Sunday, December 6, 2020

Random Photo #28 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa je hari ini?? Sha masih lagi sibuk memantau kerja-kerja sekolah anak.. Hari ISnin nak kena hantar ke sekolah buku aktiviti dan kertas modul mereka.. Jadinya hari ini memang kena pastikan mereka siap kerja sekolah semua.. Buku teks tahun depan baru pulang dan dapat yang baru.. Cuma kena ikat dan pastikan cukup je sebelum dipulangkan semula.. Kawan-kawan pula macam mana? Dah selesai ke urusan buku teks anak-anak..

Face mask yang berkualiti walaupun harganya murah.. Tambah bila beli masa shocking sale dekat Shopee.. 200pcs ini RM17.98 sahaja.. Norma baru, face mask ini wajib beli dan pakai sekarang ini.. Jadinya kena tambah stok setiap 2 bulan sekali atau masa jualan murah.. hehehe..

Sushi lagi.. Kali ini Sha beli yang RM2 (7pcs) dan RM1 (2pcs).. Sedap sushi mereka ini.. Rasa dia sama je.. Sha suka yang ada udang atasnya.. Memang puas hatilah..

Beli udang sepit biru ini sekilo.. Adalah dalam 20 ke 22 ekor camtu.. Lain macam rasa dia bila dapat udang fresh macam ini.. Sha kukus je lepas tu makan.. Memang bestlah.. Kebetulan ada kawan encik suami pergi memancing, dapatlah merasa..

Seekor burung hantu yang tersesat di tangga kuarters Sha.. hehehe.. Comel sangat burung hantunya.. Dapat ambil gambar belakang dia je sebab nak cepat beli sarapan anak-anak.. Balik dari beli sarapan, dia duduk tengah jalan.. sabar jelah.. Nak pegang takut.. hahaha..

Jiran sebelah rumah bagi.. Sempena birthday Sha katanya.. Alhamdulillah.. Gebu gebas tartnya.. Sedap pula tu..

Bos belanja.. hehehe.. Lama tak makan KFC..

Boleh pula Sha lupa hidupkan lesen memandu.. Walhal dah berjalan ke sana ke sini dah.. Adoilah.. Mujur tak kena tahan dengana akak/abang polis.. Terpaksalah buat dua tahun sebab lewat..

5 comments:

  1. hahah kak sha, atie hari tu 8 bulan dah mati... nasib baik tak kena saman

    ReplyDelete
  2. buku teks ada yg tak cukup ni...entah mana perginya...

    ReplyDelete
  3. uish best tu sushi !! murah juga mask tu kan kalau kt shopee

    ReplyDelete
  4. malu2 pulak burung hantu tu ye ehehehe

    ReplyDelete
  5. alaaa mesti comel burung hantu tu. Warna dia pun cantik. Happy belated birthday kak sha :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com