Assalamualaikum..
Hye semua..
Ini buku ketiga Sha baca untuk 7 Hari percubaan percuma aplikasi Oakbee Buffet..
3 orang manusia yang mahu menghasilkan novel hingga sanggup melakukan apa sahaja.. Tanpa disedari telah mereka bertiga telah ditawarkan manuskrip thriller oleh orang yang tak dikenali.. Bila dihantar kepada pihak penerbit, terbongkarlah bahawa ketiga-tiga cerita itu sebenarnya ditjlis oleh orang sama.. Namun ketiga-tiga mereka bertegas mengaku yang cerita itu mereka yang ditulis.. Akhirnya pihak penerbitan mengambil jalan tengha dengan meminta ketiga-tiga penulis itu berkerjasama melengkapkan ketiga-tiga novel itu sebelum diterbitkan.. Rania, Fatah dan Khalil bersama dengan Fasya, Azim dan Zahir telah ke rumah persinggahan Encik Dahlan iaitu bos pihak penerbitan.. Sampai sahaja mereka ke rumah persinggahan itu, ribut melanda dan mereka terperangkap bila berlaku tanah runtuh.. Ketika ini, Zahir mula menghilang dan akhirnya ditemui mati didalam hutan.. Siapakah yang membunuh Zahir.. Dari sini, cerita bergerak dengan penuh teka teki.. Satu persatu mula dibunuh namun pembunuhnya begitu misteri dan berkait rapat dengan manuskrip yang mereka terima..
Sebuah kisah pembunuhan yang kejam.. Sisi manusia yang hidup dalam kegelapan..
Sha baca pada 11.12.2020 dan selesai pada 12.12.2020..
Published April 2019 by Buku Prima
bestnyaaa! plot dia nak cari pembunuh ..suka cita mcm ni
ReplyDelete