Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah, berjaya juga perancangan Sha dan encik suami nak ke Cherating bersama MIL.. Walaupun mula-mula tu berbolak balik.. Kejap Pahang, kejap Johor.. Pastu Negeri Sembilan.. Akhirnya ke Cherating.. Perjalanan bermula seawal jam 8 pagi.. Kami bersarapan dahulu sebelum meneruskan perjalanan.. Kami gerak ke Cherating pada 17.12.2017..
Encik suami memandu dahulu.. Lalu jalan lama ke Batang Kali dan naik Genting sebelum keluar highway Genting Sempah.. Sampai tol karak baru Sha pula memandu.. Sha memandu sampai ke Nasi Kukus My Mama di Gambang.. Total lost RM39.85 untuk 4 orang makan.. Yang penting MIL suka dan puas hati..hehehe.. Lunch dulu.. Pemanduan bertukar tangan lagi.. Hehehe.. Sha tertido sampailah masuk Cherating..
Kami sampai eRYA Suria Cherating Beach Resort untuk check ini lebih kurang jam 2.30 petang.. Macam biasa, Sha pakai aplikasi Traveloka je.. Mudah.. Anak-anak dah tak tentu arah nak mandi kolam.. Hehehe.. Pukul 4.10petang baru Sha dan encik Suami bawa anak-anak mandi kolam.. Kemain lagi mereka berendam..
Malam tu lepas Maghrib kami keluar cari kedai ECO nak beli pelampung dan makanan ringan.. Hehehe.. Lepas tu baru pergi makan malam.. Kami makan di Restorant Ridzuan Wong dekat Pantai Mak Nik.. Total lost untuk makan malam RM48.80..
Ikan kembung stim limau (kurang best, rasa pahit)
Chicken Chop (pilihan Amani)
Udang masak Butter (sedap)
Kerang masak halia (sedap)
Nasi putih dua
Encik suami makan nasi goreng udang..
Minum air teh o, kopi o, air suam dan fresh oren..
Selesai hari pertama..
Ana pernah nampak erya ni masa ke cherating dulu. Seronok 2 beradik tu ye dpt main pool.
ReplyDeleteMemang pun Ana.. Dari hari pertama sampai hari ketiga.. Berendam je mereka berdua nie.. Hehehe
DeleteBaca entry kaksha ni tekak tetiba rasa nak makan kerang pulak.. hahaha
ReplyDeleteKak sha yang balas komen pun rasa cam nak makan kerang lagi.. hehehe
Delete