Wednesday, March 8, 2023

REGALPARK Hotel, Kuala Lumpur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hotel ini asalnya nama Midah Hotel.. Kami menginap di sini untuk percutian 2 hari satu malam kami.. Memang berbaloi dengan harganya RM232.38 sekali breakfast.. Sha tempah melalui Agoda.. Quad room dengan 2 katil single dan 1 katil queen.. Sha daftar masuk lebih kurang jam 2.30 petang.. Lepas solat sambung jelajah tapi guna Grab je.. Cuma dari segi kebersihan, agak kuranglah.. Parking buat masa ini, okay.. Tak ada bayaran ke apa.. 

Buka pintu jumpa 2 katil bujang..

Ada air mineral, kopi dan teh..

Peti ais

Ada cerek disediakan..

Tandas tepi pintu masuk..

Ini dalam bilik air pertama..

Katil queen

Almari solek

Ada bathtub

Dalam bilik air kedua..

Ada jamban duduk sekali bathtub..
Breakfast buffet.. Ini menu yang Sha ambil.. Meehoon dia tu walaupun kosong, cukup rasa dan sedikit pedas.. Telur dadar tu Sha minta plain.. Kalau tak dia bubuh cendawan, capsicum dan bawang.. Ada sayur campur dan popia sayur..

Selain yang Sha ambil ini, ada pilihan roti bakar dengan jem dan planta, nasi lemak, sosej goreng, ham, baked beans, cereal dan susu, buah nanas, salad, mee sup, pilihan air ada teh dan kordial..

Muzium Bank Negara, Kuala Lumpur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Destinasi pertama kami ialah ke Muzium Bank Negara.. Tempat letak kereta di kawasan IUMW, di bahagian belakang Muzium Bank Negara.. Ramai rupanya yang ke Muzium Bank Negara tu.. Masa masuk bahagian pameran kanak-kanak di aras bawah tu kena bersabarlah untuk cuba permainan yang ada.. hehehe.. Lama jugalah kami disini.. Sampai disuruh baliklah sebab nak tutup untuk sanitasi jam 1-2.. 2 jam setengah disini.. Itupan tak sempat ke tingkat 3 untuk tengok pameran seni.. Parking percuma, masuk untuk lawatan ke muzium juga percuma, cumanya kalau bawa beg kena bubuh dalam loker.. RM10.. Nanti dia pulangkan balik duit kita bila kita pulangkan balik coin yang dia bagi tu..

Menapaklah juga nak ke Muzium Bank Negara.. hehehe..

Lalu terowong duit

Acah-acah banker..

Ini kat tingkat 2..

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, March 7, 2023

Berjalan di Kuala Lumpur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat pertama kalinya Sha dan keluarga jalan kaki di Kuala Lumpur.. Kami jalan kaki dari Muzium Telekom menuju ke Kunafa Crisp - Branch 1 di Bukit Bintang.. Memang mengahlah.. Tapi berbaloi sangat.. Nanti Sha kongsikan di entry lain ye pasal Kunafa tu.. Kenangan untuk anak-anak cuti sekolah kali ini.. Saja mencari kelainan.. 

Kepenatan.. Berehat sekejap mengambil nafas.. Sha rasa macam nak putus asa je masa ini.. hahaha.. Penat oi.. Lama tak buat Briskwalk kan.. Stamina dah tak ada..

Masing-masing mengambil nafas sebelum meneruskan perjalanan.. 

Beli jus tembikai lemon buat penghilang dahaga dan menambah semangat.. hahaha..

Shopee | Tyeso Thermos Cup

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah 2 tahun pakai thermos jenama ini, Sha beli satu lagi tapi dari kedai yang berbeza.. Asalnya nak beli lid tu je, sebab yang lama tu dah berkarat.. hehehe.. Dah dua tahun pakai kan.. Thermos lama tu pun dah kemek-kemek.. Jatuh.. Tapiasih lagi sejuk dan boleh simpan ais lama..

Thermos, Cover+Lid, Straw, Silicon Lid dan Hiasan - RM21.90

Black Cover+Lid (RM4) dan Silicon Lid (RM3.50)
Asalnya nak beli yang ini sahaja.. 

Ais masih ada.. Sha bubuh balik kerja dalam pukul 6.30 petang dan ini tengok balik dalam 6.29 pagi.. Lebih kurang 12 jam.. Memang samalah macam thermos yang lama tu..

Korea | 12th Assistant Deacon (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa filem pendek ini di Youtube.. Cari je tajuk tu, mesti jumpa.. Ada sarikata BI.. Memang mendebarkan.. Deacon Choi ini merupakan pembantu ke 12 yang membantu Father Kim dalam usaha dia menghalau keluar kejahatan yang berada dalam badan Yeong Shin.. Tak mudah namun tetap berusaha.. 

Movie: 12th Assistant Deacon
Also Known As: Yeoldubeonjjae Bojosaje ,
Screenwriter & Director: Jang Jae Hyun
Genres: Horror, Supernatural
Country: South Korea
Release Date: 2014
Duration: 26 min.
Choi Joon Ho is the deacon in charge of help exorcist Kim to chase away a demon from a girl's body, but the challenge is difficult because of Choi's inexperience.

Monday, March 6, 2023

ebook | Di Mana Ada Hantu? oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berjaya juga habiskan bacaan.. Hehehe.. Kompilasi pelbagai cerita seram dari pelbagai sumber.. Berikut merupakan tajuk-tajuk yang ada dalam buku ini..
Duit, Wangi, Rumah Sewa, Penggal Kubu, Bomoh, Sekuriti, Pemandu, Muzium dan Paranormal..

Sha baca pada 02.03.2021 dan selesai pada 06.03.2023..

Published by January 1, 2022 by Mahakarya
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Korea | 7 First Kisses Endings (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rupanya drama atas talian bertajuk 7 First Kisses (2016) ini ada 7 penamat yang berbeza.. Drama pendek ini adadi Youtube.. Sha terjumpa masa cari drama lain.. hehehe.. Comel je penamat untuk setiap hero tu.. Semua comellah.. hehehe.. 

Special: 7 First Kisses Endings
Also Known As: Cheot Kiseuman Ilgob Beonjjae Ending
Genres: Comedy, Romance, Sci-Fi
Country: South Korea
Episodes: 7
Aired: Dec 29, 2016
Original Network: Naver TV Cast
Duration: 2 min.
The seven different endings for "7 First Kisses" (2016).

Scolova Classic & Chocolate Chip

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah lama nampak iklan scones ini.. Kebetulan diorang tengah buat promosi, Sha pun belilah.. Anak-anak Sha pun suka.. Bolehlah buat sarapan semasa cuti sekolah ini.. Sha simpan dalam peti sejuk dan bila nak makan, panaskan dalam air fryer.. hehehe.. Okaylah scones dia.. Sedap.. Anak-anak Sha pun suka.. Sha ini kalau beli makanan, bila anak-anak suka memang puas hati sangat.. 

Dua box scones Classic dan 1 box scones Chocolate Chip - RM69.90 (termasuk postage)

Setiap bekas ada 5 scones dan 1 tub jem.. Scone classic datang dengan jem strawberry dan scones chocolate chip datang dengan sos coklat.. Ohsem..

Sha selalu makan macam ini.. Anak-anak Sha makan macam sandwich.. hehehe..

Sunday, March 5, 2023

Marhaen Creamade, Behrang, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa ulang tahun kelahiran Imani tu, kami ke Cafe Marhaen Creamade di Behrang Resident, Perak.. Ini memang permintaan Imani.. Imani berhajat sangat nak makan di sini.. Sha buat tempahan awal, risau ramai orang.. hehehe.. Suasananya memang santailah.. Maaflah, tak ada ambil gambar bahagian dalam cafe.. Sha ambil gambar makanan je.. hehehe.. 

Set Talam Selambak - RM30
Ada nugget, wedges, fries, bebola daging dan roti john.. Kami kongsi makan ini je pun dah kenyang.. 

Hazelnut Choco (add on) RM8
Amani punya pilihan.. Okaylah rasa dia.. Amani suka..

Honey Lemonade (add on) RM8
Ini pula pilihan Imani.. Memang sedap rasa dia.. Sha pun suka..

Jr. Pancake (1 topping, 2 sos) - RM10.90
Perkataan "Happy Birthday" tu, Sha yang request dengan staf Marhaen ini.. Alhamdulillah, walaupun ini mungkin request pertama yang mereka terima, Sha puas hati dengan hasilnya.. Pancake tu pun sedap..

Caramel Machiato - yang ini tak ingat harga.. hehehe.. RM11.90 kalau tak silaplah..
Pada Sha, yang ini okay-okay sahaja..

Tambah aiskrim saiz medium.. Aiskrim ini gabungan aiskrim coklat dan yogurt strawberry.. Harganya RM8 lebih.. Dapat dua topping dan 1 sos.. Aiskrim ini memang best.. Puas hati..

Buah Tangan Comel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru lepas baca entry bertajuk Door Gift Kenduri - Dulu vs. Sekarang di blog Carneyz pada hari Jumaat kelmarin.. Semalam dah dapat door gift sebutir telur rebus.. hehehe.. Memang teruja sangatlah bila dapat telur rebus ini.. Tambahan pula diletakkan dalam bekas kait yang comel.. Owh ya, Sha dapat ini bukan di kenduri kahwin tau.. Sebaliknya kenduri doa selamat dan tahlil.. Macam yang Carneyz kongsikan di entry beliau, sekarang ini semua majlis nak ada door gift.. Sha dapat telur ini pun masa kali kedua datang.. Kali pertama datang dengan anak-anak je sebab encik suami kerja.. Encik suami balik kerja, dia minta Sha teman untuk ke kenduri ini.. Kami datang kali kedua ini, orang tengah kemas-kemas.. Sha dapat telur ini masa nak balik.. Sha je lah yang dapat, encik suami tak dapat.. hehehe..

Comelkan..

Telur rebus tu kita makan dengan kicap dan sedikit lada sulah..

McD: Butter Cake & Chocolate Marble Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini McD jual kek sahaja, lepas tu stok selalu tak ada dekat Tanjung Malim bila Sha nak beli.. Pagi semalam bila singgah nak tapau sarapan tengok dah ada kombo.. Sha belilah satu kombo dan tambah satu lagi.. Sementara ada ini, kita cubalah.. Ini je yang boleh membahagiakan hati yang tengah berduka, geram dan terasa.. Lebih buat Sha gembira bila makan, kena dengan tekak.. Lembut kek dia.. Memang puas hatilah bayar RM7 untuk satu potong tu.. hehehe.. Sesekali gembirakan hati yang tengah geram dan terasa.. 

McCafe Kopi Susu ais + Butter Cake - RM10.28

McD: Chocolate Marble Cake

McD: Butter Cake
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com