Wednesday, June 28, 2017

Pulang ke Kampung

Assalamualaikum..
Hye semua..

#throwback cerita sebelum raya..
Disebabkan kekangan internet yang macam siput, makanya Sha memang tak sempat nak update apa-apa pun..
So untuk dua tiga hari ini,  kita throwback  jelah ye..
Sha balik kampung hari Jumaat lepas kerja..
Sampai Kg. Gajah memang ngam-ngam waktu berbuka..
Sabtu tu pagi-pagi lagi encik suami dah bawa MIL pergi Chederong Balai beli ayam..
Lepas subuh diorang terus gerak.. Masa ini pun orang dah ramai dekat pasar..
MIL beli dua ekor ayam telur dengan seekor ayam pencen..

Lepas tu, siang-siang sume ayam tu, kami keluar pergi Setiawan.. Beli pulut dan bahan-bahan lain.. Sambil-sambil tu, MIL dan Sha gunting rambut.. Sha siap cuci rambut lagi.. Kedai tu memang best.. Layanan dia ohsem okay.. Memang rasa relax je kepala lepas cuci tu..

Malam raya tu encik suami gigih masak Lemang.. Memula tu macam tak nak buat tapi ada kawan MIL bagi buluh lemang,  so gigihlah encik suami membuatnya..
Proses nak masak lemang ini tak susah dan tak mudah.. Memula buluh lemang tu haruslah dibasuh dan direndam dalam air untuk membuang bendasing yang ada dalam buluh.. Kemudian barulah dimasukkan daun pisang ke dalam buluh.. Seterusnya proses memasukkan beras pulut yang dah dibasuh dan santan.. 

Setelah siap, tempat membakar pula disediakan.. Kali ini encik suami menggunakan arang.. Tempoh memasaknya lebih kurang je kalau guna kayu api.. Cuma rasanya lebih sedap.. Dalam dua jam macam tu, lemang pun siap dimasak..Lemang yang dimasak menggunakan arang lebih lembut dan masak sekata.. Rasa dia lebih umph.. Hehehe..

Rendang dan sup pula masak pagi raya..

8 comments:

  1. Tahun ni akak tak buat lemang..beli jer..mak dah x larat nak buat..nak belajar la..next year senang...

    ReplyDelete
  2. tak reti buat, memang main beli saja lah ..hehe.

    ReplyDelete
  3. Thn dpn br leh mkn lemang hehe

    ReplyDelete
  4. wow mcam2 persediaan.. bakar lemang sendiri bestnya. kami xleh tahun ni x ckup kaki tangan. semua pakat raya rumah mertua tinggal yang gegirl ja xleh bakar. beli sajalah..

    ReplyDelete
  5. rajinnyaaa buat lemang sha oiiiii.... lea beli ajoo sha..

    ReplyDelete
  6. Nak buat lemang, tapi tak dan 😂

    ReplyDelete
  7. samalah sha..line internet mmg problm kan...lemang buat sendiri...rajin nya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com