jalan tengok Bandar Muar.. Kemudian jalan-jalan di Pasaraya Giant cari air mineral dan air manis.. Beli burger dan balik..
Lepas makan malam, kami dah keletihan.. Malangnya tak mampu nak tidur.. Tilam bilik tidur Utama dan Kedua masih belum berbuang plastik dia just cover dengan cadar tilam.. Aircond pun tak berfungsi dekat bilik Utama.. Terpaksa berhimpit dalam bilik ketiga sebab situ je ada aircond.. Tapi memang sangat2 tak selesa..
Pemandangan di Kampung Morten..
Gerai Asam Pedas di Medan Selera Parit Jawa.. Orang tak pernah putus dan meja sentiasa penuh.. Siap ada yang call untuk tempahan..
Gerai menjual aneka kuih muih dan makanan berat.. Macam-macam ada.. Memang ohsem.
Pemandangan di Menara Jam, Muar..
Sini jer Sha singgah untuk ambil gambar..
20.05.2016
Jumaat
Inilah Cerek air elektrik yang Tidak boleh digunakan
dan periuk yang telah berlubang sha kerjakan..