Friday, October 26, 2018

Drama Melayu | Jibril (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha lama dah nampak iklan pasal drama ini.. Tak adalah teruja sangat nak tengok.. Tapi tengoklah juga.. Bila tengok episod 1, rasa macam menarik lah pula.. sebabkan perangai si Jibril yang berlagak tu.. Hahaha.. Memang menarik bila tengok Jibril (peguam) membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes.. Bila tengok drama ini nampaklah kelainan dalam drama Melayu.. Tak adalah asyik ornag kaya, kahwin, cinta tu aja.. Lepas tu ada pula Tony Eusoff, nampak bergaya pula beliau dalam drama ini.. Kikiki.. 

Drama Jibril akan ditayangkan bermula 22 Oktober 2018 di NTV7 setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 10 malam dan juga di platform VIU yang membolehkan anda menonton pada bila-bila masa jika terlepas episod di TV.

Sinopsis: Jibril sendiri mengisahkan perjalanan hidup seorang peguam yang memiliki kepintaran luar biasa dan kelebihan dalam melakukan tugasan. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan. Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri.

14 comments:

  1. Terkedu tengok tajuk ceritanya, nama watak utama dalam cerita tu rupanya... heheh

    Menarik blog ni, ai folo yiuuu... #741

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk dia tu je dah jadi satu tarikan.. tq follow kita..

      Delete
  2. macam ni best tak ada nak cintan cintun sangat hihi

    ReplyDelete
  3. citer lawyer2..menarik nih, selalu tgk drma korea genre mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. tu lah.. Selalu tengok genre nie dekat drama korea..

      Delete
  4. Tiba-tiba teringat cerita Mandatori pulak. Dia ni juga berlakon kan?

    ReplyDelete
  5. Zumal tak sempat tengok drama ni lagi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com