Thursday, May 19, 2016

Selamat Tinggal Gigi Graham

Assalamualaikum...
Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman..

Hari Isnin 16.05.2016 gigi graham Sha telah dicabut..
Panjang dan besar rupanya gigi tu..
Patutlah susah nak cabut..

Lama doktor tu gerudi, cungkil baru dia cabut.. 
Rasa kebas je muka..
Lega rasanya dapat doktor perempuan yang comel dan sopan..

Last week (10.05.2016) sha gi dah jumpa doktor nak cabut gigi..
Tapi malangnya sakit je yang Sha dapat..
Dia cucuk bius tu sampai dua kali tapi masih rasa sakit bila dia nak cabut..
Doktor tu dah cungkil2.. Godek2 gigi Sha dah tapi malangnya sakit ya amat..
Jadinya dia suruh balik, makan antibiotics..

Doktor yang kali ini memang ohsem..
Dia bubuh bius dekat 3 tempat, pastu tunggu kebas..
Bila dia cungkil, godek dah tak rasa sakit..
Masa cabut pun, tak rasa sakit..
Tapi memang terasa ngerilah sebab kita sedar dia buat apa kan..
Memang ohsem..

Part yang paling ngeri ialah...
Bila ubat kebas tu abis, dia punya denyut.. 
Allah je yang tahu.. 
Pergh!! Sakit owh... 
Kesakitan tu bukan pada tempat gigi yang dicabut..
Sebalinknya pada tempat bius ditembak..
Memang Sha terpaksa mengalah dan makan penadol...
Selalunya Sha memang bertahan..
Tapi kali ini, memang x mampu..
Sha pula hanya boleh makan Panadol...
Ubat tahan sakit yang lain x masuk dalam lingkungan yang Sha boleh makan..
Mujurlah dapat MC satu hari, kalau tak memang tak tahulah.. 
Pengalaman sungguh..

 
Nak dapat nombor gini,
7.30 pagi Sha dah ada depan Klinik Gigi..

8 comments:

  1. aduhh ngeri pulak membacanya, risau kalau nak cabut gigi nih

    ReplyDelete
  2. gigi graham yang paling last tu eh?

    ReplyDelete
  3. pernah cabut gigi gerham kat klinik gov ...lepas tue last year cabut kat swasta..lepas ni nak cabut memang cari yang swasta..sebab gov sakit haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit mungkin pada cara doktor tu buat gigi kita kot MV.. Sha x pernah lagi pergi swasta..

      Delete
  4. Ekin pun ada gitu geraham bongsu ni xcabut tumbuh tak betul duk sakit sokmo

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com